Friday, 23 August 2013

Kisah Blogger | Rezeki Saya Ber'blogging'

Assalamualaikum kawan-kawan..

Alhamdulillah happy sangat hari nih..Eh tipu!!! Sebenarnya dari semalam lagi happy, senyum memanjang.. Alhamdulillah syukur, terima kaseh Ya Allah.. Okay, sebelum saya cerita panjang, meh baca dulu mukaddimahnya, baca tau sebab ini part yang paling penting, permulaan kepada kegembiraan ini... 

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------



Alkisahnya bermula bila saya ter'jumpa' blog seorang adek yang comel. Mula-mula baca blog dia, macam best pula.. Setiap cerita yang dia tulis, ada manfaat, ada nasihat, ada semangat tau.. Then, saya bookmark blog dia, pastu letak dalam one of my bloglist.. Senang saya nak baca.. Then, selalu tau dia update.. So kerja saya adalah menjadi 'stalker' dia.. Actually salah satu sebab saya baca adalah kerana saya kagum dengan semangat dia.. Dia berisi seperti saya tapi dia yakin dengan dirinya, enjoy dengan apa yang dia buat.. So saya belajar dari situ, semangat menulis berkobar kembali.. Thanks adek...Nak tahu siapa dia....... inilah dia...

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin
----------------------------------------------------------------------------------------------------------




Okay, dah habis mukaddimah.. Sekarang nak teruskan kepada isinya pulak... Hurmmm, dalam asyik menjadi stalker nanie, saya terbaca satu entry nanie mengenai satu contest.. Mula-mula saya buat entry tentang contest tersebut, saya padam.. Backspace-backspace and terus backspace.. Saya hilang semangat sebab saya tak pernah masuk contest seperti itu.. Saya tak pandai.. Then, saya buat research tentang penulisan blogger yang berjaya.. Okay, dapat input.. Saya taip kembali entry contest tersebut.. Alhamdulillah siap pun entry Contest Delima Home.. Publish dan emailkan pada pihak Delima Home untuk sahkan penyertaan.. Ini entry saya tuh........



Minggu berganti minggu, last day nanie post di wall facebook saya.."TAHNIAH KAKAK!!!". Hati saya tertanya-tanya tau, kenapakah? Apakah? Memang saya tak dapat apa-apa info sebab saya tak dapat online melalui laptop, sekadar update melalui handphone. Then, dalam hati tertanya, aku masuk contest apa ya, aku ada menang apa-apa ke? Then, disebabkan perasaan ingin tahu yang dah nak meletup neh, terus tak malu tanya nanie.. 

Awalnya ingatkan 1st prize tuh dapat RM500, rupanya jumlah itu untuk winner grand prize.. And winner grand prize jatuh pada seorang blogger lelaki.. Alhamdulillah rezeki dia...Actually, tak kisahlah grand ke, first ke, second ke, kalau dapat saguhati pun kami bersyukur.. KAMI??? Yes, kami lah sebab nanie pun dapat second prize.. Alhamdulillah...syukur pada Allah.. Rezeki Syawal.. And of course, advance gift untuk birthday saya next week... hihihi.. Ini senarai tiga pemenang yang dipamerkan di Facebook DELIMA HOME..




Dan saya pun dah terima panggilan telefon dan email dari pihak Delima Home untuk pengesahan.. Alhamdulillah.. So kawan-kawan, sekiranya ada contest, jangan lupa join dan jangan sesekali rendah diri atau takut seperti saya sebelum ini.. Kalau ada rezeki kita, InshaAllah...... Rezeki itu rahsia Allah, namun untuk memperolehinya, kita harus berusaha, mencuba...... Cehh pandai pulak saya bersyarah di sini.. Apapun, ini merupakan antara rezeki melalui blog yang saya perolehi selain Nuffnang....... 



"Dear adek Innanie Ariffin, thank you so much. Kerana nanie, tulisan nanie, akak lebih bersemangat.. Akak pinjam semangat dan keyakinan dari nanie.. Kagum sangat dengan nanie, keyakinan nanie. Akak doakan kejayaan nanie. Ya Allah, Engkau Maha Mengaturkan sebagaimana Engkau mengaturkan perkenalan ini, maka Engkau utuhkanlah silaturrahim ini.. Ya Allah, Engkau rahmatilah sahabatku ini.. Curahkanlah kebahagiaan dan keberkatan di dalam kehidupannya.. Amin Ya Rabbal 'Alamin..."


Terima kaseh kawan-kawan yang sudi membaca di blog saya.. Doa saya moga kalian terus support saya untuk terus berblogging... Thank you so much...





17 comments:

muja said...

tahniah :D

JunAina said...

Alhamdulillah rezeki. Akak pernah berada dalm situasi macam tu memang ada perasaan rendah diri tapi yang penting positif dan enjoy our life. Setiap org ada keistimewaan tersendiri.

Innanie Ariffin said...

alahai kak segannya saya bila akak cakap akak pinjam semangat saya.

Alhamdulillah kita menang sama-sama. Tak sangka pulak akak jadi stalker saya. Terima kasih banyak-banyak atas sokongan dan doa akak buat kita. semoga hubungan ini dirahmati Allah. :)

tahniah kak... dan terima kasih atas penghargaan ni!

Leods Presla said...

waa bestnya bila menang kan... :)

Chuu Muqhlis said...

alhamdulillah

noor shahirah said...

tahniah akak..:))

IntaNBerliaN said...

tahniah.. bestnya.. :-)

Nadia Johari said...

tahniah..=)

Sally Yatiey said...

Tahniah ;)

titan said...

nasib baik ada gak wakil blogger lelaki yang menang. hehe..

Ruang Diskusi Apoteker said...

so sweeeett

Saidinaxl canopy said...

Alhamdulillah... syukur pada Allah. Dalam keadaan apa pun kita perlu meminta hanya pada Dia. Usaha yang gigih dengan matlamat yang jelas adalah kunci kejayaan setiap manusia. Kegagalan bagi orang yang berjaya adalah suatu kejayaan bagi mereka. Kecewa tidak pernah ada dalam kamus hidup orang yang berjaya. Terus berusaha kerana mereka tahu kejayaan PASTI akan menjelma...

Saidina Excel Canopy

Blog

Facebook

Partner

Mizz ErMa said...

alhamdulillah..rezeki syawal..hihi kalo sy yg join, memang xde harapan la nk menang..hehe

HeNRieTTa JoSe said...

Tahniah nadia....nak paw duet raya jugak la...hehehe...

Sheila Salim said...

Assalamualaikum. alhamdullilah. murah rezeki awak. salam perkenalan daripada sheila :)

Mieya Atiera said...

Tahniah. Banyak tu

ros_reeza said...

Salam perkenalan..
Ros singgah sini dan follow.. tahniah yer menang contest tu.. dan jugak tahniah lagi sekali kerana dah peroleh keyakinan diri.. :)