Tuesday, 19 January 2010

Pelumba Cilik

Deretan kereta-kereta comel ini adalah sebahagian koleksi anak buah nadia, Nain.. Dia adalah abang kepada aiman yang baru saja pandai merangkak.. seronok semalam tengok dia mula merangkak.. Barang-barang jangan ada satu pun di lantai, pasti jadi mainan.. Risau juga kalau benda yang berbahaya padanya..

Okay, bercerita tentang nain dan koleksi keretanya.. Si cilik ni berdaya imaginasi tinggi, kalau naik kereta, mulut dia pasti berbunyi seolah-olah dia yang bawa kereta.. Bising aja mulut dia... kalau malam-malam, dia teringatkan kereta dia, dia akan mengamuk dan minta ibu dia ambilkan keretanya dekat rumah nadia... selagi ibu dia tak ambil, dia tak akan senang duduk sampailah kereta ada depan mata.... Kasihan ibu, nain....

Ini lah dia pemandu cilik ni, sekarang dah nak masuk 3 tahun.. kalau orang cakap, nain makan... Kejap-kejap..itulah jawapannya.. kalau nak suruh mandi... kejap-kejap juga lah jawapannya.. Ayat famous dia, kejap-kejap...

No comments: