Telemovie Khas Aidilfitri 'DI TANGGA USANG' bakal menyentuh hati dan perasaan melalui kesyahduan dan penderitaan isteri bersama anak cacatnya mengharungi kemelut hidup miskin dan melarat disamping suami yang tidak bertanggungjawab. Bertambah malang apabila siibu mening...gal dunia ketika jatuh ditolak di tangga usang di rumah mereka oleh suami yang tidak berhati perut. Sejak itu hidup si suami dibebani dosa dan kerinduan terhadap isterinya.
Secara jujurnya, cerita ni sangat terkesan di hati nadia.. Berair mata juga melihatnya. Nadia ni kurang sikit tengok tv, biarlah apa nak dikata...nadia sendiri pun tak tahu..Dulu mungkin ya tapi setahun kebelakangan ni nadia jarang tengok tv, kalau mengadap pun cuma cerita kartun..Cuma awal tengok cerita Di Tangga Usang Itu membuatkan hati tertarik melihat akhir cerita... Memang sekejap-kejap kesat air mata..
scene Di Tangga Usang Itu: Credit
Kesimpulan yang nadia belajar, ambil dari cerita ini, memaafkan itu satu jalan kebahagiaan, dan ianya mampu meninggalkan momen yang indah di hati kita.. Tidak perlu menyimpan dendam yang akhirnya akan memakan diri sendiri.. Hidup kita di bumi Allah ini tidak lama, malah tidakkan kita tahu bila penghujung bagi nyawa kita.. Usahakan, hargai sebaik mungkin.. Kebanyakkan antara kita,hanya sedar bila sudah terjadi sesuatu musibah..nauzubillah..Kadang sudah terlambat..Jadi, diwaktu @ di saat yang kita masih ada ini, kutiplah baki-baki yang masih ada untuk beramal,beribadat juga berkasih sayang di jalan Allah...Maafkan nadia sekiranya terlanjur menabur kata-kata di sini... Sesungguhnya peringatan ni untuk diri nadia sendiri, tidak terniat melukakan hati sesiapa..
No comments:
Post a Comment