Friday, 31 December 2010

Tips Bermanfaat Dari Mereka Yang Hebat

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum WBT


Hai semua, semoga hari terakhir 2010 ini memberi manfaat kepada kita...And semoga esok 2011 menjadikan kita manusia yang lebih baek dari semalam...InsyaAllah..

Okay, kali ini nadia ingin kongsikan sesuatu yang bermanfaat yang nadia kutip dari antara mereka yang hebat, sebenarnya ramai yang hebat dalam berblogging cuma kali ni nadia petik nasihat dari mereka.. Nadia tahu pasti dah ramai antara kalian yang sudah pun tahu tentang semua ini tapi biarlah, ingin nadia kongsikan juga hari ini sebagai panduan untuk nadia sendiri dan mungkin juga bagi mereka yang belum mengetahui.... Setiap hari nadia cuba untuk memperbaiki setiap kekurangan yang ada... Hopefully akan menemukan kejayaan pada hari akan datang... InsyaAllah...

Sebagai bekalan untuk itu, nadia ambil nasihat dari mereka ini.. Yes, nadia kagum dengan semangat mereka malah mereka juga tidak pernah berhenti memberi nasihat dengan erti kata lain... Tidak kedekut nasihat....hihihi... Jom kita baca apa tulisan mereka tentang tips dalam berblogging ni.. Ye lah, bukan senang tau untuk berblogging... lebih-lebih lagi untuk melahirkan entry atau artikel yang hebat... Semoga tips mereka ini memberi panduan buat kita semua....InsyaAllah..

..............................................................................


Si gadis comel ini pernah juga sesekali datang menjengah ke blog nadia.. Kira baguslah sebab walaupun dah ada follower yang dah melebihi 10k....WOWWW, dia tidak lokek memberi kunjungan buat 'peminat-peminat' dia.... for me, she's so sweet... Lihat apa nasihatnya tentang berblogging.... Nadia cuma ambil beberapa point saja ya...



Bina hubungan yang baik dengan blogger-blogger yang lain.

- Dis is da most important thing! Kalau boleh, selalu-selalulah berbalas2 comment kat blog ke..kat pesbook ke..kat twitter ke...kat nsett ke..(wahh gitcchuuu kann melampau2), tp kalo nak tau, tuh la dulu caranya aku ngn Si Dia  masing2 tengah dok usha perasaan masing2. Berbalas2 comment dan chat2 saje...dah timbul perasaan! haha. Haaa..kan dah lari topic! huahuahua.

Jangan mempunyai perasaan hasad dengki syaitonnnnirrrajimm dengan blogger lain.

- Owwkeyyy..yang nih memang dah jadi suatu trend dalam kalangan kita semua. Bukan blogger je, tp yang bukan blogger pon sama. Aku x tau pe motif diorang..but plzz, ingat satu je, hidup nih KARMA! Karma ok..bukan Karam Sigh Walia. KARMA tuh wujud!  Karma tuh, perbuatan baik pasti balasannya baik, sementara perbuatan tak baik, balasannya pun tetap tak baik dan buruk. Takde faedahnya kalo korang nak dengki dengan sesetengah blogger yg lebih ke hadapan sedikit dengan korang. Dapat dosa je ada lah kan. Elakkan la daripada memberi comment nak menyakitkan hati, menghina, mencaci, mengutuk, memfitnah para blogger lain. DOSA tau tak! Nak kene hangus dekat akhirat nnt?

Selanjutnya boleh klik di sini.. Nasihat Irine Nadia Marcello

..............................................................................


Bro eyriqazz ni nadia kenal blog dia masa awal-awal nadia berblogging dalam tahun 2008.. Dari dulu hingga hari ni beliau selalu juga menjenguk ke belog nadia... sekiranya ada masa lapang... Yelah tengok saja blog bro eyriqazz, sentiasa update dan busy dengan pengunjung...Lagi satu, bro eyriqazz ni sangat murah hati sebab selalu menganjurkan contest/giveaway.. Berkongsi rezeki...Alhamdulillah semoga tahun 2011 ni, akan bertambah murah rezeki bro eyriqazz and isteri yang comel serta si kecil alisya yang sangat-sangat cute....suka bila alisya senyum... Jom kita lihat nasihat beliau yang paling nadia suka...










