Sunday 14 June 2009

Islam Itu Indah | Kelebihan Kalimah Allah Tasbih Tahmid Takbir




Subhanallah Walhamdulillah Walailahaillallah Wallahuakbar
"Maha Suci Allah,segala pujian bagi Allah, dan tidak ada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah, dan Allah Maha Besar"

Berikut adalah beberapa kelebihan yg dipetik dari beberapa hadith yang bermaksud:

1. Keempat-empat kalimah ini sangat dicintai oleh Allah. Seseorang boleh memulakan bacaan mengikut mana yang disukainya.
2. Keempat-empat kalimah ini adalah ucapan-ucapan yang terbaik selepas pembacaan Al-Quran dan pada hakikatnya kalimah-kalimah ini adalah perkataan-perkataan Al-Quran.
3. Sesiapa yang mengucapkan keempat-empat kalimah ini,Allah akan memberikannya ganjaran 10 kebajikan untuk setiap huruf yang dilafazkannya.
4. Rasulullah SAW mengatakan bahawa beliau mencintai keempat-empat kalimah ini melebihi daripada apa yang disinari matahari.
5. Tanah atau bumi syurga adalah amat suci dan airnya tersangat manis. Bumi syurga itu lapang dan tanaman-tanamannya adalah keempat-empat kalimah ini.
6. Bagi setiap kalimah,sebatang pohon ditanam untuk pembacanya.
7. Baginda SAW bersabda yang bermaksud; Pertahankanlah dirimu dengan keempat-empat kalimah ini,semoga kamu dilindungi daripada jahannam. Kerana kalimah-kalimah ini akan melindungi pembacanya daripada kanan,kiri,belakang dan bahagian hadapan. Dan kalimah-kalimah ini adalah kebajikan-kebajikan yang kekal selama-lamanya.
8. " Setiap tasbih adalah sedekah,setiap tahmid adalah sedekah dan setiap tahlil ialah sedekah dan setiap lafaz takbir adalah merupakan sedekah. "


Semoga pengisian jiwa ini boleh dimanfaati oleh kita bersama.. InsyaAllah..





3 comments:

Unknown said...

syarat sah ibadat adalah mesti sah islam...dan syarat sah islam adalah sah syahadat..dan syarat syahadat adalah sah iktiqad....dan syarat sah iktikad ialah sah hukum akal..iaitu kenal zat tuhan.......tuhan memerintah hukum dan hukum pula memerintah manusia.

singamaraja said...

Salam,

Jika kita selalu mengingat Allah maka Allah juga mengingat kita dan hendaklah manusia semua ingat bahawa Allah tidak melihat islam itu dengan keutamaan akan tetapi Allah mengutamakan keimanan seseorang, oleh kerana itulah Allah meneru manusia denga YA AYYUHALLAZINA AMANU BUKAN yA AYYUHAL MULIMUN ini semua kena fahami, apa yang kita harapkan ialah mardhatillah (keridhaan Allah)bukan sahnya sesuatu ibadat itu, jika sah beribadat akan tetapi jika Allah tak Ridha macam mana ? Sebab itu di katakan ILAHI ANTA MAQSUDI WA REDHAKA MATHLUUBI !

Dhea Ahmad said...

Alhamdulillah di atas kurniaan sahabat2 yang begitu baek dan indah ini...Alhamdulillah...