Thursday 25 March 2010

Perkongsian Indah Dari Blogger Noor Afzan


Dalam nadia leka membaca entry-entry dari sahabat-sahabat.. Ada satu entry yang sungguh menarik dari blog !!Simple Me!!, milik penulis Noor Afzan.. Hati berdetak membacanya, timbul satu perasaan aneh.. perasaan berbeza-beza, sedih juga gembira... Berikut petikan dari entry tersebut..
Keperibadiannya indah. Cerminan al-Quran katanya 'Aisyah ra. Dari semua aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah mengajar manusia berkehidupan di muka bumi ini melalui baginda. Menuruti sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil hingga yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai sekarang, hingga ke akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman. Mencintainya suatu kemuliaan...

Terasa satu perasaan indah membacanya.. Betapa kerdil diri ini.. Subhanallah... Terima kasih Noor Afzan atas perkongsian indah ini.. Bagi sahabat yang ingin tahu lebih lanjut, boleh view terus ke blog Noor Afzan~ !!Simple Me!!...

2 comments:

noorafzan.blogspot.com said...

salam ...
terima kasih kerana berkongsi dengan sahaabt lain di blog ini..
semoga kita sama2 mendapat keberkatan dariNya..=)

Dhea Ahmad said...

salam afzan....terima kasih afzan...