Friday 15 January 2010

Mengawal Kemarahan


Orang yang bijak, lagi perkasa adalah orang yang berjaya mengawal kemarahan...
Mereka adalah golongan yang berjaya.....

Imam Ghazali membahagikan 4 kategori jenis kemarahan iaitu:
1. Orang yang cepat marah, maka cepat hilang marahnya. 2. Orang yang lambat marah, maka lambat reda kemarahannya. 3.Orang yang lambat marah, cepat pula reda marahnya. 4. Orang yang cepat marah tetapi lambat reda kemarahannya.
(rujuk di sini)

Daripada Abu Hurairah r.a berkata: Bukanlah orang yang kuat itu orang yang dapat mengalahkan orang lain dengan kekuatannya. Sesungguhnya orang yang kuat itu adalah orang yang mengawal dirinya ketika dalam kemarahan.
(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Malik & Ahmad) Daripada Sahl bin Muaz daripada ayahnya: Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang menahan marahnya sedangkan dia boleh melepaskannya, Allah SWT akan memanggilnya pada hari Kiamat lantaran Allah memberinya pilihan (untuk memilih) mana-mana bidadari yang dikehendaki. (Riwayat Abu Daud, Tirmizi, Ibn Majjah & Ahmad)



Ubat Marah (rujuk di sini)


Individu yang normal pasti akan mengalami perasaan marah apabila berhadapan dengan situasi yang memungkin perkara itu berlaku, dan kemarahan itu tidak boleh dielakkan. Perkara-perkara yang boleh dilakukan untuk menghilangkan rasa marah adalah seperti berikut:


  1. Sibukkan diri dengan mengingati Allah. Misalnya dengan berzikir dan berselawat. Firman Allah dalam sebuah hadis qudsi: “Wahai anak-anak Adam, apabila kamu marah, ingatlah kepada-Ku.”
  2. Meminta nasihat daripada orang berpengalaman. Suatu kisah yang berlaku pada zaman Nabi, sepasang suami isteri yang sering bergaduh bertemu baginda untuk meminta nasihat. Lalu kata Nabi, “Apabila kamu berasa marah, maka hiruplah air dan biarkan air itu di dalam mulutmu sehingga kemarahanmu reda.”
  3. Marah itu datangnya dari syaitan. Oleh itu, mintalah perlindungan dari Allah seperti membaca kalimah taawuz.
  4. Jika berasa marah ketika sedang berdiri, maka hendaklah duduk, dan jika sedang duduk, maka hendaklah berbaring.
  5. Fikirkan tentang kemurkaan Tuhan dan hukuman dari-Nya. Siapakah yang lebih besar kemarahannya, manusia atau Tuhan. Apa akan berlaku sekiranya Tuhan menunjukkan kemurkaan-Nya?
  6. Maafkan orang yang menyebabkan kemarahan itu. Setiap orang melakukan kesilapan termasuk diri kita. Jika kita mengharapkan keampunan Tuhan, maka wajarlah kita bersedia untuk memaafkan orang lain. Sifat saling maaf-memaafkan akan mewujudkan keharmonian dan kesejahteraan dalam masyarakat.
  7. Berwuduklah. Sebaik-baiknya lakukan solat sunat.

7 comments:

Unknown said...

selalu kalau naik marah, kakchik cuba istighfar banyak-banyak. tak lama marah akan hilang, alhamdulillah.

Dhea Ahmad said...

Thanks kak chik....saye ni cepat marah tp Alhamdulillah skang da beransur ilang....

Unknown said...

sy cpt marah bile mghadapi stress... tp cepat pule sejuk nye...
mmg susah btl nk kawal amarah nie huhu

Dhea Ahmad said...

Thanks nurul sudi drop comment.... hope kita same2 bleh manfaat dari artikel ni ya

Unknown said...

Minta izin copy entry ini.

Dhea Ahmad said...

Alhamdulillah...silakan copy..sama2 kita kongsikan yang bermanfaat....

Ezaidah nurin said...

saya seorang bapa,cepat naik angin bila tidak suka anak yang disuruh melakukan kerja menunjukkan muka yg tidak ikhlas...bagaimana saya dapat menghilangkan perasaan ini dan lebih berdiplomasi