Jangan Kedekut Nak Kasi Backlink
Antara point yang nadia ambil:

Sebagai tanda perhargaan
- Terutamanya untuk pembaca dan pengomen setia agar mereka terasa dihargai.Lebih-lebih lagi cam saya yang sibuk dengan keluarga dan semakin kurang masa untuk mengomen kembali pengomen setia.  Alah, siapa yang tak suka backlink n blog kita disebut dalam blog mereka kan?.Even bloggers popular pun sukakan backlink. Buktinya? Edisi terjah eyriqazz ble katakan more than 90% yang diterjah mengomen/membalas kembali.

Betulkan Niat
-Jangan pula marah bila anda buat entry or mention blog lain tapi tidak mendapat balasan. Orang itu mungkin hargai penulisan kita tapi mungkin tidak sempat untuk membalasnya. Bak kata pepatah, tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima kan? Sebab itu saya wujudkan ”Entry Pilihan Hari Ini” sebagai tanda menghargai bloggers di luar sana. Berbalas atau tidak, saya tidak kisah.Yang penting diri sendiri gembira dan puas hati.

Selanjutnya boleh klik di sini: Nasihat Bro Eyriqazz 

..............................................................................



Actually bro yang seorang ni memang superb busy bagi nadia sebab apa, dia sentiasa membuka laluan kepada blogger baru untuk memperkenalkan blog masing-masing... Dengan erti kata lain, membantu blogger yang senyap sunyi macam nadia ni untuk lebih dikenali.. Tabik bro... Jom kita baca apa nasihat ben ashaari pula..







RISIKO BERBLOGGING !

Ada banyak jenis blog ..antaranya untuk menyampaikan ilmu ..menyampaikan maklumat..ada juga tempat dijadikan 'diari harian' ..macam macam lagi la ...termasuk dikategorikan blog 'syok sendiri' ..apa saja pun terpulang la..hak individu...mereka yang berblog ini , dikategorikan orang yang berani ...berani menulis secara terbuka...mereka meluahkan apa yang mereka rasa....rasa suka dan duka...apa salahnya berkongsi dengan orang lain kan..sekurangnya ada yang tau , 'rupa rupanya ada yang senasib dengan aku'...atau ...'bertuah betul orang ni kan'....malah , 'hek elehh....syok sendiri tul budak ni ' ...

Jadi anda bersedia dengan apa jua komen yang akan datang ... kecuali anda membuat blog dengan mengambil isi isi dari orang lain , memberi pujian pujian atau bercerita tentang yang bagus bagus sahaja...play safe...asalkan ada hits ...wowww..

Baca seterusnya di sini: Nasihat Ben Ashaari


..............................................................................


Haa bro yang seorang ni pun sama macam bro eyriqazz juga...Nadia kenal blog dia masa dia guna nama Rizseifer kalau tak silap nadia... Maaf kalau silap, dah lama so memang nadia dah tak berapa nak ingat... Bro aie ni rajin juga membalas kunjungan dan sesekali chat di ruangan chatbox... Kira tak sombonglah orangnya....Jom kita baca nasihat dia pulak...








Increased Traffic
Antara point menarik yang nadia ambil:

Kurangkan Shortform
Hah,yang ne memang kegemaran aie dulu.Tak semua pembaca faham shortform yang kita gunakan. klau boleh penuhkan wording tapi jangan lah sampai posting berjela2 sangat.heh.

Kurangkan gadget dalam blog
Sebelum ne,aie nya page agak berat sebab aie jenis yang gila gadget tapi since bila diri sendiri buka page lembap,so aie tuka layout. Kalau malas cari layout boleh jer kurangkan gadget dalam blog. Amek yang penting2 jer.kalau tak nak buang gadget,korang bleh melawat page ariedrifke untuk dapatkan coding tersebut.

