Tuesday, 2 March 2010

Tahniah..Simcard Anda Berjaya

Wahhh...Berbunga kelatnya hati nadia bila menerima sms seperti ini pada jam 11:12 am.. Apa punya bertuah nadia ni... Sms nya berbunyi begini..

"TAHNIAH"
Simcard Anda B'jaya menangi
RM.10.000,00 dr:
Prog"COCA-COLA"
Nampak di TV3
s'mlm pkl.20;30
No.PIN: AN2547
Sila hub.Office:
019-840-8137

Yang nadia highlight tu adalah kesalahan yang jelas

Sahabat semua lihatlah sendiri sms yang nadia terima tu.. Sebijik sebotol nadia tiru dari phone.. Banyakkan kesalahan, dari segi susunan ayat, tatabahasa, singkatan perkataan.. Yang paling tak tahan jumlah wang yang dapat tu... RM.10.000,00.. Macam mana nak sebut jumlah macam tu... hahaha agak-agaklah kalau nak menipu.. Siap guna TV3 lagi tu... Lagi satu, number office macam tu ke...

Sahabat semua, nadia harap lebih berhati-hati dengan penipuan sebegini.. Ini lah salah satu penyalahgunaan teknologi dalam bentuk penipuan.. Zaman makin berubah, dunia makin maju, pemikiran pun kenalah bertamadun..

4 comments:

blueCITY® said...

kerap gak dapat

dah tahu penipu

pernah akak reply kata

masuk la duit saya ke akuan sekian2

terus dia senyap jerk
hakhakhak

Adya A. said...

wahhh idea bagus tuh...adik saye penah dapat sms utk langgan video lucah...pastu dia reply smule.. bawak-bawak laa bertobat.... hahaha

✿Lovillea✿ said...

mengarut sume tuh.. ishhhhh

Adya A. said...

Lovillea~yupp.... it's true...