Monday, 12 April 2010

Sebab Datuk Tak Nak Pergi Hospital

Kisah ini diceritakan mak nadia beberapa hari lalu.. Kata mak, makngah nadia pernah kena tahan wad masa kecik-kecik dulu.. Then atuk yang temankan makngah.. Masa dalam wad, ada seorang pesakit sampai, kata atuk doktor keliling pesakit tu.. Pastu pakat sorang-sorang duk nyet-nyet dado ore tu.. Sie la ke ore tu duk pakat wat gitu...(atuk nadia cakap loghat kelate)
Sebenarnya doktor tengah cpr pesakit tersebut kata adik.. jadi waktu kecemasan memang macam tu.. Tapi atuk nadia ni, orang dulu-dulu bukanlah tahu tentang prosedur-prosedur hospital..
Atuk citer lagi, esoknya famili pesakit semalam datang.. Rupanya pesakit semalam tu dah meninggal dunia...

Kesimpulan yang kami buat..sebabkan ini lah atuk takut untuk pergi hospital.. Kalau sakit demam, susah juga lah nak pujuk ajak pergi hospital... Sekarang pun, dia dah uzur tapi Alhamdulillah masih larat untuk berjalan.. Semoga Allah memberikannya kesihatan yang baik juga kekuatan menghadapi hari-hari yang mendatang....

No comments: