Showing posts with label Kempen. Show all posts
Showing posts with label Kempen. Show all posts

Tuesday, 7 December 2010

Nuffnang: Inilah Sedikit Hasil Berblogwalking And Update Dan Kesan Pada Giveaway.

Assalamualaikum WBT
Bismillahirrohmanirrohim


Salam Maal Hijrah untuk semua sahabat blog and all readers yang sudi singgah membaca tulisan-tulisan blog nadia.. Oh Alhamdulillah syukur pada Allah Yang Maha Esa memberi nafas, kemudahan, rezeki dan segala nikmat yang tidak terhingga sehingga hari ini.. Walaupun ujian yang diberiNya bertimpa namun lebih indah kenikmatan yang telah dihadiahkan olehNya.. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah syukur pada Allah Yang Maha Penyayang..

Alhamdulillah pagi ini badan nadia rasa segar yang amat.. Semalam tidur awal dan ambil rehat secukupnya.. Soal bisnes, kerja, nadia tinggalkan sebentar.. Alhamdulillah.. Okay, bercerita pasal nuffnang, sejak 2 minggu ni nadia rasa amat rajin untuk update post dan yang penting melawat bloggers lain.. Walau bagaimanapun, nadia masih lagi belum sempat untuk melawat lebih ramai, sekadar membalas kunjungan mereka yang singgah ke blog nadia ni.. Jadi UV blog nadia tak adalah hebat mana tapi nadia bersyukur sebab sekurang-kurangnya ia meningkat dan masih ada yang sudi membaca tulisan/bebelan/celoteh nadia di blog ini..Ini nadia tunjukkan sedikit hasil, segan juga nak tempek kat sini tapi terimalah kenyataan kan..Blog nadia walaupun dah lama bertapak tapi masih kurang pengunjung..apapun tak apalah, yang penting, masih ada yang sudi membaca, mengomel di sini..Jumlah pengunjung tak penting, yang penting apa yang mereka perolehi dari sini.. And yang penting, nadia dapat meluah apa yang terbuku di hati.. Maklum sajalah seharian busy dengan segala macam hal, jadi apabila dapat menulis di sini, macam satu keseronokan, meninggalkan satu kenangan di sini.. Alhamdulillah..
Traffic Minggu Ini


Lihatkan.. Tak adalah ramai sangat seperti blogger2 lain yang mencapai 300 above, malah ada yang 1000++... Alhamdulillah rezeki mereka.. Apapun, inilah hasil nadia membalas kunjungan dan update post.. Sebelum ni nadia macam buat tak kisah sangat tapi bila nadia post cerita baru dan ada yang sudi tinggalkan komen, nadia rasa lega sebab seperti ada yang mendengar luahan kita walaupun kadang-kadang nadia rasa ianya tak patut diluahkan..huhuhu.. Selain itu, giveaway yang nadia anjurkan, ianya sedikit sebanyak memberi peluang kepada nadia untuk mengenali bloggers lain dengan lebih dekat.. Contoh Syuhada, Ayung, Naniey.. Maaf kalau ada nama yang nadia tak sebut..Mereka bukan saja datang blog semata untuk join giveaway tapi ingin terus mengeratkan silaturrahim.. Referral giveaway selain dari mereka juga banyak datang dari blog Remizati, Zaiikulim dan Tomato Kering.. Terima kaseh pada mereka semua..

giveaway yang nadia anjurkan


banner iklan
Selain dari giveaway, referral blog nadia juga kebanyakkannya datang dari blog yang tertera link blog nadia atau nadia tempah ruang iklan di blog mereka.. Contoh seperti Kancilbiru, Redbloodsnow, Noorafzan, KakChik's Wardrobe, Khayrany Fadzlyny dan Eyriqazz.com.. Mereka semua ni bagi nadia kategori blog/penulis hebat malah mereka tidak janggal untuk menjenguk malah sering juga mengomel, memberi komen/nasihat membina di blog nadia.. Bagus kan...Nadia sangat menghargai... Agak-agak bilalah nadia akan menjadi seperti mereka, terutama menjadi tempat rujukan, menimba ilmu.. Ameen, hopefully satu hari nanti.. InsyaAllah... Selagi ada usaha, pasti boleh kan... Yang pasti selagi ada idea, insyaAllah nadia akan cuba menulis.. Dan yang paling penting, manfaat yang diperolehi oleh mereka yang membaca... 
Sekian terima kaseh..



Saturday, 4 December 2010

Menu Hari Ketiga: Semakin Mencabar


Assalamualaikum WBT
Bismillahirrohmanirrohim

Okay, today dah masuk hari ke-4 nadia cuba mengawal pemakanan nadia.. Dengan erti kata lain, mengawal nafsu makan yang sentiasa bergelora ini.. Maklum sajalah, mak selalu masak sedap-sedap untuk santapan anak-anaknya.. Dan itulah berlaku pada nadia.. Untuk hari ke-3 semalam, nadia masih lagi buat salad sayur-sayuran tapi kali ni adik-adik pulak yang lebih-lebih tau....mereka memang kurus, so nadia sangat jeles... jeles and jeles....huhuhu
nyummiehhhh omelette: credit


Okay, untuk pagi nadia cuma buat omellete and mix dengan mayonis saja... So simple...mula-mula nak tambah sayur-sayuran tapi sebab dah nak cepat, terkejar-kejar nak masuk kerja, so just make it simple.. janji kenyang.... And nadia juga ambil tea kurang manis ya... nadia ambil juga gula walau sedikit sebab sejak nadia buat jadual pemakanan ni, badan nadia sangat lemah and mudah letih.. Then, bila ambil sedikit tea, badan segar sikit....
wow menyelerakan: credit

Untuk lunch, nadia ambil telur dadar dengan sayur kacang buncis goreng, sayur kegemaran nadia nih.....sangat-sangat gemar... Nasi masih lagi ambil dalam kadar 3 sudu seperti hari yang sebelumnya... Cuma semalam, kakak dekat restoren tu letak banyak sangat nasik sampai separuh, nadia terpaksa bazirkan... Nasib ada kucing kat office tolong makan nasik yang tak habis tu.... Tenkiu kucing...
simple tapi sedap: credit
sayur lemak labu manis: credit
 Untuk menu malam, mak nadia masak sayur lemak labu manis, jugak kegemaran nadia.. So ratahlah sedikit, nanti kempunan pulak nadia...hihihih.. then nadia ambil ikan kerisi goreng... Nadia ada jugak buat salad sayur dengan mayonis sebab ada request dari orang kat office.. So, buatlah sikit dan bawa pagi ni ke office....Itu sajalah cerita menu semalam.... Sejujurnya semakin hari, perut nadia semakin boleh terima and yang penting semakin kempis sebab makan dalam kadar yang secukupnya sahaja... Kira tak main hentam seperti dulu... Badan pun ringan sikit cuma kadang lemah sebab kurang gula... Itu saja...

Oh ya, bagi anda yang ada menu diet yang best-best, jangan segan-segan ya untuk berkongsi dengan nadia.. Nadia sangat menghargai and nadia sebenarnya sedang cuba mempelbagaikan menu harian supaya tak bosan... Thanks bagi yang sudi membaca... Sekian, terima kaseh and bacalah lagi...

Wednesday, 10 November 2010

Jom Sertai

Jom kita semua sertai, amalkan cara hidup yang sihat. Hah siapa-siapa yang rasa nak turunkan berat badan tu bolehlah turut sertai. 
Selain tu boleh kenal-kenal dengan kawan-kawan baru.
Boleh klik di sini untuk maklumat lanjut: credit

Monday, 18 October 2010

Rahsia Menjadi Manusia Yang Cantik, Cergas dan Berjaya

Assalamualaikum WBT...  Alhamdulillah syukur di atas segala kurniaan Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang... Tulisan kali ini, nadia sekadar ingin berkongsi sedikit petua, panduan juga motivasi buat semua. Semoga ianya memberi sedikit sebanyak manfaat buat kita dalam memuhasabah diri dan meningkatkan jati diri sebagai umat Islam...InsyaAllah. Artikel ini nadia petik dari facebook, yang dikongsi dari seorang teman, kepada teman yang lain dan akhirnya sampai kepada nadia. Alhamdulillah semoga Allah memberkati teman-teman itu. Artikel yang sangat baik untuk dikongsi bersama. Okay, mari kita sama-sama hayati dan manfaatkannya..InsyaAllah..

1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku).
(HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.


akhir kata untuk semua
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Thursday, 16 September 2010

Memaafkan Itu Satu Jalan Kebahagiaan

Assalamualaikum WBT... Alhamdulillah syukur dengan nikmat yang Allah kurniakan...hari ni saudara mara belah ayah nadia datang bertamu di rumah...Sangat meriah dan seronok.. Masing-masing teruja melihat ikan keli afrika yang ayah nadia bela...Sangat besar..sambil-sambil itu, nadia bantu mak and adik-adik, kami masak nasi ayam.. Alhamdulillah... Sambil memasak, mata mengerling ke televisyen, tengok cerita Di Tangga Usang Itu di TV9...Below nadia selitkan sinopsis telemovie ini..

Telemovie Khas Aidilfitri 'DI TANGGA USANG' bakal menyentuh hati dan perasaan melalui kesyahduan dan penderitaan isteri bersama anak cacatnya mengharungi kemelut hidup miskin dan melarat disamping suami yang tidak bertanggungjawab. Bertambah malang apabila siibu mening...gal dunia ketika jatuh ditolak di tangga usang di rumah mereka oleh suami yang tidak berhati perut. Sejak itu hidup si suami dibebani dosa dan kerinduan terhadap isterinya.
Secara jujurnya, cerita ni sangat terkesan di hati nadia.. Berair mata juga melihatnya. Nadia ni kurang sikit tengok tv, biarlah apa nak dikata...nadia sendiri pun tak tahu..Dulu mungkin ya tapi setahun kebelakangan ni nadia jarang tengok tv, kalau mengadap pun cuma cerita kartun..Cuma awal tengok cerita Di Tangga Usang Itu membuatkan hati tertarik melihat akhir cerita... Memang sekejap-kejap kesat air mata..

 scene Di Tangga Usang Itu: Credit 

Kesimpulan yang nadia belajar, ambil dari cerita ini, memaafkan itu satu jalan kebahagiaan, dan ianya mampu meninggalkan momen yang indah di hati kita.. Tidak perlu menyimpan dendam yang akhirnya akan memakan diri sendiri.. Hidup kita di bumi Allah ini tidak lama, malah tidakkan kita tahu bila penghujung bagi nyawa kita.. Usahakan, hargai sebaik mungkin.. Kebanyakkan antara kita,hanya sedar bila sudah terjadi sesuatu musibah..nauzubillah..Kadang sudah terlambat..Jadi, diwaktu @ di saat yang kita masih ada ini, kutiplah baki-baki yang masih ada untuk beramal,beribadat juga berkasih sayang di jalan Allah...Maafkan nadia sekiranya terlanjur menabur kata-kata di sini... Sesungguhnya peringatan ni untuk diri nadia sendiri, tidak terniat melukakan hati sesiapa.. 

Sunday, 29 August 2010

Ya Allah, Sangat Indah MencintaiMU..




Rahim, Karimun 'Adim, 'Alimun Halim, Hakimun Matin,
Mannan
, Rahmaanun Fattah, Gaffarun Tawwab, Razzaqun Syahid,

Allahuma shalli 'ala Muhammad wa ali Muhammad

Ya Muslimin shallu alayh
Allahuma shalli 'ala Muhammad wa shahbi Muhammad

Ya Mu'minn shallu alayh

Latif,
Khabirun Sami', Basirun Jalil, Raqibun Mujib, 
Ghafuur, Syakuurun Waduud, Qayuumun Ra'uuf, Shabuurun Majid.

Allahuma shalli 'ala Muhammad wa ali Muhammad

Ya Muslimin sallu alayh
Allahuma shalli 'ala Muhammad wa shahbi Muhammad

Ya Mu'mineen shallu alayh

Allahu Akbar Allahu Akbar

La ilaha illa hu
Al Malikul Quddus

Allahu Akbar Allahu Akbar

Ya Rahmanul irham da'fana

Allahu Akbar Allahu Akbar

Ya Ghaffaru ighfir dhunubana

Allahu Akbar Allahu Akbar

Ya Sattaru ustur 'uyubana

Allahu Akbar Allahu Akbar

Ya Mu'izu a'izza ummatana

Allahu Akbar Allahu Akbar

Ya Mujibu ajib du'aana

Allahu Akbar Allahu Akbar

Ya latifu ultuf bina

Monday, 21 June 2010

Khazinatul Asrar: Seindah Mawar Berduri

Sebenarnyer nadia dah lame tak bace novel... Last novel yang nadia bace, novel ayat-ayat cinta.. Itu pun tahun 2008... Lame dah kan... Bukan tak minat tapi waktu sedikit terbatas... Kalau adapun nadia isikan dengan buku motivasi atau sirah.... Tentang cerpen Seindah Mawar Berduri ni, nadia terpanggil untuk membace bila adik nadia pujuk-pujuk dan pujuk.... Katanya, banyak pengisian... Maksud cinta kerana Allah yang sebenar...  Below nadia sertakan sinopis cerpen ini...... Sorry, nadia copy and paste saja... Tak sempat untuk buat summary sendiri.... Apapun hope terhibur and ada pengisian bersama..
........................................................................
Khazinatul Asrar…khazanah kerahsiaan.
Seorang gadis yang menyimpan rahsia kesucian hati yang takut dan cinta pada Ilahi di sebalik tabir aurat yang menghijab diri. Dia menjadi siulan ramai lelaki namun falsafah cinta yang dipegangnya menyebabkan dirinya tidak mudah untuk dimiliki. Dia tetap teguh dengan falsafahnya biarpun didatangi dugaan cinta silih berganti.
Khazinatul Asrar mendapat keistimewaan itu kerana rahsia falsafah cintanya pada Ilahi. Cinta yang kudus dan suci.Kehebatan falsafah cintanya itu menyebabkan banyak kumbang yang akur tewas. Mereka tak terdaya menempuhi ranjau dan duri sepanjang perjalanan untuk menyunting mawar idaman. Apakah sebenarnya falsafah cinta Khazinatul Asrar?
Adakah cintanya semata-mata untuk Ilahi lalu meminggirkan lelaki?
Kenapakah ramai kumbang yang tercabar untuk memiliki si mawar yang sedang mekar di Taman Larangan itu? dan banyak lagi persoalan yang perlu diterokai….
Akhirnya muncullah si jejaka pilihan Allah S.W.T buat si mawar berduri, menyingkap seribu satu rahsia kesucian hati di sebalik tabir cinta Khazinatul Asrar. Bagaimana Khazinatul Asrar akhirnya dimiliki?
Siapakah sang kumbang itu yang berjaya mencari penawar bisa duri wardah?
Yang pasti, novel ini menghidangkan kebenaran janji Allah yang termaktub dalam surah An-Nur, "Wanita yang toyyibaat itu untuk lelaki yang toyyibuun…"
Sucinya cintamu Khazinatul Asrar, seindah mawar berduri…
FATIMAH SYARHA MOHD NOORDIN

Saturday, 12 June 2010

Satu Modem Broadband, Dua Laptop

Okay, since rumah nadia ader dua lappy, but cume ader satu broadband... So penggunaan adalah terhad untuk satu lappy sahaja..... Jadi kadang nadia nak guna, adik nak guna.... So a bit problem laaa... Then, we decide to get one more......soon.. But today nadia jumpe cara untuk solve the problem tanpa mengeluarkan belanja lebih.. Dalam nadia sibuk berblogging tengahari tadi, 'terserempak' dengan satu blog yang memaparkan Kaedah Sambungan Rangkaian Mobile Broadband......Sunggoh hepi...


Then, nadia try install and godam-godam aper yang patut... Mula-mula rasa was-was...betul kew boleh jadi... adik pun cakap camtu... Then, we try and try, follow the tutorial................Alhamdulillah dapat.............. and inilah hasilnya.......


Kotak merah yang nadia tandakan itu adalah hasil sambungan ke lappy adik nadia... Yey menjadi..... wahhh suke sangat.... adik pun suke cos tak payah dah nak beli yang laen....hihihi.... i likeeee..... And jangan risau kerana ader sistem password untuk protect rangkaian anda dari dicurik guna oleh orang lain.... So bagi sesiapa yang nak cube, boleh download kat page Mindabebas..... And anda boleh mengeksplore dengan bebas....hihihi...... Selamat mencuba...

Monday, 31 May 2010

Nota Cinta Untuk Anda

Nota cinta? Actually nota cinta ini adalah peraduan dari Nesle Coffee-Mate... Adakah anda suka coffee-mate... Ohhhh nadia sunggoh suke..... berkrim you..... Okay, pada kali pertama iklan ni appear di kotak nuffnang nadia, terus jatuh cinta untuk join.....hahahha... tak sabar untuk mengisi mesej romantik....hohoho... Okay, nak isikan penyertaan ni..... Jom semua blogger, kita join contest nih..... Serlahkan nota cinta anda...... senang ajer..

.
.
Just visit website NESTLE...
.
.
Lihat mana-mana episod Nota Cinta dan jawab soalan.
(soalan memang simple..)
.
.
Tuliskan nota cinta anda tidak melebihi 30 patah perkataan..
(time ni nadia bayangkan bagi surat cintan dekat incik halim...hahah).
.
Daftarkan diri anda...isi borang yang disediakan.
.
.
Kongsikan episod ini dengan 3 rakan anda.
(nadia pilih nora, jue and irsyad)
.
.
Pastu Hantar........

Saturday, 29 May 2010

Thank You So Much Nuffnang


Salam sayang semua.. Hari ni nadia tak bekerja, cuti 3 hari... Jumaat, Sabtu and Ahad.. Ohhh sunggoh bosan tapi tak kisahlah, bolehlah membelai manja diri ini.....rest...rest and rest...... Okay, tak nak cerita panjang.. Nadia nak kongsikan kegembiraan, walau tak seberapa tapi ianya tetap bermakne.... Hurmmm nadia dapat buffered earning lagi.... Sebenarnyer nadia dah lame tau tak dapat buffered cos baru-baru ni nadia ter'update' link blog nadia kat blog manager..... Time tuh semua statistik traffik nadia hilang.. Jadik 'O'....yillek..... kosong... terkejut and sangat-sangat sedih wooo..... Lepas tu, nadia terus hilang semangat...tapi recover semule, bile ingat niat berblogging bukan kerana itu..... So, sekarang dapat semule... tak pe sikit pun... janji ada.............. Alhamdulillah.....

Wednesday, 26 May 2010

Pengajaran Tentang Telatah Manusia

Assalamualaikum..... salam sayang juga selamat petang buat semua sahabat blog, juga reader-reader di luar sana.... Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi dengan sedikit kelapangan yang diberikan hari ni... And thanks to my bos kerana memahami situasi pekerjanyer yang sangat-sangat suke update blog ni...(waktu tak de kerja laaa...).. Okay, petang ni nadia cume nak berkongsi sebuah cerita teladan bersama dengan semua...Mungkin ader yang dah tau, tak pe lah....Kita hangat-hangatkan kembali cerita ni supaya ianyer kekal dalam ingatan kita sebagai pedoman sepanjang hidup...... InsyaAllah.....

Dalam sebuah riwayat menceritakan, pada suatu hari Luqman Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor himar, manakala anaknya mengikut dari belakang. Melihat tingkah laku Luqman itu, setengah orang pun berkata, "Lihat orang tua itu yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki." Mendengarkan hal itu, Luqman pun turun dari himar itu lalu diletakkan pula anaknya di atas himar. Melihatkan hal sedemikian, maka terdengar pula orang-orang di pasar berkata, "Lihatlah orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap saja menaiki himar, sungguh kurang adab anak itu."

Sebaik mendengar kata-kata itu, Luqman terus naik ke atas belakang himar itu bersama-sama anaknya. Kemudian terdengar pula orang ramai berkata, "Lihat dua orang itu menaiki himar, sungguh ia menyeksakan bagi himar itu." Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan itu, maka Luqman dan anaknya pun turun dari himar itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata, "Dua orang berjalan kaki sedangkan himar itu tidak dikenderai."

Dalam perjalanan pulang ke rumah, Luqman Hakim telah menasihati anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya,"Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. maka orang yang berakal tiadalah ia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah SWT sahaja. Barangsiapa mengambil kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap sesuatu."

Kemudian Luqman Hakim berpesan kepada anaknya, katanya,"Wahai anakku, tuntutlah rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir. Sesungguhnya tiadalah orang fakir itu melainkan tertimpa kepadanya tiga perkara, iaitu tipis keyakinannya (iman) tentang agamanya, lemah akalnya (mudah tertipu dan diperdayai orang) dan hilang kemuliaan hatinya (keperibadiannya), dan lebih celaka lagi daripada tiga perkara itu ialah orang-orang yang suka merendah-rendahkan dan meringan-ringankannya."

Okay, itu sajer ceritanyer...sedikit perkongsian untuk dimanfaati kita bersama.... Wallahualam.....

Friday, 21 May 2010

Astaghfirullah....Terima Kasih Berkongsi

Salam sayang semua.... Selamat hari Jumaat buat semua... Alhamdulillah hari ni sunggoh indah... Okay, hari ni nadia ader sedikit kelapangan untuk blogwalking and membace artikel-artikel blog lain... Dalam nadia sibuk bertandang ke blog sahabat lain, nadia terpaku dan tersentak dengan artikel dari Baby & Me.. Artikel tentang sanggul tinggi yang menjadi trend masa kini, sering sangat digunapakai waktu perkahwinan... Ini nadia copy and paste dari blog itu.....


Quote::
“ akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka (isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang (nipis & ketat). Di atas kepala mereka pula (wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”
- hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.

Seikhlasnyer, nadia sering juga menggayakan trend ni sebelum ni.. Astaghfirullah... Bagi sahabat yang nak tau lebih detail, boleh view kat blog-blog nih: Keluargaku Sayang, Bicara Hati,Maghfarah, Baby and Me...Mereka huraikan lebih detail.... Terima kasih kerana berkongsi artikel yang sangat bagus ni... Semoga diberi keberkatan buat kalian...Amin..

Monday, 17 May 2010

JELAJAH BLOG versi 4.0 BEN ASHAARI

Salam sayang buat semua reader.... Alhamdulillah masih punya kesempatan untuk meng'update' blog kali ke-2 hari ni.. Macam tak biase pulak update blog twice a day.... hihihi.. Oraite, tak nak mengarut panjang-panjang.. Tadi nadia memulakan sesi terjah di gengblogger, then terlihat+terintai blog Ben Ashaari.. Wah sekarang senior seorang ni sedang giat memperkenalkan blog orang lain.. Sunggoh nadia meronta-ronta untuk turut sama menyertai.. Kot-kot laaa Incik Ben sudi memperkenalkan blog kecik nadia nih....huhuhuh... Dalam hati berdoa mintak dia sudi.. hihihi.. Oraite sekarang nak penuhi syarat-syaratnyer dulu.....



Tentang nadia: first of all, most welcome to all reader yang dah baca sampai sini..Alhamdulillah.. oraite, name penuh nadia: Nadia binti Ahmad.. And dalam blog, FB nadia lebih senang menggunakan nama Nadia Ar-Rumaisha.. Ar-Rumaisha adalah serikandi tersohor yang juga dikenali sebagai Ummu Sulaim.. Nadia begitu teruja dengan kebijaksanaannya.. Mengenai blog Nadia Ar-Rumaisha, sebenarnyer topik-topik dalam blog ni banyak berkisar tentang kehidupan harian nadia.. Namun banyak juga nadia selitkan artikel/topik motivasi.. Bertepatan dengan tujuan nadia berblogging adalah untuk berkongsi manfaat juga kebaikan dengan penulis lain serta pembaca di luar sana... Lihat saja entry tentang Masam Manis Percintaan Jarak Jauh, nadia dapat pengajaran dari sahabat blog lain.. Mereka memberi semangat juga nasihat kepada nadia...

Dari mana tahu segmen ni...First dari gengblogger...kemudian start jelajah ke blog yang dah dijelajah Ben Ashaari...

Oraite.. nadia dah settle menaip isi-isinya untuk menepati syarat segmen ini... Hopefully akan dijelajah oleh senior kita yang memang best nih...... And untuk sahabat-sahabat semua...thanks sudi bace and meninggalkan komen.... Sekian.... xoxo....

Friday, 14 May 2010

Nuffnang Punya Pasal

Salam sayang buat semua sahabat blog juga reader-reader di luar sana.. Terima kasih datang menjengah blog nadia ni.. alhamdulillah syukur pada Jumaat yang penuh keindahan ni, hujan turun mencurah-curah tanda rahmat Yang Maha Esa... Pokok-pokok bunga nadia kat kebun pun tersenyum riang dapat air percuma, anugerah Ilahi... Nak tunggu tuan dia siram, memang ler tak sempat... hihihi.. Apapun, ros merah yang nadia import dari sebuah restoren kat Kuala Berang bebaru ni dah pun bertunas.... Eeeeee tak sabarnyer nak tengok berbunga riang.... Wangiii... Opppss untuk pengetahuan semua, nadia memang suke sangat tanam bunga ros... Mak selalu cakap, buat pe tanam banyak-banyak... hihihi nadia suke....

