Thursday 30 September 2010

Coretan Perniagaan


Assalamualaikum wbt dan salam terindah buat semua diluar sana. Alhamdulillah syukur dengan segala nikmat yang diberikanNya. Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang lagi Maha Berkuasa. Ya Zaljalaliwal Ikrom..

Okay coretan pagi ini lebih kepada soal bisnes, bukan nak promote ya. Ini pertanyaan dari seorang customer yang sangat friendly. Pertama kali berurusan pun nadia rasa senang hati. Alhamdulillah syukur pada Allah. Okay, pertanyaannya adalah tentang bisnes nadia, katanya ramai juga customer nadia akak tengok, teringin akak nak cuba bisnes juga.

Alhamdulillah syukur dengan rezeki yang Allah berikan. Bercerita tentang bisnes, nadia bukanlah ramai customer. Yang bertanya saja ramai. Apa yang nadia selalu letakkan dalam hati, niat sebenar nadia berbisnes. Innamal a'malubinniat. Itu yang nadia selalu ingatkan. Tak perlulah nadia bagitau tentang niat tersebut kerana risau disalahertikan. Maafkan nadia.

Selain itu, nadia akan cuba sedaya mungkin untuk menjawab pertanyaan customer. Ok, nadia pernah kerja sebagai promoter sambilan sewaktu nadia masih belajar di kolej. Setiap hari Selasa akan ada product knowledge yang mana setiap promoter harus mengemukakan produk terbaru dari jenama mereka. So, nadia harus berdiri di hadapan semua promoter, manager untuk bercerita tentang produk, cara penyimpanan dan segalanya. Jadi, begitu nadia terapkan pada bisnes nadia sendiri.

Setiap customer akan mempunyai pertanyaan yang pelbagai dan kita harus bersiap sedia. Mesti pernah dengar kan, customer always right. Yes, peganglah ayat berikut bila anda terjun dalam dunia marketing. Tapi satu saja, jujurlah. Jangan ada walau seinci penipuan kerana di situlah bermula kurangnya berkat dari Allah. Ingat, rezeki yang dicari, biar sedikit manapun asal ianya berkat. Below nadia selitkan Question Answer antara nadia dan seorang kakak. Dia sangat tegas tapi nadia suka sebab dia sudi bertanya dan sangat ingin tahu.
Kak H:salam. puan dah cuba ka product ni. boleh ka turunkan berat badan. kesannya dlm berapa minggu. 


Nadia:wslm wbt...saye memang pengguna prduk ni, melihatkan keberkesanan itu membuatkan saya nak menjual. Mengenai turun bdn, saya belum merasakan, cume dari testimonial customer saye..Alhamdulillah.. keberkesanan boleh lihat pd kali pertama pkai tp utk turunkn berat bdn, perlu pkai secara teratur dan menjaga pemakanan...ianya akan mengambil masa... 


Kak H:dari segi lain apa kesannya pada puan. kena pakai masa tidur sj ka atau boleh pakai masa apa pun 


Nadia:ok kesan pd diri saye yg paling saye nmpk adalah haid yg semakin teratur...Alhamdulillah.. Saya juga semakin kurang migrain, kurang letih dan kurang rase mengantuk ble bangun pagi.... Seorang famili saye ader sakit darah tggi dan amalan pemakaian teratur telah mengurangkan saket kepale yg disebabkan darah tggi...Alhamdulillah... 
Kak H:ada lagi soalan saya tak jawab 
Nadia:ok...sejujurnyer saya sendiri pkai selang sehari dan cume pkai waktu tdo memandangkan wktu tu tak perlu bergerak ke sana sini.. lagi plak tak bleh kne air, jadi kalo pkai siang sedikit mslh.. Awal pemakaian, rasa berdenyut pd kaki, rasa hangat kerana bhn2 adalah herba... Kalau pkai sebelah, lagi kita dpt rasai perbezaannyer.... 
 
Okay, itulah serba sedikit Q n A antara nadia dan seorang customer, suka nadia bila dia panggil puan sedangkan nadia belum berkahwin. Okay lah, itu serba sedikit tulisan nadia hari ni. Maafkan nadia sekiranya ada salah silap nadia. Ini sekadar perkongsian dari nadia untuk mereka yang ingin tahu. InsyaAllah. Semoga Allah menjauhi kita dari segala yang buruk dan memberi yang terbaik buat kita semua...Amin.




2 comments:

toyolkiut said...

teruskan usaha, pasti lumayan ganjarannya..
pelanggan ni memang perangai macam2..tp tnpa mereka siapa kita sebagai penjual kan..

Dhea Ahmad said...

tenkiu toyolkiut.....very cute nickname.... Alhamdulillah setakat ni pelanggan sangat baik...