Thursday 25 February 2010

Kelebihan La Hawla Wala Quwwata Illa Billah

Sempena Maulidurrasul esok, nadia nak ucapkan Salam Maulidurrasul untuk sahabat semua.. Mari kita sama-sama berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW.. Semoga kita mendapat keberkatan juga rahmat dariNya...Amin

Okay, nadia juga nak berkongsi dengan sahabat tentang kelebihan La Hawla Wala Quwwata Illa Billah.. Semoga kita sama-sama mendapat manfaat dariNya dalam meningkatkan lagi keimanan kita...

La Hawla Wala Quwwata Illa Billah merupakan khazanah daripada khazanah-khazanah syurga, ia merupakan penyembuh untuk 99 jenis penyakit, sekurang-kurangnya penyakit dukacita, kesedihan dan kerisauan.

Berkata Abdullah bin Masoud r.a, pernah seketika beliau bersama Rasulullah SAW dan dia mengucapkan La Hawla Wala Quwwata Illa Billah. "Baginda SAW bertanya:"Apakah kamu mengetahui maksudnya?", "Aku menjawab: Hanya Allah dan RasulNya yang mengetahui"

Baginda SAW menerangkan maksudnya:"Ia bermakna tidak ada sesiapa yang mempunyai daya keupayaan untuk memelihara dirinya daripada menderhakai Allah melainkan dengan pertolongan dan perlindungan dari Allah, dan tidak ada sesiapapun mempunyai daya keupayaan untuk mentaati dan beribadat kepada Allah tanpa bantuan dan petunjuk daripada Allah.

Tidak ada daya keupayaan untuk mengelak daripada menderhakai Allah melainkan dengan perlindungan dan pertolongan Allah dan tidak ada daya keupayaan untuk mentaati dan menyembah Allah melainkan dengan pertolongan dan petunjuk daipadaNya, dan tidak ada tempat perteduhan yang selamat daripada kemurkaan Allah melainkan Allah"

5 comments:

Mark Jue said...

I love it. anyway dont forget to checkout my blog at http://markjue92.blogspot.com I'm following u

eNaSaN said...

gooD....

Dhea Ahmad said...

Dear Markjue & Enasan, Thanks ya untuk commentnya....

abdills said...

mintak izin share kandungan artikel ini

ashiena said...

terima kasih :)