Okay, stop mengarut..Sudah lari dari tajuk di atas... Last day, balik kerja tolong pakcik nadia masukkan iklan dalam blog dia..Inilah penangan hasutan anak saudaramu..sampai pakcik sendiri pun nak register nuffnang.. Tak salah menambah duit poket.. Ni lah blog pakcik nadia.. http://windx7.blogspot.com/..Sorrylah, entry belum banyak lagi... Katanya tengah carik idea nak bubuh tulisan dalam blog... So, sesiapa yang nak tambah sahabat blog aka sahabat nuffnang, bolehlah intai-intai blog pakcik nadia ni.. Hah promosi kau..

Setelah siap menggodam iklan nuffnang kat blog dia, so nadia terang-terang laa sikit apa yang patut dia buat untuk mencapai target income yang kira OK... Cehh macam nak amik exam la pulak... antara yang nadia pesan:

1. Selalulah merajinkan diri untuk meng'update' blog..
2. Selalulah merajinkan diri berjalan-jalan, berguling-guling, mengintai blog sahabat lain..
3. Pengisian blog biarlah bermanfaat.
4. Iklan tu jangan main klik saja, kalau minat baru klik..kang kena 'ban'
5. Yang penting, selalulah ping setiap entry di blogger komuniti seperti gengblogger...

Okay, dah penat la taip panjang-panjang... takut nanti reader bosan pulak.. Kalau entry best tak pe jugak... hurm, oraite..nak stop dah... Terima kasih sudi bace...Sekian..xoxo...

Thursday, 13 May 2010

Nuffnang Earning Saya Bertukar Jadi RM300

................................................................................

ini nuffnang earning nadia setakat 13/5/2010.. Alhamdulillah
................................................................................
Salam buat semua sahabat blog nadia juga buat mereka yang sudi melepak kat sini.. Terima kasih banyak-banyak ya.. Kali ni nadia nak cerita tentang income nuffnang pulak.. Sebab dah lame sangat tak de entry tentang nuffnang.. Adakah nadia merajuk dengan nuffnang? Ohh tidak, cuma nadia dah tak lebat blogwalking and update blog.. So automatically, traffic jatuh merundum berdebek macam nangka busuk jatuh atas tanah.... Begitulah agaknyer...

Merujuk pada gambar di atas, itulah nuffnang earning nadia setakat 13/5/2010 sejak nadia aktifkan semula akaun nuffnang pada Disember 2009.. Nadia dah register nuffnang sejak November 2008 kalau tak silap tapi mase tuh tak pandai sangat merangkap tak faham sangat cara-cara bernuffnang ni, so nadia tak aktif.. Then lepas tengok ada sahabat-sahabat lain yang tambah duit poket guna nuffnang, nadia aktifkan semula...

Hurrrmmm, tengok pada earning tu, terfikir nadia bilalah akan bertukar menjadi RM300 ke, RM500 ke, RM1000 ke...hahahha melampau betul kau... Apapun, Alhamdulillah walaupun sikit tapi itu rezeki... Yang penting blog nadia ada beri manfaat juga kebaikan pada orang lain... Ader ke??? Kalau ader, Alhamdulillah.... Pasal earning, tak nak cash out lagi... Nak simpan lebih sikit, bila dah rase puas hati...baru cash out.. Boleh ke camtu... hihihi...

Okay, nadia dah penat mengarut... Terima kasih buat kawan-kawan yang sudi membaca blog nadia... and always check ya promotion terbaru di nuffnang... Yang pastinya, ianya memang best and menarik.... Sekian...xoxo...

Tuesday, 23 March 2010

Cara Kurus Yang Menyeronokkan

All picture by corbis.com

Mesti tertanya-tanya kan.. maklum saja lah, tajuk macam best aja (best ke?).. Anyway, sahabat terdekat nadia mungkin tahu nadia dalam proses menurunkan berat badan yang 'melimpah-limpah' beratnya sekarang ni... Banyak juga la cara yang nadia lakukan.. Antaranya:



Banyakkan pengambilan buah-buahan juga sayur-sayuran.
Perbanyakkan pengambilan bijirin seperti oat.

Kurangkan makan nasi, minum teh herba.

Jogging, bersukan seperti bermain badminton & ping pong.

Alhamdulillah turun juga laa 2kg.. Tapi nadia masih belum berpuas hati.. So, baru-baru ni makde nadia bagi VCD senaman.. Katanya lebih kurang senaman aerobik.. Apalagi, semakin bersemangat la.. Petang semalam, nadia and adik pun mencuba... Adik nadia ni kurus tapi sengaja jadikan teman senaman.. sekurang-kurangnya tak adalah bosan sangat.. Boleh gelak sama-sama..

