Wednesday 26 May 2010

Pengajaran Tentang Telatah Manusia

Assalamualaikum..... salam sayang juga selamat petang buat semua sahabat blog, juga reader-reader di luar sana.... Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi dengan sedikit kelapangan yang diberikan hari ni... And thanks to my bos kerana memahami situasi pekerjanyer yang sangat-sangat suke update blog ni...(waktu tak de kerja laaa...).. Okay, petang ni nadia cume nak berkongsi sebuah cerita teladan bersama dengan semua...Mungkin ader yang dah tau, tak pe lah....Kita hangat-hangatkan kembali cerita ni supaya ianyer kekal dalam ingatan kita sebagai pedoman sepanjang hidup...... InsyaAllah.....

Dalam sebuah riwayat menceritakan, pada suatu hari Luqman Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor himar, manakala anaknya mengikut dari belakang. Melihat tingkah laku Luqman itu, setengah orang pun berkata, "Lihat orang tua itu yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki." Mendengarkan hal itu, Luqman pun turun dari himar itu lalu diletakkan pula anaknya di atas himar. Melihatkan hal sedemikian, maka terdengar pula orang-orang di pasar berkata, "Lihatlah orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap saja menaiki himar, sungguh kurang adab anak itu."

Sebaik mendengar kata-kata itu, Luqman terus naik ke atas belakang himar itu bersama-sama anaknya. Kemudian terdengar pula orang ramai berkata, "Lihat dua orang itu menaiki himar, sungguh ia menyeksakan bagi himar itu." Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan itu, maka Luqman dan anaknya pun turun dari himar itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata, "Dua orang berjalan kaki sedangkan himar itu tidak dikenderai."

Dalam perjalanan pulang ke rumah, Luqman Hakim telah menasihati anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya,"Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. maka orang yang berakal tiadalah ia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah SWT sahaja. Barangsiapa mengambil kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap sesuatu."

Kemudian Luqman Hakim berpesan kepada anaknya, katanya,"Wahai anakku, tuntutlah rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir. Sesungguhnya tiadalah orang fakir itu melainkan tertimpa kepadanya tiga perkara, iaitu tipis keyakinannya (iman) tentang agamanya, lemah akalnya (mudah tertipu dan diperdayai orang) dan hilang kemuliaan hatinya (keperibadiannya), dan lebih celaka lagi daripada tiga perkara itu ialah orang-orang yang suka merendah-rendahkan dan meringan-ringankannya."

Okay, itu sajer ceritanyer...sedikit perkongsian untuk dimanfaati kita bersama.... Wallahualam.....

4 comments:

Cik Limau Bali said...

wahhh.
best betul.
ada je salahnye.
tulah org asyik cari kesalah kita je. eceh emo lebih pulak. keke(:

*singgah blog saya kalau rajin(:

Dhea Ahmad said...

coki-coki... wah name cam coklat choki2 yg sedap tuh... of course saye akan singgah ke blog coki-coki....

Kancilbiru said...

nadia...saya dah dapat koyok...tq..

Dhea Ahmad said...

ye kew.... niza try laa dulu tau...tengok serasi atau x...