Tuesday 24 February 2009

Catatan Kesedihan Kami (Al-Fatihah)

Tengahari 22 Februari 2009, hujan renyai dengan langit yang mendung0, lebih kurang jam 12.30 tengahari, adik-adik nadia iaitu Khairi & Faizul rancang untuk pergi memancing bersama 2 orang sepupu iaitu Azwan & Shafli di kawasan berbatu di pantai balok yang berdekatan dengan rumah kami. Hari itu, nadia akan pulang ke kota damansara lebih kurang jam 2.00 nadia harus berangkat ke rumah fyzah kerana nadia pulang bersama fyzah.. Khairi & Faizul dah tak sabar untuk pergi memancing, begitu juga dengan sepupu2 nadia.. Mengikut rancangan, Khairi akan hantar nadia ke rumah fyzah terlebih dahulu, dan seterusnya mereka akan terus pergi memancing. Namun tepat jam 2.00 petang, fyzah call minta nadia datang jam 4.30 sebab akan bertolak jam 5.00petang.. Jadi adik2 & sepupu2 bercadang untuk pergi memancing terlebih dahulu dan sekitar jam 4petang, khairi akan pulang ke rumah sekejap untuk hantar nadia ke rumah fyzah. Dan setelah itu dia akan kembali memancing..
Tepat jam 4petang, khairi pulang ke rumah bersama ikan pari yang dipancingnya.. nadia bersiap2 untuk ke rumah fyzah...Dalam perjalanan, kami bersembang soal keadaan dan bagaimana mereka memancing.. lagi pula, mereka memang selalu memancing di kawasan berbatu itu.. Terdetik di hati nadia akan bahaya memancing di situ.. Tp terus nadia buang jauh2 perasaan itu. Lebih kuran jam 4.45petang, kami sampai ke rumah fyzah..Dan khairi terus pulang untuk menyambung aktiviti memancingnya...

Di rumah fyzah, dalam sibuk berkemas, tiba2 adik ke dua nadia, marlia miss call.. lalu nadia sms bertanya kenapa. Lewat dia balas, faizul lemas.. Dalam tak keruan, nadia terus call mak.. mak menangis, terus talian terputus.. Nadia call marlia, dia menangis.. Katanya, faizul lemas, tak tahu bagaimana keadaannya.. talian terputus lagi... hati nadia hiba.. nadia call lagi... kali ini marlia cakap, faizul selamat, ada di klinik tp Azwan hilang.. Masih belum ditemui... nadia terus menangis... Kesedihan melanda...
Fyzah terkejut, begitu juga keluarganya... lalu fyzah hantar nadia ke hospital...sewaktu nadia sampai ke hospital Besar Kuantan, ambulan baru juga tiba dari klinik kesihatan balok.. Mak turun dari ambulan, nadia terus peluk mak yang sedang teresak.. Waktu itu nadia terdengar pihak ambulan beritahu, lemas di pantai balok dan seorang lagi masih hilang.. Terus nadia menangis lagi... Nadia lihat adik ditolak masuk ke ruang kecemasan.. Dia begitu lemah, dalam keadaan separuh sedar.

Kami terus berhubung dengan ahli keluarga yang terus setia menanti di tepi pantai... Azwan masih belum ditemui... Setelah selesai melalui beberapa prosedur, faizul di hantar ke wad... adik Khairi dan marlia sampai, marlia menangis tak henti... Mak terus mengeluarkan air mata.. Dalam lingkungan 7.30 kami pulang ke rumah tapi sebelum itu, kami singgah sebentar ke pantai... Pasukan penyelamat telahpn menghentikan proses pencarian... Ahli keluarga tetap juga mencari.. kami tahu, harapan kami terlalu tipis untuk lihat dia kembali dalam keadaan masih bernyawa...hanya Allah yang tahu hati kami...

Di rumah, saudara mara ramai yang pulang, nenek asyik menangis.. Pakcik-pakcik kelihatan tabah tapi sesekali menyeka air mata.. Jam 10 malam...Sepupu2, pakcik2 keluar lagi... Mereka mencari dan menunggu ditepi pantai... Jam 11.30malam, mak long (ibu azwan) pergi ke pantai, solat dan berdoa.. Semoga kami diberi pentunjuk...
Malam terus berlalu... Mereka yang keluar mencari tidak pulang, bersekang mata ditepi pantai... Alhamdulillah, orang-orang kampung juga ada keluar membantu mencari mangsa....

Sekitar jam 7.30pagi, sewaktu nadia dan makcik2 sedang breakfast, makcik dapat panggilan mengatakan mereka nampak sesuatu timbul berdekatan dengan batu... Lalu mak terus bergegas bersama keluarga mak long untuk ke tempat kejadian.. Nadia masih lagi di rumah... Lebih kurang jam 8stgh pagi, kami terima panggilan dari pakcik mengatakan sudah jumpa...
Terus kami bergegas ke sana...

Turun dari kereta, nadia terus berlari ke persisir pantai...Orang ramai berkerumun... Kini, betul2 dihadapan nadia, dia terbujur kaku dengan tangan seolah memeluk sesuatu... Innalillah...
Kami terpaku di situ...Tidak terucap sebarang kata2...Yang ada cuma air mata yang silih berganti gugur dari mata2 kami.... Dia telah pergi.... Suasana sepi, ombak terusan memukul persisir...Cahaya matahari semakin meninggi... lalu salah seorang pasukan penyelamat menyuruh kami semua menyedekahkan al-Fatihah... Mengerti kesedihan hati kami...
Lebih kurang jam 1setengah, jenazah sampai ke rumah atok, kami semua sepakat untuk memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkan di rumah atok yang letaknya cuma selang dari rumah nadia.. mak nadia dan kakak sepupu menyelak kain putih yang menutupi wajah arwah... Dari situ, jelas nadia lihat... Dia seperti tidur... Begitu tenang....

Tepat jam 4.55petang, jenazah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Kg. Sungai Karang Darat.. Saat itu azan asar berkumandang.... Angin menghembus sayu... kami semua melangkah meninggalkannya bersama doa dan Al-Fatihah... Ya Allah, Engkau cucurilah rahmat ke atasnya.. Amin..

2 comments:

CikYana(",) said...

AL-FATIHAH TUK ARWAH
SEMOGA ARWAH TENANG DI SANA
TABAHKAN HATI YE NADIA

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ tinieƸ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ said...

alfatihah..
tabahkan hati yer.. Tuhan lebih sayangkan adik nadia