Thursday, 28 January 2010

Terima Kasih Kerana Setia Selama Ini

gambar dari google (handphone nadia veteran ckit...hehehe)

Pagi-pagi lagi dah buka entri macam ni.. Hehehe.. Lately, handphone nadia selalu buat perangai.. Nak kata ada sebut nak tukar yang baru.. Rasanya tak ada pun.. Mungkin juga selalu jatuh, so sebab tu dia mula sakit-sakit sekarang ni.. Kadang-kadang tanpa sedar dia akan off dengan sendirinya.. Buat-buat pengsan laa tu...

Tapi lepas bagi rehat, keluarkan bateri sekejap, dia pun bangun semula.. Lagipun dia selalu sangat jatuh, suka cium lantai rumah..(padahal nadia yang cuai)...Mungkin sebab itu buat perangai... Apapun belum terfikir lagi untuk tukar handphone baru.. Sayang handphone ni lagi walaupun cover dia dah ntah apa-apa jadinya.. Dah 2tahun nadia guna handphone ni, (sebelum ni handphone asyik hilang jer)...

Apapun, terima kasih kerana setia pada nadia selama ni, dalam senyum, tawa, nangis..(macam bf plak... hehehe)... Terima kasih juga kerana telah mengeratkan silaturrahim nadia bersama keluarga, rakan-rakan dan yang tersayang...

No comments: