Friday, 14 December 2012

Istilah Buat Sendiri Dalam Perkahwinan Saya

Bismillahirrohmanirrohim



Assalamualaikum WBT...
Hai semua.....Hurm pejam celik pejam celik dah hampir dua bulan
saya bergelar isteri dan banyak sangat yang belum saya pelajari...

Okay, ada yang bertanya tentang persiapan yang saya buat sendiri
ketika majlis perkahwinan baru-baru ini...atau senang cerita, benda-benda
yang DIY...Sejujurnya 'DIY' dalam urusan perkahwinan neh memanglah
seronok, berbaloi, jimat tapi apa yang sangat-sangat perlu kita korbankan
adalah masa.. Memang penat and terkejar-kejar nak siapkan...Contohnya;


1. Goodies Bag

Inilah goodies bag yang saya buat sendiri untuk majlis perkahwinan saya
baru-baru ini.. Simple saja kan tapi nak siapkannya, Subhanallah memang
sangat butuh waktu yang panjang.. Setiap malam balek kerja mengadap
benda alah neh semua...Tapi seronok sangat tengok hasil..


2. Bunga Tisu


Okay, bunga tisu neh saya jadikan bunga telur untuk diberikan kepada
pihak lelaki dan diletakkan ditepi pelamin... Untuk yang letak sebelah
pelamin,saya sembur dengan water color merah and warnanya jadi pink..
Tapi gambor tak sempat nak ambil, so tak boleh nak tunjuk kat anda di sini..
Yang bagi pihak lelaki, saya guna tisu warna kuning, pastu saya tabur pulak
benda alah berkilat yang ada orang panggil berlian tumpah... 
Apa yang mencabarnya buat bunga tisu neh adalah kerana tisu tuh sangat
lembut dan nipis, jadi jari jemari saya haruslah lemah gemalai menghuraikan
satu-persatu lapisan tisu untuk membentuk kelopak bunga.. Tapi bila dah siap,
fuh masa tuh rasa nak puji diri sendiri pulak....hahahah soooo perasan...


3. The hantarans

Mostly orang buat sendiri kan hantaran, macam saya jugak tapi yang ada
budget lebih, maybe lebih senang hantar tempah kan.. Okay bab hantaran
neh paling saya pening sekali.. Jenuh jugak saya turun naek kedai barang
perkahwinan, bukannya tujuan membeli tapi celop sikit idea mereka
buat hantaran.. Dalam hati neh duk mikir, bakpe laa dorang neh kreatif sangat..
Pastu habis jugaklah majalah yang saya duk belek sana, belek sini, kononnya
carik ilham buat hantaran... Last-last jadik lah macam kat atas tuh....


4. Baju Sanding


Yang neh ramai duk puji, cantek... Kembang tuan yang pakai baju neh tau..
Actually saya beli kaen tuh nak buat baju nikah tapi atas nasihat and idea
dari kakak sepupu merangkap mak andam and wedding planner, so
kita tukar jadik baju sanding...So masa nak jadik baju sedebut gini,
saya kena salin entah berapa pasang baju, nak sesuaikan design baju
dengan bentuk tubuh saya yang bambam ini.. Dan akhirnya dapatlah
design yang macam anda lihat...Then after dah pilih design, bab menggunting
dan menjahit adalah mak saudara manakala tukang bubuh manik, batu permata, intan
berlian itu adalah Abang Fairus iaitu suami kakak sepupu...
Mereka semua adalah orang kuat DE ROSE BRIDAL..


5. The Pelamins

Okay tang pelamin itu adalah dari kakak sepupu.. Simple saja kan pelamin
saya tapi saya sangat inlove dengan pelamin tuh... Certain bunga pada
pelamin tuh dibuat sendiri oleh kakak sepupu menggunakan crepe paper..
Memang cantek...


6. Kad Jemputan
sila abaikan tarikh perkahwinan... perancangan awal

Terlupa pulak yang ini..Okay kad kahwin saya design sendiri, puas jugak
korek idea dalam kepala neh.. Sebab keinginan tuh nak sesuatu yang
simple tapi bila tengok kad kahwin orang laen punyalah cantek, warnawarni..
Jeles wehhh tapi itulah akhirnya inilah yang menjadi.. Dan saya sangat
sukakannya...Oh bab print kad, tag terima kaseh and tag pada lilin hiasan,
semuanya saya hantar pada sahabat saya iatu KakUmie..



Okay, beginilah cerita saya dan perkahwinan saya... Nasihat saya pada
yang ingin berkahwin, first skali fikir tentang budget untuk apa saja yang
kita nak buat untuk majlis.. Bukan apa, bimbang nanti membazir dan
membebankan pihak yang laen... Tentang DIY, boleh nak mencuba,
banyakkan buat research kat internet, belajar melalui tutorial and
buat ikut kemampuan.. Jangan sampai stress... Itu saja.... Selamat
berbahagia dari saya dan suami.....




Nota: Pertanyaan dari adik Anasyg, gambar dalam blog neh
semuanya di edit oleh kak nadia sendiri....









7 comments:

Nurul Ain said...

wah buat bunga tisu mcm best je
http://nurulnamasaya.blogspot.com/

miza yusof said...

Tak tahu nak cakap ape lagi dah. semuanya "cantik dan sangat berpusa hati bila DIY"

Nadia, untuk bunga kat goodies bag tu Nadia guna kertas warna atau crepe paper ?

Untuk bunga tisu yang dijadikan bunga telur tu Nadia buat bape lapis eh ?

Hope sudi kongsi. Terima kasih :)

Rapunzeel Cikilolo said...

Nadia memang semua cantik. lagi-lagi bunga tisu tu...

Rabia Sensei said...

Awak sangat kreatif! Cantik sangat~~
Bagusnya kalau dapat buat semuanya sendiri. Boleh jimatkan duit.

lynndamya said...

Salam, yaaa sy sgt suka DIY Project, cuma sy belum kawin lagi, skang pun dh terfikir2 nak DIY benda2 yg boleh, jimat sikit tp yup, kena betul2 commit masa..huhu~ tahniah, cantik gila bunga2 awak buat tu ;D

Unknown said...

Awesome. Bunga tisu paling cantik. Boleh pakai idea untuk majlis sendiri nanti. Thanks sebab share this beautiful diy idea..

Unknown said...

Awesome. Bunga tisu paling cantik. Boleh pakai idea untuk majlis sendiri nanti. Thanks sebab share this beautiful diy idea..