Monday, 21 June 2010

Khazinatul Asrar: Seindah Mawar Berduri

Sebenarnyer nadia dah lame tak bace novel... Last novel yang nadia bace, novel ayat-ayat cinta.. Itu pun tahun 2008... Lame dah kan... Bukan tak minat tapi waktu sedikit terbatas... Kalau adapun nadia isikan dengan buku motivasi atau sirah.... Tentang cerpen Seindah Mawar Berduri ni, nadia terpanggil untuk membace bila adik nadia pujuk-pujuk dan pujuk.... Katanya, banyak pengisian... Maksud cinta kerana Allah yang sebenar...  Below nadia sertakan sinopis cerpen ini...... Sorry, nadia copy and paste saja... Tak sempat untuk buat summary sendiri.... Apapun hope terhibur and ada pengisian bersama..
........................................................................
Khazinatul Asrar…khazanah kerahsiaan.
Seorang gadis yang menyimpan rahsia kesucian hati yang takut dan cinta pada Ilahi di sebalik tabir aurat yang menghijab diri. Dia menjadi siulan ramai lelaki namun falsafah cinta yang dipegangnya menyebabkan dirinya tidak mudah untuk dimiliki. Dia tetap teguh dengan falsafahnya biarpun didatangi dugaan cinta silih berganti.
Khazinatul Asrar mendapat keistimewaan itu kerana rahsia falsafah cintanya pada Ilahi. Cinta yang kudus dan suci.Kehebatan falsafah cintanya itu menyebabkan banyak kumbang yang akur tewas. Mereka tak terdaya menempuhi ranjau dan duri sepanjang perjalanan untuk menyunting mawar idaman. Apakah sebenarnya falsafah cinta Khazinatul Asrar?
Adakah cintanya semata-mata untuk Ilahi lalu meminggirkan lelaki?
Kenapakah ramai kumbang yang tercabar untuk memiliki si mawar yang sedang mekar di Taman Larangan itu? dan banyak lagi persoalan yang perlu diterokai….
Akhirnya muncullah si jejaka pilihan Allah S.W.T buat si mawar berduri, menyingkap seribu satu rahsia kesucian hati di sebalik tabir cinta Khazinatul Asrar. Bagaimana Khazinatul Asrar akhirnya dimiliki?
Siapakah sang kumbang itu yang berjaya mencari penawar bisa duri wardah?
Yang pasti, novel ini menghidangkan kebenaran janji Allah yang termaktub dalam surah An-Nur, "Wanita yang toyyibaat itu untuk lelaki yang toyyibuun…"
Sucinya cintamu Khazinatul Asrar, seindah mawar berduri…
FATIMAH SYARHA MOHD NOORDIN

3 comments:

NaNaJoe said...

wah~~ rajin nye membaca novel..
nana bab2 membaca ni kureng lor~ :P

Khairil said...

Salam perkenalan...cik nadia suka novel ke?...good hobby tu...

admin said...

http://teman-cintahatiku.blogspot.com/ akan menganjurkan pertandingan menulis cerpen…berminat utk join?hadiah wang tunai menanti pemenang…ayuh jgn lepaskan peluang ini!!