Wednesday 11 July 2012

Tips Rumahtangga Bahagia | Pesanan Seorang Ayah


Bismilahirrohmanirrohim
Assalamualaikum..






Sekadar memetik pesanan IMAM GHAZALI kepada anak perempuannya pada hari perkahwinannya:

Anakku!
Engkau sekarang akan berpindah dari rumah tempat engkau dibesarkan. Dan akan berada di tempat tidur yang engkau tidak engkau kenal. Dan rakan hidup yang engkau tidak biasa dengannya. Itulah suamimu..

Jadikanlah dirimu ibarat seorang khadam kepadanya. Nescaya dia pula akan menjadi khadam kepadamu. Jangan engkau memaksa-maksa apabila engkau meminta sesuatu daripadanya. Itu akan membuatkan dia berasa benci kepadamu. Jangan pula engkau menjauhkan diri, nescaya dia akan 
melupakan engkau. Dan kalau dia pula menjauhkan diri secara marah kerana sesuatu sebab yang tertentu. Maka yang eloknya jauhkanlah dirimu daripadanya semasa marah.

Peliharalah hidung, telinga dan matanya…Janganlah membiarkan dia menghidu sesuatu daripadamu melainkan yang harum. Janganlah membiarkan dia mendengar melainkan perkataan yang baik. Dan janganlah membiarkan dia melihat sesuatu daripadamu melainkan yang cantik belaka.



 

5 comments:

HeNRieTTa JoSe said...

wow....cam nak nanges plak baca pesanan tu....thanks nadia for the share...

Ardini Humaira said...

semoga kita jadi anak, isteri, dan ibu yang solehah :)

Anasyg said...

suka post ni

Anasyg said...

suka post ni

eiela said...

bagus pesanan ayah nih.