Wednesday, 20 January 2010

Jangan Bersedih: Berkelanalah Di Bumi Yang Indah Ini..

Di antara perkara yang dapat melapangkan dada dan melenyapkan kesedihan adalah berjalan menjelajahi keindahan alam semulajadi.. Nikmat kejadian and kekuasaan Allah yang terbentang luas, sebuah lukisan alam yang teragung hasil ciptaanNya..

Cubalah anda keluar dari rumah, lalu perhatikan apa yang berada disekitar anda, dihadapan anda dan juga dibelakang anda. Cubalah hirup segarnya udara, daki gunung-ganang, turunlah ke lembah, panjatlah pepohonan, minumlah air yang jernih dan ciumlah haruman bungaan.. Pada ketika itu, anda akan merasai jiwa anda benar-benar merdeka dan bebas sebagaimana burung yang berterbangan di angkasa melafazkan tasbih kebahagiaan..

Keluarlah dari rumah anda, lemparkanlah tabir hitam yang menghalang pandangan, kemudian berjalanlah di bumi Allah yang sangat luas dan indah dengan sentiasa berzikir dan bertasbih..

Mengurung diri dalam bilik yang sunyi bersama kekosongan yang menyakitkan merupakan jalan untuk membunuh diri.. Bilik anda bukanlah dunia yang sebenarnya dan anda bukanlah satu-satunya manusia di alam ini.. Oleh itu, jangan lah bersedih, apalagi untuk berputus asa.. Bukankah sebaiknya anda bersyukur, masih diberi nikmat kesihatan, kemudahan, rezeki dan kasih sayang dariNya.... Renungkanlah...

2 comments:

NOR AIN said...

nice entry. keep writing dear. =)

Adya A. said...

thanks ya ain.... ain pn same tau...