Tuesday, 14 September 2010

Resepi Kek Coklat Kukus

Alhamdulillah syukur masih diberi nafas, kesihatan, kemudahan oleh Allah... Ok Aidilfitri baru-baru ini nadia dan adik-adik sempat menyerbu rumah mak long nadia disebelah rumah nadia je...Memang kebiasaan kami saudara mara akan berangkat dari rumah ke rumah saudara selepas solat sunat Aidilfitri.. Waktu di rumah mak long, nadia sangat teruja bila kakak sepupu buat kek coklat kukus, lalu apalagi resepi lah jadi sasaran..Sejujurnya nadia memang tak pandai buat kek... Jadi hari raya ke-3, kakak sepupu datang ke rumah and bawa segala kelengkapan untuk buat kek coklat kukus.. Katanya, kena buat sendiri baru pandai and ingat... Ok Alhamdulillah menjadi dan sedap..Cara buat pun sangat mudah.. Bagi sesiapa yang berminat, bolehlah mencuba... Ini resepinya..

gambar pinjam dari sini: credit

2 cawan tepung kek berserbuk penaik (bluekey)
2 cawan serbuk koko
1 1/2 cawan gula (tak perlu kisar halus)
2 biji telur
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1 cawan air panas
coklat rice
badam hancur

cara-cara membuatnya:
-Adunkan sekali tepung kek bluekey,serbuk koko,gula, telur, susu cair dan minyak masak
-Gaulkan bahan-bahan tadi sampai sebati
-Dah sebati, masukkan air panas.
-Adunkan sehingga sebati
-Masukkan ke dalam acuan
-Kukus sehingga 20minit
-After 20minit, taburkan coklat rice secukup yang anda mahukan
-kukus semula dalam 5minit
-Angkat dan taburkan badam hancur.
-Siap and dah boleh makan...

Senangkan..cubalah...apapun, resepi ni memang simple sangat... Alhamdulillah selamat mencuba ya kawan-kawan...





10 comments:

Anonymous said...

TQ, for ur simple resepi, but i'm just wondering for the 2eggs???
U didn't mention bila nak masukkan dlm resepi tu..
TQ.
Curious....

Nadia arRumaisha said...

owhhh betul tuh.... i dah edit semula... thanks ya...

hafizah said...

wah sedap kek ni..resepi yg simple...

Cik Nina said...

btw, i gune i cawan je serbuk coklat tu.. 2 cwn, xke byk? huhu

Nadia arRumaisha said...

@cik Nina: boleh saja letak secawan...tp saye lebih suka letak 2 cawan...

Eiha Dy'luckee said...

nk tnye.. cwn tu bsar mne??

Eiha Dy'luckee said...

cik nina : saye nak tanye..cwn tu besa mane ek??

Anonymous said...

Urm nx try la

nadiea said...

Urm ty kna try ni

nadiea said...

Kna try ni..msty sdp