Sunday, 24 October 2010

A Journey To Be Slim



Salam sejahtera semua. Semoga diberkati dan dirahmati Allah selalu. Oraite, bercerita tentang title di atas. Last day nadia keluar bersama sepupu nadia. Oh dah lama sangat tak keluar bersamanya sejak dia berkahwin, dapat anak pertama and sekarang anak kedua pun dah 1 tahun 4 bulan. Oh lamanyaaaaa... kalau jumpa pun sekadar waktu lebaran dan majlis-majlis keluarga. Masing-masing terlalu sibuk menguruskan rencana hidup masing-masing.

okay, last day juga timbang-timbang berat di shopping complexs. Malunya. Mula-mula tak ada pun orang nak cuba-cuba atau pandang mesin tu tapi bila kami start guna. Aih ramai pula yang datang. Tahulah kami ni geng debab. huhuhu. Mula-mula sepupu timbang berat and ukur ketinggian dulu. Then bila turn nadia, oh tak nak. Tak nak. Malu sangat berat okay.

Masuk-masuk syiling 20sen+20sen, mesin pun start calculate. Subhanallah sangat berat aku sekarang. 72kg + 162cm. Memang nak pengsan melihatnya. Dah lama tak timbang. Inilah akibat tidak mengamalkan diet yang sihat. Argghh kena pergi beli timbang sendiri ni. Semangat untuk kurus kembali. Dulu M and now XL. Sangat gemuk la. Okay, so starting from today, nadia nak tetapkan ia as a journey to slim. Perlu jogging kembali, perlu yoga kembali, perlu kurangkan makan nasi dan perlu apa lagi ya. Hurm, sangat malu dengan diri sendiri. Patutlah selalu sangat sakit tumit, mungkin kaki pun dah tak larat tanggung berat.

Hurm, nadia hope sangat dapat kembali seperti sebelum ni. Bukan nak slim sangat tapi biarlah sekadar sederhana saja. Harap sangat menjadi dan dapat kuat semangat. Itu saja ceritanya. Maafkan nadia kalau ada yang bosan. Yang ada petua untuk turunkan berat badan. Sudi-sudikanlah berkongsi dengan nadia. Terima kasih.

6 comments:

Sophie Al-yahya said...

nak diet dan jogging jgk.. =(
dah semakin berat dan kaki sakit..

Nadia arRumaisha said...

hihihi....betul tu sophie...ble berat bdn bertambah, memang kaki pun mudah rase saket terutamanya bhgn tumit...

MimieJamaludin said...

salam...nk komen jugak. :) ape kate try detox dulu..then jogging and at the same time, nadia jgn mkn nasi..bukan selalu tp dlm smggu 2 kali je ke...byk sayur2an dan buah...hmm, mimie ni bg je tip, tp same je xreti nk jaga badan...xpe2 moga2 kte berdua kurus dan sihat :)

p/s: salam perkenalan :)

Nadia arRumaisha said...

wslm wbt mimie....
terima kaseh atas tips yg diberikan.. Sekarang nadia dah mula renggangkan makan nasik, byk minum bijirin and susu kambing... kalo rase lapar, mkn biskut dan kadang ambil makanan berat spt mee utk kurangkan lapar..

InsyaAllah, mai kita usaha sama2 and salam perkenalan jugak dari nadia ya...

noor afzan said...

chaiyok nadia..
nadia buleh!

jenguk.
ada entry khas tuk blog2 kesayangan noorafzan that include kamu.

Nadia arRumaisha said...

thanks afzan.... sangat nadia hargai....