Wednesday 16 June 2010

Betul! Belajar Hormat Orang.

Idea topik ni terjadi saat nadia asyik berfacebook lalu 'terserempak'' dengan facebook pereka fesyen yang kian naik... Ini tentang kata-kata pedas Nurul terhadap rekaan Zery Zamry... Hurmm malas nak cerita atau cakap banyak kerana nadia sendiri kurang arif tentang fesyen namun apa yang nadia ingin ketengahkan di sini adalah belajar menghormati orang lain.. Usah diikutkan rasa hati kita yang akan membinasa diri.. Nadia setuju sangat dengan artikel Ad-Lib dari mStar Online...... Sahabat semua, mari kita ambil pengajaran dari hal ini... Bukan aper, bila dah jadi macam ni, tak sedapkan.... Nama pun jadi kureng enak didengar...Macam nadia sendiri cuma pereka grafik dan setiap pereka itu ader idea tersendiri yang mungkin tidak dapat diterjemahkan dengan kata-kata... Dan bagi yang mengkritik, itu tidak salah cuma biarlah kena dengan bahasa dan adab kita sebagai orang Islam dan juga orang Melayu..

pic dari blog Zery Zamry

note: sejak bila nadia terjerumus dalam artikel gossip ni... Apapun, ambil pelajaran..

No comments: