Thursday, 2 December 2010

Menu Diet Hari Kedua: Masih Berusaha

Assalamualaikum WBT
Bismillahirrohmanirrohim



Apa yang mampu nadia katakan sekarang adalah semangat untuk terus mencuba. Nadia mengaku masih belum 100% nadia berhenti makan nasi tapi kadar yang nadia ambil adalah dalam 3 sudu untuk sehari saja.. Selebihnya nadia banyakkan makan sayur-sayuran, ikan, telur dan ayam.. Untuk menu pagi tadi, nadia ambil telur dan salad sayuran lebih kurang seperti menu malam semalam... 


rasa lapar la pulak: credit




segala macam sayuran: credit


Manakala untuk tengahari nadia ambil ikan goreng tumis dengan sayur dan bagi makan malam cuma salad sayur-sayuran... Alhamdulillah kenyang cuma nadia masih mengambil gula dalam minuman CUMA nadia kurangkan manisnya... Lagipun nadia memang bukan seorang yang suka makan manis-manis... Bukan apa, nadia akan jadi lemah sangat bila tak ambil gula terus.. Untuk follow semua, mungkin akan mengambil masa...Semalam pun terketar badan nadia menahan lemah badan..


sugar oh sugar.....please kurangkan pengambilan : credit


Bagi nadia boleh follow tapi pelan-pelan jangan sampai menyeksa diri sendiri... Yang penting amalkan senaman-senaman yang membantu kita mengeluarkan peluh... Hurmmm nadia ni tak pandai sangat nak bercerita soal diet ni sebab nadia sendiri sedang berdiet.. Cuma ambil sedikit petua atau cara dari mereka yang berpengalaman.. Maaf andai ada yang tersilap..sekian terima kaseh...


4 comments:

Daniela said...

apa2 pun jgn tak makan langsung yer..nanti takde tenaga =)

Nadia arRumaisha said...

@ daniela: thanks dear.... insyaAllah nadia cuba seimbangkan....

Liz Lizard said...

dayet berhemah hehe...chaiyok!!!

Nadia arRumaisha said...

@ Liz Lizard: haah diet secara berhemah....tak nak paksa diri sangat...