Thursday 18 February 2010

Patut Ke Ambil Duit Yang Tetamu Berikan

pic by corbis.com

Biasa tak kalau pergi kenduri kahwin, kita akan berikan duit waktu bersalam dengan tuan rumah.. Mesti biasakan... Sebenarnya, keliru sungguh... Patut ke ambil duit yang tetamu berikan.. Hurmm ada yang berpendapat, tak salah untuk ambil kerana ia bersifat hadiah yang diberikan kepada pasangan pengantin dalam bentuk wang... Namun ada yang berpendapat, majlis kahwin dilakukan untuk menjamu tetamu, yang mana bertujuan untuk memberitahu keluarga, jiran-jiran juga sahabat handai bahawa pasangan pengantin ini telah bernikah.. Jadi tidak perlulah mengambil wang dari tetamu kerana majlis sepatutnya lebih bersifatkan sedekah kita kepada tetamu.. Apapun, ia mungkin terpulang pada niat masing-masing...

Cuma bagi mereka yang tak berkemampuan, rasa untuk menziarah kenduri-kenduri kahwin pasti akan terbantut dek kerana hal kewangan.. Macammana pula tu.. Sahabat-sahabat yang mungkin tahu, boleh lah bagi pendapat... tak salahkan kita berkongsi maklumat..

13 comments:

mknace unlimited said...

orang tu memang dah niat nak bagi. ambik aje la..
kita pun leh paham.. kalau tak bagi tak kisah la

JAI said...

dah semacam tradisi..elok gak dapat meringan beban tuan rumah..

Ken Wooi said...

if people give EURO like the picture above.. sure i take la! =P

kenwooi.com

Dhea Ahmad said...

kenwooi~heheheh u're right... hehehe apapun...pic cume hiasan....hehehe

Jieda said...

bab bagi duit ni sebenarnya dah jadi satu tradisi.tak pernah lagi jumpa tuan rumah yang menolak pemberian duit dari tetamu.biasanya mereka akan ambil.

Kancilbiru said...

selalunya org yang berkira je buat alasan tak mau bagi..sedekah dapat pahala..:P

Dhea Ahmad said...

Hurmm...kita anggap satu sedekah untuk meringankan beban tuan rumah.. itu lebih afdal kan...

Anonymous said...

org dh bagi kebas ajelah!

uncle said...

pemberian masa kenduri sebenarnya dari dulu..jadi tradisi dah melekat dalam seluruh jiwa raga...masa uncle buat kenduri kawin dulu..mmg ayah uncle tak de niat nak amik duit dari tetamu..tapi maa kenduri lain hal yg jadinya..sebenarnya yg uncle tau..pemberian RM tu bukanlah sesuatu yg diwajibkan..tetapi bila semua dah buat camtu.dan kita akan rasa otomatik cam rasa bersalah jika hanya pergi melahap tanpa menghulur seidkit saguhati tanda terima kasih kita kepada tuan rumah. tapi kalau tetamu kasi..tuan umah jgn pulak tak amik..cam kata orocimaru..orang dah kasi tuu kebas je lahhhh hahahaha

ummizarra said...

ermmm bnda nie ats individu.. yg pnting niat... sbg tuan rumah pon xd kesahnye tetamu yg dtg bg duit or x...
if dtg menjamu selera pn dh bersyukur bg meraikan majlis..

Edriena Hazelina said...

bagi duit tu lebih pade budaya orang melayu..
kadang2 bile dapat kad jemputan..
terus terpikir nak bagi hadiah ape.
sebab da terdidik macam tu kan?

nie la name nye orang melayu.
penuh ngan budi bahasa.

saye pernah g rumah kenduri kawen.
dorang letak duit yang tetamu bagi kat atas pintu rumah.

gile banyak tau. ade la 1 plastik. sebab tuan rumah kate kat situ je selamat. semua orang leh nampak.

TuahFadzli said...

ikut masing2 jer.. ada sstgh orang memang akan bagi.. walaupun niat asal tuan rumah nak sedekah kan.. tp kita yg dtg makan nih.. rasa x selesa.. hehee.. then orang memberi kita menerima.. :)

http://myfadzli.com

Admin said...

ambil je..dah org bagi..hehehe

http://coretanmayaku.blogspot.com/