Thursday, 23 April 2009

Wasiat Khalifah Ali Bin Abi Thalib


Assalamualaikum sahabat-sahabatku yang tercinta.. 
Jom kita renung sejenak nasihat yang amat berguna ini. Panduan buat kita menjalani kehidupan yang sementara cuma ni...Semoga kita menjadi hamba yang membawa kejayaan di akhirat kelak dan jangan pula menjadi orang-orang yang rugi.

Sebelum Khalifah Ali bin Abi Thalib menghembuskan nafas terakhir, beliau berwasiat..
"Wahai anakku, ingatlah empat perkara ini sebagai wasiatku.

Yang pertama ialah:
1. Sekaya-kaya kekayaan itu adalah akal,
2. Sebesar-besar kemiskinan itu adalah bodoh,
3. Seburuk-buruk tingkah laku itu adalah ujub dan
4. Semulia-mulia kemuliaan itu adalah akhlak yang baik.

Empat perkara yang kedua adalah:
1. Janganlah kau bersahabat dengan orang bodoh, sebab mungkin dia bermaksud memberi manfaat kepadamu, namun sebaliknya merugikanmu.
2. Janganlah kau bersahabat dengan seorang pendusta, sebab dia dapat mendekatkan yang jauh dan menjauhkan yang dekat.
3. Janganlah engkau bersahabat dengan orang yang kedekut atau bakhil sebab dia akan menghinamu di kala engkau memerlukan bantuannya.
4. Dan janganlah kau bersahabat dengan pedagang, sebab dia akan menjualmu dengan harga yang murah."

Sahabat sekalian, renungkan lah....

2 comments:

asna cute said...

Thank youuu Sisss~
Post kan info kesedaran mcm nie.
Seronok lak membace yea hehe.
=)

♥nadiaDania♥ said...

Welcome....kan kite sesama Islam kne saling beringat... Maafkan sis kalo ader ayat ato kata-kata yang tersilap ya....