Thursday, 30 October 2014

Bento Box | Usaha Gigih Di Pagi Hari


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum semua..


Alhamdulillah sangat tidak sangka apabila saya diberi kesempatan juga idea untuk update blog ini dari masa ke semasa. Rindu benar zaman saya aktif berblogging dahulu. Ramai betul kenalan ketika itu, saling bertukar pandangan juga idea. Dan bila mood untuk berblogging itu kembali, maka bermulalah episod saya menjelajah ke blog blog lain.. Berkongsi pandangan dan mengambil manfaat iktibar dari blog blog lain.. Dan akhir akhir ini juga saya cukup teruja dengan Bento Ke Kantor yang sering di update oleh blogger Inaachik.. Sungguh tak mampu menahan bila lihat bekalan yang kreatif, cantik dan menyelerakan dari kak Ina.. Dah lah, facebook dan instagram pun dia update (Memang stalker kak Ina selalu (^_____^)



Justeru itu, saya dengan ini berazam untuk berusaha sebaik mungkin untuk menyediakan bento ke pejabat. Jimat duet, tak payah beli beli dah. Then clean and healthy (walaupun tidaklah healthy mana) kerana masakan sendiri.. Jadi kita tahu apa yang kita masukkan, berapa banyak kuantiti gula, garam segalanya.. Dan inilah hasilnya untuk hari ini.. Sandwich bertingket-tingket untuk breakfast dan nasi goreng ala kampung bersama zuchini untuk lunch. Apapun, semoga apa yang saya tunjuk dan tulis di sini memberi inspirasi dan manfaat kepada anda.. InshaaAllah... Saya akhirkan dulu untuk hari ini, tak mampu mengikis idea untuk update banyak banyak dalam sehari.. Assalamualaikum..





7 comments:

Liyana said...

kemas je susunannya.. maka berselera la nak makan :)

CikLily Putih said...

sandwich sedap, nak siket...

nadia arrumaisha said...

Liyana:
Presentation tu faktor penting kan nk bg selera tuh dtg..hihihi

Cik Lily Putih:
Nampak jer macam sedap tapi rasa kelaut...hihihi

Rapunzel Cikilolo said...

teringin jugak nak berbento-box saat duit tkde ni

:)

InaAchik said...

tersedak sedak akak ade org seru! :)

InaYusoff said...

memang selalu terfikir nak bawak bekal..
tapii makanan kat cafe tu bagaikan memanggil2...
tak pegi cafe sehari...rase tak lengkap hidup..hihi..

Innanie Ariffin said...

menyelerakan! betul berjimat jugak bawak bekal ni kan :)