Tuesday, 9 November 2010

Bila Usia Semakin Senja


Sekarang di rumah nadia bertambah seorang ahli, tok Che(lelaki) nadia sekarang tinggal di rumah kami sekeluarga. Tok(perempuan) pula ader di rumah sepupu nadia di Dungun. Katanya lebih selesa di sana. Tak pelah, janji ader yang menjaga makan minum saket dia. Bercerita tentang tok che nadia ni, semalam mak cakap dia menanges. Untuk pengetahuan semua, tok che nadia ni umurnya 90 lebih dah. Sekarang dia dah nyanyuk. Kadang-kadang dia ingat mane tandas, kadang dia lupa. Tempat tido pun sama jugak.

Malam sebelumnya, ayah mengusik dia. Waktu makan, ayah letak lauk dalam pinggan. Sedangkan dia tak nak. Terus dia mengamuk. Itu yang mak cakap dia menangis... yang paling menyentuh hati, dia mintak hantar dia ke rumah penjagaan orang tua. Sebak mendengar. Sedangkan niat ayah cuma bergurau. mak pujuk cakap semua orang sayang dekat che.

Mak cakap lagi, sekarang dia dah ok tapi kena betul-betul ambil hati dia. Kalau dia tak nak makan, jangan paksa. Pujuk baik-baik. Sekarang perangai dia semakin kebudak-budakan. Jadi betul-betul harus memahami. Alhamdulillah dia masih mampu ke tandas sendiri. Sedih sangat melihat keadaannya sekarang. Apapun nadia berharap semoga Allah memberinya kekuatan., merahmati dan memberkatinya. Amin








7 comments:

saya_arief said...

rindu pada nenek di kampung..
;D

Mario said...

org tua mmg cepat merajuk...kena hati2 dgn dorng...kita pun camtu jgk kan klu umur pjg...

Nadia arRumaisha said...

hihihi... raya haji nanti balek laa jenguk....

Nadia arRumaisha said...

mario: haah...skang kne berhati2 nk ckp ngan dorang..kne lembut....

Kancilbiru said...

bukan senang nak jg org tua...dan sebab tu pahala besar untuk mereka yang dapat jaga ibubapa mereka masa mereka tua...:)

Nadia arRumaisha said...

kancilbiru: betul tu kak... tengok cara mak ayah saya uruskan atok pn dah tersentuh sangat hati.

damha said...

org yg dah berumur yg semacam ni mmg mudah terasa n tersentuh hati..so kita kena bersedia hadapi apa jua dugaan utk menjaga hatinya....