Wednesday 20 October 2010

Belajar Menerima Keadaan Seadanya



Tahun depan, umur semakin bertambah.
Namun tanda-tanda seru masih tiada.
Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.
Dan nadia sedang belajar menerima keadaan dengan seadanya.
Belajar bersyukur dan menerima takdir Allah.
Apa yang disediakan Allah itu, pasti terbaik buat hambaNya.
Sedih, sakit dan terluka, pasti dirasai.
Namun hakikat manis dihujungnya pasti membuah kebahagiaan.




Mak selalu pesan.
Setiap orang Allah kurniakan ujian yang berbeza-beza.
Ada orang Allah berikan ujian atas pekerjaan.
Ada orang Allah beri ujian atas kesihatan diri.
Ada orang Allah beri ujian atas anak-anaknya.
Ada orang Allah beri ujian atas kekayaannya.
Bermacam-macam ujian.

Benar.
Di situlah wujudnya pelbagai ragam, aksi, tawa dan nangis.
Yang penting, belajar bersabar dengan ujian Allah.
Allah Maha Adil, Maha Penyayang, Maha Mengetahui.
Allah tidak akan membebani hambaNya 
dengan ujian yang tidakkan mampu ditanggung hambaNya.
Jadi nadia kena bersabar dan berdoa.
Bukankah senjata umat Islam itu adalah doa.
Jadi berdoalah kepada Allah Yang Maha Mulia.

Nadia ingat lagi pesan seorang sahabat.
Jodoh itu pasti datang dengan sendirinya.
Usah bersedih.
Benar, waktu nadia sekarang untuk keluarga.
Bahagiakan keluarga dan sahabat.
Mencari rezeki untuk keluarga.
Allah Maha Pengasih.
Jangan sesekali berputus asa dengan rahmat Allah.

Nadia masih ingat pesanan kak Chik.
Bila manusia menyakitkan hati kita.
Berbaliklah kepada Allah. 
Dia tidak pernah melupakan 
atau menyakitkan hati kita. 
Dialah sumber ketenangan.
Terima kaseh kak Chik.
Akhir sekali.
Berbaik sangkalah dengan Allah.
Daripada Abu Hurairah r.a.,  Rasulullah SAW bersabda:
"Berfirman Allah Azzawajalla: 'Aku berkuasa untuk melakukan
apa yang hamba-Ku sangkakan terhadap-Ku. Dan Aku
berserta dengannya ketika ia menyebut-Ku
(berzikir kepada-Ku).'"
Riwayat Al-Bukhari dan Muslim.

3 comments:

eiman said...

sederhana dalam semua apa yang kita lakukan adalah sebaiknya..

Dhea Ahmad said...

terima kaseh eiman. itu lah yg sedang saya terapkan dlm kehidupan saya. terima kasih sekali lagi.

damha said...

hidup tanpa masalah n dugaan bukanlah hidup namanya...semua org pasti melalui pengalaman yg pelbagai ragam...so kita kena terima seadanya jika itu ditakdirkan...