Tanya pada yang pakar
hehe..aie sangat suka bertanya pada otai2 dalam nuffnang dan korang jangan laa segan2 mau bertanya sebab otai2 ne memang peramah dan tak lokek nak berkongsi ilmu.

Mesra Google
Kalau boleh dalam entry tu biar lah mesra google so dari situ korang akan dapat traffic yang berlainan setiap masa. Jangan lupa keywords yang penting tu korang bold kan..okey?

Nasihat selanjutnya di sini: Nasihat Darkbatman

..............................................................................


Hah blogger otai yang memang best bagi nadia...kalau tak caya tengok blog dia...Macam-macam ada...hihihih sangat suka nadia membaca tips dari Mel....Jom kita terjah and baca nasihat beliau...











Blogging Ini Senang Ke?

Mencari Pembaca @ Kawan blog !
Kawan blog? Macam mana nak dapat kawan blog? Relax sekiranya anda masih dibawah , janganlah gunakan ego untuk menguasai diri anda dan akan menyebabkan anda keseorang tanpa orang lain yang suka dengan cara anda yang sombong. Cuba berblogwalking dari 1 blog ke 1 blog dan cuba untuk meninggalkan jejak serta comment yang bernas kepada blogger yang lain.
Kita sepatutnya membina komuniti dengan rasa rendah diri dengan bertanya kepada yang lebih bagus dalam dunia blogging. Namun begitu sekiranya kita masih jugak takdapat berhubung dengan mereka , gunakan option lain seperti tanyakan soalan anda di google atau facebook atau sebaliknya.
Cuba untuk berkomunikasi dengan mereka dan cuba untuk bersosial dengan mereka. Jangan terlalu kerap berfikir blog anda masih dibawah dan anda terus berdiam diri tanpa sebarang kata. Come on , jangan terlalu memikirkan perkara-perkara begitu sehinggakan anda berdiam diri.

Buat Blog senang , tapi susah nak maintain !
Masa sangat perlu dititik beratkan ,ini kerana kebanyakkan blogger akan menghabiskan hampir 1 jam untuk menghasilkan 1 entry yang berkualiti dan mungkin lebih kerana anda perlu menggali atau research terhadap suatu perkara untuk memberikan yang terbaik untuk pembaca anda. So bila malas dalam suatu kajian , maka blog anda seperti hangat-hangat tahi ayam sahajalah.

Baca selanjutnya di sini: Nasihat Melromeo 

..............................................................................

Okay, macammana? Dapat point? Hopefully macam tu lah ya, nadia pun buat review ni sambil belek-belek entry bermanfaat dari mereka... Selain itu dari nasihat berblogging, mereka juga ada memberi tips-tips lain, contohnya tips kecantikan, senaman, penjagaan makanan, kurus juga cara menawan hati yang tersayang... Ambil manfaat/kebaikan dari pengalaman orang lain untuk dijadikan pelajaran atau panduan kita melangkah lebih maju...InsyaAllah...

Itu saja, sekian terima kaseh..


8 comments:

tqaAwesome said...

woww~ nadia dah lame ek berblogging ni. kire otai gak la kan~! wahhh bangge lak sbb nadia slalu singgah blog tqa. hehe

thnx for these tips! :)

ardinihumaira said...

betul tu dear..semoga silaturrahim di antara blogger semakin utuh.. hindari hasad dengki

alinac lover said...

thanks..info bguih ni

hhee

uncle said...

huhuu mereka semua hebat-hebat belaka

LyNn'Azlina said...

suka tips diorang tu...

Enna Banana said...

mereka terbaik!

Azwani said...

terima kasih kerana berkongsi tips kat sini dari blogger otai.
\

nadia di tag

http://azwanikhairul.blogspot.com/2010/12/izamir-ridzwan-pendrive-giveaway.html

Liz said...

beramas mesra di alam maya aiseh...
mereka memang da best