Thursday 31 March 2011

Denda atau Buli

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum WBT



Hai semua..Apa khabar hari ini ya..
Apapun hopefully ceria semuanya..
Okay semalam dan hari ini adalah
sesi menggamit kenangan..
Menggamit kenangan persekolahan..
Yelah, sesekali menceriakan hati,
mencuit kerinduan hati pada
kenangan-kenangan lampau...

punishment
credit:corbis.com

Okay, kali ini nadia nak cerita
tentang hukuman yang selalu nadia 
kena atau kenakan pada yang lain..
First hukuman yang nadia selalu kena..
Nadia dulu aktif kadet JPA3..
And selalu jugalah kena denda sebab lewat..
Mau tak lewat, kelas habis pukul 2.00 petang..
Sampai asrama, cepat-cepat siap ke dewan makan
untuk bersantap lunch... Kena beratur la kan
sebab bukannya kita seorang yang duk asrama..


Sesudah makan, berkejar ke musolla untuk
solat berjamaah.. Kadang tak sempat solat
seorang saja...Kadang juga tak sempat nak
mandi tau... yelah berebut-rebut and terpaksa
kejar masa....


Pukul 3.30petang dah kena berbaris kat 
tempat perhimpunan untuk start kawad...
Pernah beberapa kali nadia kena denda..
Alah denda berlari keliling pada 10 round..
Huissshhh memang penat dan meletihkan
di saat matahari tegak atas kepala...
Tapi seronok sebab semua tu disiplin diri kita...
And yang paling kelakar bila ada kawan-kawan
yang kena denda jerit pada pokok "i love u",
kalau tersilap langkah ketika kawad...


Then,giliran nadia pula mendenda orang..
jahatnya aku...
Nadia kerapkali mendenda orang time study..
Jadual study adalah pukul 9.00 malam sehingga
11.00malam... Sebelah siang nadia jarang denda
sebab faham masing-masing letih dan kepala
pun ting tong kalau study pada waktu petang...

Tapi kalau sebelah malam, memang nadia tak boleh
sekiranya bising waktu study sebab kesian pada
mereka yang akan mengambil exam SPM & PMR..
Tak boleh nak fokus.. Biasa yang bising adalah
dari kategori adik-adik.... Macam pasar malam...


Biasa nadia akan bawa rotan... tapi bukan untuk
rotan mereka tapi untuk amaran sahaja...
Pernah nadia denda berdiri atas kerusi...
Kebetulan pula dewan study perempuan
sebelah dengan dewan study lelaki...
Nadia faham mereka malu tapi esok mereka buat lagi..
Kadang ada rakan nadia yang satu biro akan
denda mereka berdiri di depan...


Then, untuk sebab-sebab tidak hadir ke musolla
untuk solat berjemaah pula... Denda yang paling teruk
dikenakan adalah solat di dalam court tennis...
Masa tu, nadia bukanlah biro.. Sekadar join 
mengumpul mereka yang tidak ikut peraturan...


Tapi bila difikir semua tu sekarang..
Ianya pengalaman tapi kadang nadia sendiri fikir
samada semua tu denda untuk mengajar mereka
atau ianya sebenarnya berbentuk buli sebab
kebanyakkannya yang buat perangai adalah
adik-adik dari form 1 dan form 2...


Apapun, nadia sangat berharap mereka semua
menjadi orang yang berjaya sekarang...
Dan jadikan pengalaman lalu sebagai
panduan melangkah menjadi manusia
yang berguna, berilmu di bumi Allah ini...
InsyaAllah...




No comments: