Thursday, 24 June 2010

Haram Ke Hasil Pendapatan Nuffnang?

Petikan ini dipetik dari Majalah Solusi, Isu No 19, ruangan Soal Jawab Muamalat oleh Ustaz Zaharuddin Abd Rahman. Terdetik hati untuk berkongsi dengan semua soal hasil pendapatan dari Nuffnang yang semakin tumbuh ketika ini. Mana-mana blog yang kita singgahi, tak sah kalau tidak ada ruangan iklan nuffnang. Jadi, mari kita selidiki artikel ini bersama-sama supaya lebih jelas.


...............................................................................................

Soalan:
Saya nak bertanya mengenai satu advertisement blog yang bernama nuffnang. Kalau kita letakkan subscribe nuffnang dan google adsense di blog, kita akan dapat duit upah kerana sudah mengiklankan sesuatu produk. Soalan saya ialah, boleh ke kita ambil duit yang diberi dan apakah status tersebut?

Jawapan:
Saya tidak pernah meneliti perjanjian yang diletakkan oleh pihak nuffnang dan google adsense, justeru sukar untuk saya memberi jawapan yang tepat dan spesifik kepada soalan tersebut. Oleh itu, saya hanya akan memberikan jawapan umum dan juga panduan ringkas untuk menyemak status hukum hal sebegitu.

Isu utama dalam hal ini adalah upah yang diberi kerana membenarkan ruang web atau blog yang digunakan bagi tujuan pengiklanan oleh pihak nuffnang atau google adsense, hasil daripada kemudahan yang diberikan itu, kedua-dua pihak tadi akan memberikan upah tertentu menurut cara tertentu. Dari sudut akad atau kontrak, substance atau inti utama kontrak sebegini jatuh dalam kategori akad "menjadi wakil dengan upah tertentu" atau wakalah bil ujr. Dalam konteks ini, kita selaku pemilik web atau blog dikira menjadi wakil pihak nuffnang untuk menyebarluaskan iklan mereka. Sebagai tindakbalas, ganjaran akan diberikan berdasarkan formula tertentu sama ada berdasarkan jumlah klik dan sebagainya.

Secara ringkasnya, bagi menentukan hukum dalam hal ini beberapa perkara perlu diambil kira seperti:

1. Auntoriti
Autoriti pihak yang menyediakan tawaran dalam konteks ini ialah nuffnang dan google. Jika telah disemak dan dipastikan kedua-dua pihak mempunyai kredibiliti untuk melunaskan janji dan tawarannya, satu peringkat semakan hukum telah lulus. Peringkat ini pentinmg bago memastikan tiada unsur gharar dalam penawaran mereka.

2. Upah dan cara kiraan
Jumlah upah dan cara pengiraannya mestilah diberitahu dengan jelas dan boleh difahami oleh pelanggan iaitu kita, pemilik blog. Jika perkara ini telah berjaya dipastikan dan difahami sebaiknya, tatkala itu lulus peringkat kedua semakan syariah.

3. Kandungan iklan
Kandungan iklan yang dipaparkan, jika sekiranya kandungan yang terbit di ruangan iklan yang disediakan untuk google dan nuffnang itu memaparkan iklan yang tidak halal, seperti gambar wanita tidak menutup aurat, permainan berunsur judi, iklan forex trading, bank riba, pinjaman riba atau apa saja iklan yang tidak halal, tatkala itu upah yang diterima kerana mengiklankannya juga turut haram sebagaimana kandungan iklan tersebut. Prinsip Islam jelas dalam hal ini, setiap promosi yang haram hukumnya adalah haram, maka setiap upah atas promosi tersebut juga haram. Dalilnya terlalu banyak, antaranya laknat Nabi terhadap setiap golongan yang terlibat dengan arak, demikian juga riba. Juga firman Allah yang melarang kerjasama dalam hal yang membawa dosa dan permusuhan.

4. Cara pembayaran
hal ini perlu disemak dengan teliti bagi memastikan tiada unsur penipuan/gharar.

Jika keempat-empat peringkat itu semuanya lulus dan berjaya mematuhi hukum Islam, tatkala itu upah yang diperolehi juga turut halal, demikian juga sebaliknya. Wallhualam.


note: semoga memberi panduan kita bersama dan merungkaikan mana-mana kemusykilan. InsyaAllah.

16 comments:

✿Lovillea✿ said...

thanks yunk.. information yg bergune... sme2 rungkaikan...

Nadia arRumaisha said...

yuppp..betul tuh...sebelm ni ader yang tanyer owg ttg isu ni...so ni dah jumpe, better kongsikan....

mira the monster said...

thanks dear bagi info ni kalau tak kite pon xtaw n xamek taw pon..hehe

thanks lg sekali :)

shazika said...

nice info..

Faiz said...

thanks for information..bagus ini..untuk tatapan bersama..

Diriku said...

mmm.... tak pastila bole ke idak.. sumber pun tatau kan... tapi kalau iklan tu ok, rasanya ok la kot.. huhuhu

Kaseh Esmiralda said...

thanx for sharing.. ^^

Nadia arRumaisha said...

mira~ saye pun pernah musykil, so better kita kongsikan bersama...

Faiz~welcome.....

shazika~welcome

Diriku~bila bace artikel ni, nadia rase yakin...

Kaseh~welcome...

fiza said...

Thanks for the info.

Nadia arRumaisha said...

fiza~welcome....

kak ina kl said...

salam...seblm mendaftar kita kan dah tau term dan condition...pastu dah isi borang survey tak nak mskkan iklan haram cam arak dan rokok..
jadi rasanya tak bercanggah kot..

Nadia arRumaisha said...

kak ina~ salam...betul, mase isi update survey pun kita boleh pilih utk tidak showkan iklan yang haram... apapun, thanks for the comment kak ina....

Bo the Nerd said...

Bagus info. Nuffnang ada berikan option pada kita untuk advertise atau tak advertise iklan yang ada rokok dan arak.
So, kalau nak selamat, silalah pilih untuk tidak masukkan iklan yg ada arak/rokok.

www.boisanerd.blogspot.com

Fakeh said...

KAJIAN SEMASA MENGENAI PERKEMBANGAN WAHABBI DI MALAYSIA, sila google tajuk-tajuk seperti di bawah ini:-

(a) http://www.mediafire.com/?ne2dmyeinzo
(b) Jaringan Wahabbi Sdn Bhd
(c) Jom Kenali Dr Maza & Co
(d) Ahlul Bait Yang Dicerca
(e) Tok Ayah Zid Kedai Lalat
(f) Kuasa Tiang Kepada Cita-cita
(g) 40 Mutiara Hikmat Serambi Mekah

anamizu said...

TQ nadia for sharing ^^

Nadia arRumaisha said...

welcome anamizu