Saturday 23 July 2011

Tahu Ke Apa Makna InsyaAllah Itu?

gambar neh saya carik kat google jep

Diriwayatkan bahawa pada suatu hari beberapa orang penduduk Mekah datang berjumpa dengan Nabi S.A.W untuk bertanyakan mengenai hal Roh,kisah Ashabul Kahfi & kisah Dzulkharnain. Nabi lalu menjawab, "Datanglah pada esok pagi agar aku dapat menjawabnya, " .

Keesokan harinya wahyu tidak turun kepada Nabi S.A.W hatta baginda gagal menjawab soalan-soalan yang telah dikemukakan itu. Dan tentu sahaja kegagalan ini menjadi bahan cemuhan orang-orang kafir.Ketika itu turunlah ayat 23 & 24 dari Surah Al-Kahfi yang menegur perbuatan baginda itu.<" Dan janganlah kamu mengatakan terhadap sesuatu, ' Sesungguhnya aku akan mengerjakan yang demikian itu pada esok ' , kecuali (dengan menyebut) ' InsyaAllah ' . Dan ingatlah kepada Tuhanmu jika kamu lupa dan katakanlah ' Mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepada yang lebih dekat kebenarannya daripada ini '

Sekarang ini kan, selalu sangat orang salah faham dengan perkataan 
"InsyaAllah"..Tahu kenapa? Contoh kan kalau seseorang memerlukan 
pertolongan dari kita namun bila kita jawab dengan InsyaAllah... 
Apa yang kita dapat dari jawapan itu adalah "aku tak nak InsyaAllah
InsyaAllah neh...confirm kau tak nak tolong punya..."
Pernah korang dapat jawapan seperti itu? Mesti pernah kan.....
Pendapat nadia sendiri, ini kerana kita menggunakan perkataan
InsyaAllah itu untuk berjanji tetapi ianya cuma sebagai satu alasan
untuk kita menolak pertolongan.... Bukankah lebih baik berterus-terang..
Apapun, nadia bukanlah tahu sangat untuk menghurai semua neh..
Sekadar memberi peringatan dan berkongsi bersama bahawa gunakanlah
perkataan-perkataan suci itu dengan sebaiknya tapi bukan untuk
mengelakkan diri atau mencaci...... Itu saja perkongsian hari ini...
Semoga kita semua mendapat rahmat dan keberkatan Allah dan
diberi hati yang penuh kebahagiaan....Amin.....








nota: berhati-hati sebelum menuturkan kata-kata..itulah sebaeknya





Kalau suka entry ini, jom kita LIKE ramai-ramai..
Terima kaseh...

5 comments:

Nur Syazana Mohammed Sani said...

ramai yang gune insyaAllah ,. betol jugak 2 ,. nice info btw =)

moh la tinggal kan kutukan bernas d entry terbaru zana

http://syazanasani88.blogspot.com/2011/07/awak-d.html

Jue said...

yunk..bertul tu dear..sangat setuju..:-)

*InsyaAllah tu bg jue satu janji..:-)

Ardini Humaira said...

betul3... sebab ramai yang menggunakan InsyaAllah kerana nak berdolak-dalih walhal sepatutnya InsyaAllah tu digunakan supaya Allah memeberikan keizinanNya untuk kita tunaikan janji tu. kalo xdiberi keizinanNya maka janji tu tak dapat ditunaikan...

BENA said...

terlajak perahu boleh undur. telajak kate xboleh nak undur2. nak padam2 dah. heeee ;)

[sutera kasih] said...

insya Allah..dengan izin Allah..

nice info..thanks dear :)