Thursday 15 December 2016

Tips Untuk Kurus Dan Sihat | Jus Delima Dengan Chia Seed

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum 💕


Kalau cerita pasal nak kurus ni kan, rasanya dalam blog saya ni dah berapa post saya cerita mengenai azam saya nak kurus, nak kurus, nak kurus tapi kurusnya tidak.. hahaha Agaknya kena cukup 40 post tentang kurus, barulah saya kurus agaknya kan. Hurm, tak kisah lah samada saya kurus atau tidak, bagi saya yang penting adalah kesihatan. Yes, kesihatan tu yang memainkan peranan yang penting sebab bila badan tak sihat, banyak hal yang tergendala terutama sekali soal ibadah kepada Allah.
So untuk memulakan misi hidup sihat ni, chewah siap ada misi lagi tu.. Okay, saya mulakan dengan menukar menu, cara pemakanan saya terlebih dahulu. Kalau sebelum ni, breakfast saya amatlah tidak menyihatkan, dengan nasi lemaknya, nasi minyaknya, nasi kerabunya yang memang favourite sepanjang masa, sekarang saya cuba tukar dengan roti wholemeal dua keping dengan telur. Dan saya juga merajinkan diri dengan menyiapkan jus buah-buahan yang dicampur dengan chia seed.



Bercerita tentang chia seed ni, saya sebenarnya terpedaya dengan minah dan mat saleh yang selalu mengamalkan chia seed ni sebagai nutrisi harian mereka selain untuk mengekalkan berat badan. Macam-macam mereka buat, sampai boleh jadi puding mereka buat.. haa memang bersemangat mempelbagaikan menu.. Chia seed ni sebenarnya dalam kategori benih tetapi benih yang boleh dimakan dan ianya merupakan tumbuhan padang pasir yang bernama Salvia Hispanica. Chia seed ni ada banyak khasiatnya untuk tubuh dan mengandungi Fiber, Omega, Kalsium, Protein.. Haa lepas ni, kita start google sama-sama tentang khasiat chia seed ya..



So, apa yang orang perkatakan bahawa chia seed ni boleh menurunkan berat badan, boleh menguruskan badan, bagi saya Ya.. Sebab utama bukanlah kerana saya dah berjaya, TIDAK sama sekali tapi apa yang saya sendiri rasa dengan mengamalkan chia seed ni selama lebih kurang seminggu, ia mengenyangkan saya. Iyalah, bukan senang ya nak mengubah tabiat pemakanan yang sebelum ni, saya rasa agak berat kepada dua keping roti dan sebiji telur. Dan Alhamdulillah Allah bagi kekuatan pada saya, beri saya rasa kenyang tu sehingga jam 1.00 petang yakni waktu lunch.. Alhamdulillah, waktu lunch tu kadang-kadang pun masih belum rasa lapar. Jadi, bagi mereka yang baru nak bermula seperti saya, inilah yang saya sarankan. Please don't skip your breakfast. Penting tau breakfast ni, start your day with something good. Jangan seksa tubuh badan kita.



Dan hari ini, Alhamdulillah kebetulan balik kampung baru-baru ni, pergi pasar dan jumpa buah delima yang besar, merah mengiurkan dan manis ni, jadi bolehlah saya blend buah delima ni buat jus dan add on chia seed. Cara saya, saya akan rendam dulu sesudu besar chia seed dalam air kosong semalaman di dalam peti sejuk. Pada sebelah pagi, chia seed itu akan mengembang seperti biji selasih. Biji selasih dengan chia seed ni berbeza tau, dari segi rasa, tekstur dia pun bagi saya berbeza. Nak cerita beza dia tu, saya bukan pakar, kena rasa sendiri baru anda tahu.. Jadi lepas chia seed ni mengembang, saya akan campurkan ke dalam juice delima yang telahpun saya blend. Cubalah cara ini, inshaaAllah kalau green juice, biasanya kita agak sukar nak telah tapi dengan kita campurkan chia seed yang dah kembang ni, kita jadi asyik nak gigit chia seed ni, so buat kita tak sedar dan sampai penghujung gelas..

Apapun, saya harap apa yang saya kongsikan ini dapat memberi manfaat atau inspirasi kepada orang lain.. Untuk mereka yang azamnya seperti saya, nak turunkan berat badan, boleh cuba cara ni.. Buat perlahan-lahan tak apa, asalkan konsisten. Yang penting sihat dan memudahkan kita untuk beribadah kepada Allah Yang Maha Berkuasa.. Dan ingat, segalanya tak akan jadi melainkan dengan izin Allah.. Wallahualam..





No comments: