Thursday, 26 January 2012

Jangan Membazirlah!!!




................................................................................

Assalamualaikum WBT..
Salam hormat dan salam sayang untuk semua
sahabat blog and readers yang sudi bertamu
di blog yang serba kekurangan neh...


Okay, last day bercuti.. Banyak sekali ingin dimanfaatkan
tetapi sangat merindui kertas-kertas kerja yang berlambak
di meja office.. Juga rindukan gelagat pemuda-pemuda
di office yang sentiasa buat saya tergelak.. Yelah, saya
seorang saja perempuan, jadi ada sajalah lawak yang
dibuat yang menggeletek jiwa saya..


Oh seawal pagi dah bangun, teman mak pergi pasar then
hari ini saya merajinkan diri tengok TV.. Sebenarnya saya neh
kurang suka tengok TV..Mungkin masa kurang mengizinkan..
Barangkali...

Then, rancangan pilihan saya adalah OPRAH.... Yes sangat
best dan hari ini mengenai pembaziran yang akan
mempengaruhi sumber alam.. Juga mengenai cabaran beberapa
keluarga dalam usaha mereka mengurangkan pembaziran..
Antaranya;
Penggunaan television
Penggunaan komputer
Penggunaan penghawa dingin, elektrik
Makanan




Ingatlah pada mereka yang lebih memerlukan...

And ada juga tips-tips atau kaedah untuk mengelakkan 
pembaziran terutamanya ketika membeli belah.. Dulu saya
sendiri kalau membeli barang-barang dapur, main ambil
saja..Orang cakap sedap tangan mencapai.. Sedap yang
mata neh memandang..
Then beberapa tahun kebelakangan ini, saya mula belajar
buat list apa yang ingin dibeli dan berapa wang saya
peruntukkan untuk beli barang-barang.. Dan juga paling
penting, tempat kita membeli belah tuh.. Bukan apa, ada
sesetengah antara kita cenderung membeli belah di tempat
yang mungkin famous la kot.. Sedangkan kalau kita kira
dari segi jenis barang, sama saja di tempat-tempat biasa..

Seriously, saya akan buat perbandingan harga beserta
kos minyak yang harus dikeluarkan.. Bukan kata kedekut,
tidak sama sekali tapi sebolehnya berjimat dan cuba
untuk elakkan pembaziran.. Lagipun saya bukan orang
senang.. Jadi kena beringat.. 


And ingat, setiap apa yang kita lakukan and kita habiskan
di dunia ini, akan ditanya di 'sana' kelak.. So fikirkanlah...
Beringat sesama kita supaya tidak menjadi orang yang
membazir...InsyaAllah...


..............................................................................






9 comments:

HeNRieTTa JoSe said...

Betul tuh...dengan kos hidup yang semakin meningkat, gaji yang xde la meningkat mna...kita kena pkai uruskan kewangan....

Farah Hanis said...

InsyaAllah, lagipun membazir itu amalan syaitan kan. Orang yg tamak selalu rugi :)

MenazChentaManez said...

belajar berjimat cermat dikala tekanan kewangan yang semakin meningkat..

aQimie Ceplos said...

nice entry :)

HeNRieTTa JoSe said...

Rietta pown suka roses..tp kt sna xde roses...lg stu, rietta suka tulip...

aimaniman said...

dah niat x mo membazir kira kita dah mulakan langkah pertama untuk x membazir kan... harap kita sentiasa ingatkan org yg serba kekurangan baru kita terasa 'geli' nak membazir,..

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Elak bershopping ketika lapar..

Redbloodsnow said...

tu arr. jgn membazir. kta kat sini dok senang senang je bazir. if kat negara yg sering di landar kebuluran...sebutir nasi pd mereka amat berharga agaknya

eva said...

dulu slalu berbelanja skrg dah pandai kawal ckit.. tp terlebih kawal, takut duit habis sampai takut nak berbelanja hahaah