Harta Akhiratmu

Mereka Sahabat

A New Journey Has Began

Daisypath Anniversary tickers

Rabu, 3 Oktober 2012

Ada Hikmah Disebaliknya

Bismillahirrohmanirrohim


Assalamualaikum semua sahabat juga mereka yang masih sudi menjengah
ke blog saya yang saya kira dah lama saya biarkan tidak ber'update'.......
Bukan sengaja tinggalkan kosong tapi fikiran saya benar-benar kosong
untuk berceloteh di sini... Lebih-lebih lagi dengan keadaan saya yang sangat
sibuk dengan persiapan perkahwinan.. Benar-benar menguji mental saya..
Allahuakbar..


Sejujurnya, hampir saja kepada Oktober, perkara pertama yang melanda
saya adalah tidur tak lena.. Puas untuk lelap, kerana fikiran ini asyik melayang
fikirkan betapa hampirnya saya kepada sebuah perkahwinan.. Kehidupan
saya akan berubah selepas ini, malah selepas ini, segala tindak tanduk saya
haruslah merujuk kepada sang suami...

Dan masuk saja Oktober, saya mula gusar memikirkan persiapan yang
belum siap, malah untuk dikategorikan 70% pun rasanya tak mampu...
Sehingga saya terlupa perkara yang paling penting iaitu menyiapkan borang
perkahwinan.. Mujurlah saya telahpun siapkan ujian saringan HIV awal-awal
lagi, betapa lekanya saya... Alhamdulillah hari ini, saya telah selesaikan
semuanya, malah tarikh pernikahan pun telah saya booking dengan juru nikah..
InshaAllah pada 19 Oktober 2012 sebelah malam usai solat Isyak..

Minggu lalu, saya sangat tertekan malah menangis memikirkan persiapan, 
dengan keadaan paperbag yang belum siap sepenuhnya, persalinan nikah 
dan sanding yang mana dalam proses untuk disiapkan, begitu juga soal rumah sewa..
Alhamdulillah syukur pada Allah Yang AMAT Penyayang, minggu ini
berita gembira yang saya terima... Terima kaseh untuk tunang saya, keluarga
dan sahabat-sahabat terdekat saya, mereka sangat banyak membantu..

Dan sekarang saya dalam proses menghantar kad-kad jemputan... Oh ya,
cerita tentang kad jemputan, kalau sebelum ini saya beria untuk menghias
kad jemputan dengan reben dan sebagainya namun semua itu tinggal
impian saja.. Mau tidaknya, mana sempat untuk saya lakukan, lagipun
rasanya eloklah simple seperti itu saja..Janji mereka yang terima dapat
baca dengan jelas...

Apapun, doakan majlis saya berjalan dengan lancar... Walaupun majlis
kecil tapi doakanlah semoga keberkatan Allah buat saya, bakal suami
dan seluruh keluarga... Terima kaseh....











1 ulasan:

anariffin berkata...

insyaallah...kene banyak bersabar..n kene tabahkan hati kan menjelang hari bahgie ni..macam2 unexpected datang..hope kite sesame leh harungi sme ni...amin