Friday, 29 January 2010

Cuba Untuk Perbaiki Kelemahan

Last day, dalam sibuk-sibuk nadia melawat dan membaca info-info juga kisah-kisah dari blog lain, terjumpa lah satu blog ~ Oh! Malaysia.com, yang menerangkan ciri-ciri blog yang kurang digemari.. Memang bagus sangat info yang dipersembahkan... Melalui info tersebut, baru nadia sedar akan kelemahan-kelemahan blog nadia dan bersemangatlah untuk menampal kelemahan-kelemahan yang ada.... Antara yang ketara di dalam blog nadia (petikan dari blog Oh! Malaysia) adalah:

1. Font colourful

Walaupun dah besar panjang ni, kita masih terbawa-bawa sifat ke’tadika’an kita tu. Tulisan semua kaler ada, meriah macam kanak-kanak tadika. Hehe. Tak salah rasanya kalau nak guna kaler-kaler tu untuk highlight point-point penting. Tapi seboleh-bolehnya elakkan penggunaan kaler-kaler yang pelbagai ni nanti pembaca boleh pening baca hasil tulisan korang. Penulisan korang yang menarik boleh jadi tak menarik sebab kaler tulisan ni. Seelok-eloknya guna tulisan kaler hitam je.

~Tak dinafikan blog nadia menggunakan warna tema pink dan kadang-kadang terbawa warna-warni dalam penulisan entri..Sekarang dalam usaha memperbaikinya.. ~

2. Lagu autoplay

Kalau ada yang lemah jantung, pembaca mungkin tersentak dengan lagu-lagu autoplay di blog korang. Ni kalau guna lagu-lagu rock dan rancaklah. Kalau lagu-lagu slow, mendayu-dayu rasanya ok lagi kot.

Mungkin ada 3 tindakan yang pembaca akan buat. Pertama: teruskan membaca blog korang sambil layan lagu-lagu tu. Kedua: mute sound system di laptop atau pc dan teruskan membaca. Ketiga: tekan tanda ‘X’ berwarna merah. Jadi buat apa nak tanggung risiko hilang pembaca? Kalau nak letak lagu, letaklah lagu-lagu yang bukan autoplay. So, pilihan pembaca nak dengar atau tak lagu-lagu tu.

~Sebelum ni nadia ada bubuh video player dalam blog nadia, walaupun lagu-lagu classic tapi lama-lama nadia sendiri jadi bosan.. So terus nadia remove.. Lagipun loading blog nadia jadi lambat.. Jalan terbaik adalah remove~


Selain dari itu, pemilik blog tersebut sudi comment apa yang kurang dalam blog kita selain memberi nasihat untuk kita memperbaiki tahap mutu penulisan blog... So, kawan-kawan cubalah lihat untuk dapatkan info....