Friday 12 March 2010

Terima Kasih Blogger




Tahun ni merupakan tahun kedua nadia berblogging sejak Ogos 2008.. Pada peringkat awalnya, nadia tak adalah update selalu.. Cuma bila ada kelapangan, dan tentunya bila serabut, nadia akan cuba meluahkannya dalam bentuk penulisan.. Maklum sajalah, kerja nadia sebelum ni memang memenatkan otak dan melibatkan stress yang teruk.. Jadi dengan adanya blog, nadia mampu mengurangkan sedikit tekanan dengan mengaplikasikannya dalam bentuk tulisan....

Selain itu juga, dunia nadia juga semakin terbuka melalui penulisan-penulisan blogger lain yang sememangnya hebat.. Mereka telah membuka mata nadia tentang realiti kehidupan, cabaran serta pengorbanan.. Setiap antara mereka mempunyai pemahaman berbeza, tak kiralah dari segi bidang pekerjaan, pemikiran, kepercayaan, taraf sosial malah budaya dan agama namun sentiasa bersatu dalam mencapai satu persepakatan.. Belum lagi berbicara tentang pendapat-pendapat mereka dalam membantu nadia menyelesaikan satu demi satu permasalahan..

Terima kasih.. Walaupun secara realiti nadia tidak mengenali mereka namun mereka sentiasa dekat dihati.. Terima kasih atas silaturrahim yang anda hulurkan.. Semoga perjalanan ini semakin mendewasa dan mematangkan diri kita seiring dengan perkembangan dunia..





6 comments:

Unknown said...

teruskan berjuang...

Dhea Ahmad said...

terima kaseh

Ida Sazarina said...

aduhai sis...dah tahun ke 2??nana baru lepas bulan ke 2...hehehe~~

Dhea Ahmad said...

alaaa nana...dun worry dear,,.. nana glemer...heheheh mesti cepat org tau blog nana....

Ken Wooi said...

all the best and keep it up =)

Dhea Ahmad said...

kenwooi~thanks