Tuesday, 25 January 2011

Aku Dah Sejuk

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum WBT


Alhamdulillah syukur pada Allah, pagi yang indah, segar dan ceria.. Alhamdulillah juga hari ni kesihatan nadia semakin membaek.. Malam semalam penat bertarung dengan demam panas tiba-tiba.... Mujur cepat juga kebah... Alhamdulillah..

credit: corbis.com
Okay, bercerita tentang hati nadia yang sangat geram semalam, Alhamdulillah sekarang sudah sejuk.. Barang customer telahpun selamat sampai ke tangan beliau.. Alhamdulillah dan ini satu pengajaran buat nadia supaya lebih berhati-hati untuk memilih perkhidmatan pos selepas ini... Last day, setelah berkali-kali nadia call pusat pos di mana barang diterima, akhirnya mereka angkat juga... Walaupun alasan mereka sedikit TIDAK LOGIK dek akal tapi cukuplah nadia telahpun mengingatkan mereka supaya menghantar barang dengan segera... Jangan delay lagi...Ikhlaskan diri anda bekerja supaya anda mampu bekerja dengan jujur dan penuh tanggungjawab...InsyaAllah

Okay, minggu ni nak settlekan semua request-request dari sahabat blog..InsyaAllah... Nadia sedang usahakan yang terbaek.. Maafkan kelewatan nadia, minggu lalu nadia busy dengan majlis-majlis perkahwinan mereka yang terdekat, minggu ni pula kesihatan yang sangat merundum... Apapun, semua tu ujian Allah buat diri nadia... Berapa sangat untuk nadia ukur kesakitan yang Allah berikan berbanding dengan nikmat sihat yang terlalu luas Allah berikan sebelum ini... Jadi usahlah dipertikaikan...bersyukurlah...

4 comments:

ieda said...

alhamdulillah nadia dah kembali sihat dan semoga selalu ceria ..
sakit dan sihat dgtnya dari allah ..
janji dah kembali sihat sediakala ..
x sabar nak tunggu turn watermark akak :))

nORmAL said...

Alhamdulillah kak dah sihat dan tenag kembali ... semoga akak sentiasa hepi k..

LyNn'Azlina said...

oklah nadia...dah dsampai tu kira ok ar kan...mujurlah kan...kalo xsampai, naya jer...nadia...sabtu kejer ker?

Redbloodsnow said...

alhamdulillah...dh sampai dh ek. aku kan yg...sgttt lah bengang if brg yg di hantar x sampai² n lambat sampai. pos laju suke buat hal..pui