Wednesday, 7 April 2010

Kongsikan Pengalaman Anda Mendidik Anak-Anak


Sejak kebelakangan ini, nadia suka sangat tengok rancangan Nanny 911 yang ditayangkan di saluran ntv7, hari Isnin jam 8.30 malam.. Seronok sekali melihat gelagat nanny dan ibubapa melayan kerenah sekaligus mendisiplinkan anak-anak.. Yang paling nadia terkesan apabila nanny kena marah, kena kritik oleh ibubapa. Kadang-kadang kritikan itu memang menyakitkan. Tapi nanny ni buat muka selamba aja.. Yang paling nadia suka apabila dia cakap, tak salah untuk ajar anak seperti itu tapi LEBIH BAIK kalau kita ajar seperti ini.. Dia menggunakan cara lembut untuk menasihati ibubapa supaya bertegas dalam mendidik anak-anak..

Apapun, nadia pernah dengar dari seseorang tentang cara mendidik anak iaitu 7 tahun pertama iaitu dari usia anak sehingga 7 tahun, adalah untuk dimanjakan.. Tak kisahlah bagaimana pun cara kita memanjakan anak-anak asal tidak keterlaluan.. 7 tahun kedua pula saat usia 8tahun hingga 14tahun, yang mana harus bertegas dan dipukul.. Pukul yang dimaksudkan bukanlah dengan niat menyakiti tapi dengan niat untuk mengajar/mendidik.. 7 tahun ketiga iaitu dari usia 15 tahun hingga 21 tahun, adalah menjadi sahabat kepada anak-anak.. Biarlah anak-anak menangis dibahu kita bukan dibahu orang lain..

Hurmm, nadia pun tidaklah berapa pasti tentang semua ini.. Maklum sajalah belum bergelar seorang ibu.. Namun nadia cuba ambil sedikit pelajaran untuk membina masa depan.. Tidak salah kan.. Mungkin sahabat-sahabat yang sudahpun bergelar ibu/ayah boleh berkongsi pengalaman untuk dikongsikan bersama yang lain.. Apa salahnya kan.. Jadi, sudi-sudikan lah untuk meninggalkan komen ya..

2 comments:

nizaa said...

aku pun suka citer ni. biaq la tak beranak lagi pun...hahaha

My Second Nuffnang Cheque!

Adya A. said...

niza~xpe niza...kita amik pelajaran jer... ti da de anak tak de la kekok sgt... Apapun, aku doakan ko cepat2 dpt anak....