Monday 20 June 2011

Bersabar...Kalau Mengeluh Pun Apa Korang Dapat?



Yes, bersabar.... Itulah paling-paling utama saat ditimpa ujian
oleh Allah SWT... Mengeluh? Itulah yang sering sangat nadia
lakukan tanpa sedari... Kadang bila orang tanya, cepat-cepat
nadia jawab...Eh aku tak mengeluh.. Padahal kadang tanpa nadia
sedar, nadia mengeluh..Terutamanya bila ditimpa ujian yang 
bertalu...Allahuakbar...Sangat besar dugaan dan ujian ini... Berikan
hambaMu ini kekuatan dan bimbinglah aku supaya sentiasa
di jalanMu Ya Rabb.....


Kadang bila terlalu tertekan, pelbagai perasaan yang berkecamuk
dalam diri nadia ni..Beberapa ketika ketawa dan beberapa saat yang
lain, nadia boleh menangis pada perkara yang tak semena-mena...
Ya Allah, berikan aku hati yang kuat dan iman yang teguh....
Kawan-kawan semua, bersabarlah dengan kehidupan dan bersabarlah
saat ditimpa musibah... yakinlah pada Allah bahawa ujian itu menguatkan 
lagi jati diri dan semangat kita sebagai umat Islam.... Ingatlah bahawa
ujian itu juga penghapus segala dosa...

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: 
"Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji 
oleh Allah s.w.t, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya 
sehinggalah dia menghadap Allah s.w.t tanpa dia membawa dosa sedikitpun." 
(Hadis riwayat Imam Tirmizi). 


Dan ingatlah, Allah telah menyediakan balasan dan ganjaran
yang indah bagi orang-orang yang bersabar...


Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, 
sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda di dalam 
Hadis Qudsi: Allah s.w.t berfirman: "Tidak ada balasan kecuali 
syurga bagi hambaku yang beriman yang telah Aku ambil kembali kekasihnya 
(Aku mematikan seseorang yang disayanginya seperti anak, adik-beradik 
dan sesiapa sahaja yang di sayangi oleh seseorang) dari kalangan penghuni 
dunia dan dia hanya mengharapkan pahala daripadaKu (dengan bersabar). 
" (Hadis riwayat Imam Bukhari). 






Silakan LIKE jika anda suka entry ini

11 comments:

Jue said...

samala yunk..jue happy tetapi dlm tak semena2 boleh mengalir air mata..menunjukkan betapa deritanya hati sendiri...orang tgok kita happy..tapi..hanya kita yang tau hati sedri..:-(

sarah mohamad said...

bersabar separuh daripada iman tapi di era sekarang ramai yang jenis hilang sabar.

Azi said...
This comment has been removed by the author.
norsharmila said...

bagus nadia, selalu je ingt cmtu..hrp sy pn akn jd cmtu jgk. bila rasa down, terus ingt Allah

sumaiyah mokhtar said...

betu2,sesungguhnya Allah bersama org2 yg bersabar ;)

AYuNG said...

sabar itu separuh drpd iman...tp, kekadang dah over limit kesabaran tuh, terlepasss jugak..hihi

Zie Madini said...

tp kan yunk. kadang² kan diri kita snediri gak yg jd sakit giler if teruskan bersabar n bersabar.

klo cm zie kn nad, sbr zie ada limit. if sampai kesabaran tak leh nk bertahan lg...haaa, hambikkkk lah kena sembur racun mulut berbisa..hehe :D

tp sifat sabar yg ALLAH SWT puji sesgt. coz bukan senang nk mengawal amarah :)

Unknown said...

manusia tak lari dari sifat mengeluh.. org yg kuat iman je mampu bersabar.. kan kak.. hurmm..kerdil rase diri ni..

NEPH said...

sabar biar betempat....jgn kasi bom meletup...nanti habis rosak persekitaran yg aman damai...jgn jadikan perang berlarutan...nanti bisa membinasakan..

[sutera kasih] said...

org yg kuat adalah org yg SABAR :)

Mama Gee said...

hanya sabar jelah yg boleh dilakukan...semoga Allah bg lebih sedikit kekuatan utk mama mengharungi hidup yg semakin mencabar ini.........