Saturday, 27 February 2010

Betulkan Semula Niatku

Arggghhh... nak post entry, tak ada story/topik baru..Dah tentu perlu topik menarik...Kalau tak update, traffik pasti jatuh. Kalu tak blogwalking, of course unique visitor jatuh merundum.. Itu lah yang sering nadia fikirkan sejak aktif bernuffnang akhir-akhir ini..

Apakah nadia telah menyimpang dari niat asal berblogging.. Betul ke??? Sejenak berfikir, segalanya ada kebenarannya.. Sebetulnya niat asal nadia berblogging telah menyimpang dari landasan asal.. Kalau dulu nadia berblogging adalah untuk berkongsi cerita, mencari sahabat dan sudah tentunya untuk mengeratkan silaturrahim.. tapi sekarang lebih kepada menambah duit poket.. Tak nak... tak nak... Maafkan nadia ya, bukan bermaksud nadia tidak bersetuju dengan cara menambah duit poket melalui penulisan blog.. Cuma ianya tentang niat asal nadia ni... Itu sahaja...

Dari segi pembahagian masa, Alhamdulillah belum terjejas dek kerana blog cuma dari segi komunikasi sedikit berbeza.. Wah nadia lebih banyak berkomunikasi dengan sahabat maya dari mereka disekeliling nadia.. Bahaya betul nadia ni.. Jangan nanti orang fikir nadia sombong sudah lah... Bimbang disalahertikan...

Kalau sebelum ni nadia singgah ke blog sahabat maya adalah bertujuan membaca post terbaru, berkongsi pandangan tapi sekarang sekadar meninggalkan jejak spam.. Dan jarang-jarang sangat untuk membaca post terbaru..Maaf ini pengakuan jujur dari nadia.. Maafkan nadia ya kalau ada sahabat yang terasa.. Nadia bercakap tentang perubahan diri nadia akhir-akhir ini...

Bukan setakat itu saja, kalau di office.. Biasanya nadia akan selalu bersembang dengan bos.. Tapi sekarang nadia lebih banyak diamkan diri..Mengadap komputer dan kalau bersembang pun, tak bertentang mata.. aduhh sebegini jauh perubahanku...

InsyaAllah selepas ini, nadia akan cuba meperbaiki/menampal semula kekurangan yang ada ni.. dan yang paling penting, soal tambah duit poket... setiap manusia itu telah ditentukan rezeki masing-masing... InsyaAllah adalah rezeki nanti.... yang penting kita usaha yang terbaik...

p/s: Maafkan nadia ya..entri ni tentang nadia, tidak melibatkan sesiapa pun...

3 comments:

kakchik said...

salam nadia.
alhamdulillah kerana nadia sendiri tersedar dari leka. kakchik rasa itu tandanya Allah nak ingatkan nadia, mungkin niat asal nadia itu ikhlas dan jujur maka, kini nadia insaf. bagi kakchik tak salah buat duit sampingan melalui penulisan blog tapi jangan sampai kita terlalai dari matlamat asal kita. teruskan berblog! semoga nadia makin mantap.

farhana ghafar said...

betul2x.. kadang2 tu niat untuk berbelog ter simpang dari niat asal. hehe biasalah..lumrah manusia.. :) Hana pun nak kena betulkan niat balik ni :)

Adya A. said...

Dear Kakchic and Farhana... Thanks untuk nasihat and berkongsi pendapat dgn nadia...nadia hargai sesangat...