Friday 23 April 2010

Saya Sedang Menjauhi Mee Segera

Sebenarnya agak susah mengeluarkan statement di atas kerana nadia suka makan mee segera.. Walaupun tak lah selalu tapi mesti ada.. Kalau tak masak dua minit, nadia akan goreng.. Tapi sejak keluar berita tentang bahaya mee segera.. Nadia tak keruan, aduh betapa nadia membahayakan diri.. Hurmm..nak tanya.. Kalau mee segera PAMA termasuk jugak ke..(ayat pujuk hati) sebab suka makan mee segera PAMA.. Dan stok masih lagi ada..huhuhu.. Apapun, perhatian untuk incik halim sayang, sila jauhi mee segera ya.. i risaukan kesihatan u.. i babab u kalau makan jugak... hihihi...


Al-kisahnya, seorang sahabat nadia pernah nasihatkan nadia supaya jangan makan mee segera.. Katanya, dia sendiri dah rasa efek kerana terlalu suka makan mee segera.. Al-maklum sajalah, duduk bujang.. Balik kerja malas masak, jawabnya makanlah mee segera.. Dan hasilnya, dia mengalami keguguran rambut yang dahsyat.. Sampai nipis rambutnya.. Alhamdulillah sekarang dah ok.. Jadi, kat sini kita sama-sama ambil pengajaran.. Siapa lagi nak jaga kesihatan kita, kalau tak kita sendiri.. Betul tak? Kat bawah ni ada sedikit petikan akhbar dari Sinar Harian untuk rujukan kita bersama. Jom kita baca-baca sikit...

GEORGETOWN – Senang didapati, mudah disediakan pada bila-bila masa dan harga murah antara faktor mi segera menjadi pilihan khususnya pelajar apabila lapar di waktu malam ketika mengulang kaji pelajaran. Bagaimanapun, masih ramai yang tidak menyedari makanan segera ini boleh memudaratkan kesihatan dan kajian mendapati ia boleh menyebabkan penggemarnya mendapat pelbagai penyakit kronik seperti serangan jantung, strok, kerosakan buah pinggang dan kanser. Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S M Mohamed Idris berkata, kajian CAP ke atas 10 sampel mi segera mendapati tiga daripadanya mengandungi natrium melebihi 1,000 miligram sedangkan saranan untuk orang dewasa dan kanak-kanak berusia empat tahun adalah 2,400 miligram sehari. “Pengambilan mi segera boleh menyebabkan pengambilan garam yang berlebihan kerana natrium sering ditambah dalam makanan harian kita dan mi segera adalah makanan yang menjalani pelbagai peringkat pemprosesan tanpa sebarang khasiat makanan. “Mi segera adalah makanan remeh yang mengandungi karbohidrat, natrium dan pelbagai penambah perisa selain rendah khasiat seperti serat, vitamin dan galian. Perisa sup juga mengandungi ‘Monosodium Glutamate’ (MSG) yang berperanan menjadikan perisanya benar-benar tulen,” katanya pada sidang media semalam.

6 comments:

Master Coordinator Shaklee, Pakar Vivix Shaklee ResV Softgel, COD SHAKLEE Seluruh Malaysia, Daftar Ahli Shaklee / Daftar Agen Bisnes Shaklee 019-3476996 said...

salam ziarah blog :)

tq atas sharing ini
dik, cer try amik any instatnt noodle punya kuah, u tuang kat any pokok or tumbuhan berbunga
dalam 2-3 hari u tgk la nanti jadi apa kat pokok bunga kecik tu
so kita wat simple ratio, badan kita pun akan terima nasib yg sama camtu

btw my hubby before kawin mmg sangat suka mihun pama

tapi perasn tak org kata makan maggi nanti otak lembab tapi kat uni dulu akak tgk kan budak2 cina beli stock maggi berkotak2 hari2 makan maggi tapi pandai geliga la pulak...

tapi yg pasti mmg kalau amik byk dalam masa yg lama ia akan memudaratkan kesihatan

tq sbb artikel yg best itu ya :)

BudakHitam said...

setuju dengan cikWa..orang lain makan mi segera tak agak gak selalu tapi ok je..tapi kalau dah harga semua barang nak naik dan tiada yang prihatin dengan nasib pelajar maka, mi segera jadi penamat

shafiqa safian said...

satu lagi, kalau nak guna mee dia untuk goreng (bukan sebuk perasa tu) make sure air rebusan yang pertama dibuang dulu then rebus sekali lagi..
pada mee tu ada wax..wax tu yang bahaya sebenarnnya...lecturer yang cakap..
-sharing is caring-

Dhea Ahmad said...

CikWa~thanks akak atas maklumat ini...heheheh saye nak try laa wat experimen... apapun, saye sendiri sebenarnya akan saket kepale bile mkn mee segera tp itulah keinginan mengatasi...nafsu... Astaghfirullah... Harap pasni saya boleh jauhinya..

Budakhitam~cuba tukarkan mee segera dengan roti... amacam ada berani.. siap bleh diet lagi tuh...

shafiqa~insyaAllah kalo saye goreng, saya akan rebus 2kali...sebelum ni sekali jer... (ada hati jugak nak makan mee segera lagi...huhuhu ;p)

anis madu said...

alaa..da lar sy ni suke ape je yg segera-segera ni..
huhu..trpakse lupekan mee segera lar nmpknye..
hehehe.

Dhea Ahmad said...

cik anis~hihihih same laaa kita... chaiyokkk... kita usaha sama2...