Saturday 27 July 2013

Dekorasi | Beli Perabot Di Hujung Jari Di Delima Home

Bismillahirrohmanirrohim

Assalamualaikum semua..
Hampir dekat nak raya ni, kuasa membeli itu nombor satu kan. Semua nak tukar, kalau diizinkanNya.. betul tak? Sebelum Ramadhan lagi fikir tentang baju raya, awal Ramadhan pulak fikirkan kuih raya dan sekarang pertengahan Ramadhan, fikirkan perabot raya. Then, bila fikir keadaan rumah yang macam ni..



Kosong!!! Dah lama!!!  Kacau bilau otak fikirkan hari raya makin dekat. Ruang tamu kosong. Tetamu nak datang, kesian kena duduk atas lantai saja. Ruang makan pulak, meja kerusi dah lama, tak muat pulak kalau nak makan ramai-ramai.. Alangkah bestnya kalau dapat beli perabot-perabot  dan perkakasan yang cantik macam ni..






Menawan bukan? Tapi bulan puasa macam ni malas betul nak memandu dalam keadaan jalan yang selalu sangat sesak ni. Silap hari berbuka puasa dalam kereta pulak. Ishhh betul-betul bermain dengan emosi memikirkan nak pergi membeli perabot ni...

.........................................


So macammana? Memang selalukan hadapi situasi macam di atas. Tak cakap orang lain, saya pun pernah. Tapi sekarang tak perlulah nak runsingkan lagi sebab kita ada  DELIMA HOME. Tak tahu apa Delima Home ni, meh sini saya terangkan sikit. Delima Home merupakan portal online yang menjual banyak sangat kelengkapan rumah seperti perabot, hiasan dalaman hinggalah kepada perkakasan dapur. Kira lengkaplah untuk sebuah rumah.. Semudah di hujung jari saja. Ingat baju, kasut saja ke boleh beli online. Perabot pun boleh tau.. So tak ada alasan untuk anda bersesak dalam lalu lintas, di tambah dengan keadaan berpuasa sekarang. Order, bayar dan tunggu barang sampai.

Risau dengan cara pembayaran? No No No... Tak payah risau kerana pembayaran di Delima Home boleh dicapai dengan kaedah-kaedah pembayaran yang selamat. Antaranya seperti Maybank2u, CIMB Clicks, Visa, Mastercard dan banyak lagi.. Macam anda beli baju kasut online juga.


Habis macammana kalau tiba-tiba tak puas hati atau tiba-tiba saja berubah fikiran? Selalu kot? Terutamanya bila dah rambang mata tengok perabot cantik kan. Jangan risau kerana  Delima Home menyediakan pulangan duit dalam masa 14 hari.. Best kan.. Dan istimewa untuk mereka yang duduk di area Klang Valley, Delima Home menyediakan penghantaran PERCUMA... Aduhh syoknya...

So macammana? Mudahkan membeli zaman sekarang.  Dengan klik-klik sahaja, anda sudah dapat apa yang anda inginkan.. So jom kita ramai-ramai, pakat beli di Delima Home.. Serikan Aidilfitri anda dengan perabot dan perkakasan dari Delima Home. Untuk pembelian, sila lawati portal Delima Home. Semoga hari raya anda semakin berseri... InshaAllah..






2 comments:

Azian Elias said...

Rumah I dah tak leh masuk barang dah..rumah kecik brg banyak.ingat nak buat car boot sale lah..hee

Cikgu Jamila said...

skrg ni pon dh bnyk iklan utk raya ngan posa. promosi courts raya 2015 pon dh ada kat tv. yusof taiyyoob kurma pon dh kedengaran d radio. huhuh. apa lg yg dh ada?