Hampir satu jam kami bersenam walaupun realitinya ia lebih kepada senaman berbentuk tarian.. Mak cakap senaman untuk golongan warga emas kerana pergerakannya tidak terlalu lincah.. Serius memang menyeronokkan... Melihat gaya masing-masing, banyak gelak aja.. Peluh usah dikata.. Mencurah walaupun pergerakan ringan... Tak adalah mengah sangat.. Apapun, sahabat yang nak turunkan berat badan atau yang ingin bersenam cara seronok..cuba lah... InsyaAllah kalau kita lakukan senaman ini secara konsisten, pasti akan membuahkan hasil..
.
.
.
Selamat Mencuba

Thursday, 22 January 2009

Look Into Their Eyes..

Gambar di atas nadia petik dari http://www.bharian.com.my/
untuk mengajak semua sahabat2 nadia turut sama menderma ke tabung NSTP untk Gaza.
Dengan sumbangan ini, dapatlah meringankan sedikit beban yang mereka hadapi.
Kita lihat sendiri dan lihatlah renungan dan tangisan mereka. Terlalu derita untuk kita gambarkan.
Di sini ader beberapa hadis yang nadia petik dari http://riadhulwardah.blogspot.com/
sebagai panduan atau sedikit pedoman buat kita dlm menjalani kehidupan serta manfaat tentang kebaikan yang kita lakukan.

Bismillahirrahmanirrahm..

Daripada Uqbah bin Amir al-Juhani r.a, Nabi S.A.W bersabda: “Setiap orang berada di bawah naungan sedekahnya sehinggalah diadili di antara manusia (pada hari kiamat).”
(hadis riwayat Ahmad)

Daripada Hakim bin Nizam r.a, Nabi S.A.W bersabda: “sedekah yang afdal adalah daripada lebihan keperluan.Tangan yang di atas (adalah yang memberi) lebih baik daripada tangan yang di bawah (tangan yang menerima).”
(hadis riwayat Muslim)

Semoga kita termasuk dalam golongan orang2 yang bersedekah.
Di sini ader sedikit artikel yang nadia petik dari Berita Harian. Nadia tak pandai nk tulis sendiri ato olah sendiri.
Antara info terbaru mengenai isu di Gaza.
Raja Abdullah umum sumbangan RM3.5b
BANDARAYA KUWAIT: Raja Arab Saudi, Raja Abdullah bin Abdulaziz semalam mengumumkan sumbangan AS$1 bilion (RM3.5 bilion) bagi pembinaan semula Gaza yang musnah akibat serangan Israel. "Bagi pihak rakyat Arab Saudi, saya mengisytiharkan sumbangan AS$1 bilion bagi rancangan pembinaan semula Gaza," kata beliau pada pembukaan sesi sidang puncak Arab di Kuwait.
Sementara itu pemimpin Arab yang bermesyuarat untuk kali ketiga dalam tempoh lima hari semalam, dijangka bersetuju menyediakan pakej bantuan berjumlah AS$2 bilion (RM7 bilion) untuk membangun semula Gaza selepas serangan Israel selama tiga minggu. Minggu lalu, Qatar mencadangkan penubuhan dana untuk Gaza dan menyumbang AS$250 juta (RM875 juta). Percanggahan pendapat antara negara Arab mengenai bagaimana menangani tindakan Israel di Gaza menjadi isu utama perbincangan dalam sidang puncak itu yang pada awalnya hanya akan memberi tumpuan kepada kerjasama ekonomi.
Pemimpin akan tetap membincangkan bagaimana menangani kesan kejatuhan harga minyak kepada dunia Arab, kemerosotan ekonomi dan tekanan kredit. Bagaimanapun mereka juga dijadual menyokong Pihak Berkuasa Palestin dan membincangkan rancangan menyediakan dana berjumlah AS$2 bilion (RM6.6 bilion) bagi membina semula Semenanjung Gaza selepas Israel dan Hamas mengisytiharkan gencatan senjata sebelah pihak. Peserta sidang Kuwait berharap mesyuarat akan merapatkan jurang perbezaan pendapat yang dihadapi dalam mesyuarat di Doha, apabila Qatar dan Mauritania membekukan hubungan dengan Israel dan Syria, sekali gus memusnahkan usaha rundingan damai tidak langsung mengenai Gaza. – AFP/Reuters