Tuesday, 26 January 2010

Mimpi Yang Tidak Dapat Dilupakan

Mimpi? Sesetengah orang menganggap mimpi itu petunjuk, ada juga mengatakan ianya mainan tidur.. Entahlah, nadia pun tak pasti akan kebenaran semua itu.. Tapi mak pernah cakap, kalau mimpi air seperti banjir atau hujan, InsyaAllah murah rezeki...Bagi nadia sendiri, mimpi indah tentunya mengasyikkan..Mimpi buruk kadang-kadang menghantui kehidupan.. tapi, kalau mimpi terlalu mengasyikkan, boleh jadi anda susah untuk bangun tidur khususnya untuk solat subuh... Boleh melalaikan tanpa kita sedari.. Betul tak?

Mimpi juga boleh jadi bila kita terlalu memikirkan sesuatu.. Pernah juga nadia terbaca artikel tentang tidur yang lena dan hari yang indah.. Sebelum tidur, fikirkan sesuatu yang menggembirakan, yang indah.. Dan ianya akan terbawa ke dalam mimpi anda.. Esok anda bersemangat menempuh hari baru yang indah.... Betul juga kerana nadia pernah mempraktikkannya.. Fikirkan yang indah, bukan bermaksud perlu berkhayal atau berangan..

Okay, sepanjang perjalanan hidup nadia, nadia pernah mengalami mimpi yang sehingga hari ini nadia tak boleh lupakan.. Bukan kerana keburukan atau kejelekan mimpi tersebut tapi kerana keindahannya.. Semua tu berlaku waktu nadia form 3~ 15tahun.. Actually, nadia sekolah berasrama dari form 1~form 5... And apa yang nadia mimpikan, waktu tu nadia balik rumah, rumah atuk nadia besarnya dan bentuknya indah seperti masjid.. Ada air jernih mengalir di tepi anak tangga rumah.. Ikan-ikan cantik bermain-main... nadia ingat lagi, dalam mimpi tu nadia pakai baju kurung biru berbintik.. Baju tu mak nadia beli sekali dengan adik cuma nadia biru, adik warna pink...

Berbalik pada mimpi, dalam mimpi tu, mak, nenek,atuk dan saudara mara semuanya berpakaian putih, berjubah.. Wajah bercahaya... Indah sangat.. Cuma nadia berpakaian lain.. Diaorang semua sibuk buat persiapan majlis, ada lampu cantik-cantik dalam rumah atuk.. Dan ada juadah yang sedap-sedap belaka... Memang tak tergambar indahnya.. Yang paling nadia suka, air jernih mengalir dengan ikan-ikan cantik tepi rumah...

Walaupun mimpi tu tak lama, tapi cukuplah nadia menghidu keindahan, keasyikan permandangan indah itu.. bagi nadia, semua tu panduan, semangat untuk menjadi insan yang lebih baik pada hari yang mendatang... Belajar memperbaiki akhlak, kehidupan kerana kita adalah manusia yang tak pernah lekang dengan kesilapan.. Yang terpahat di hati, syurga itu lagi indah... Berusahalah... Wallahualam...

p/s: gambar dari corbis.com

4 comments:

Sharinginfoz said...

kalau mimpi yang menyeronokan, kalau boleh tak nak aja bangun kan...

Jom Jimat Air

Jom Assam Laksa.. Sedap

fiza said...

Salam singgah nadia, mimpi yg indah memang menyeronokkan & klo bley tak nak mimpi ngeri (^_^)

Klik naff astro ☺☺

Nikel Khor said...

yohoo..nice nice..

from Nikel Khor

Uruchimaru @ kf said...

mimpi mainan tido kan!