Showing posts with label Home Decoration. Show all posts
Showing posts with label Home Decoration. Show all posts

Friday, 31 October 2014

DIY | Sesuatu Yang Kreatif


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum semua..


Salam Jumaat untuk semua ya.. Dah baca Al-Kahfi hari ini? Belum? Kalau belum, jom pelan-pelan baca.. Besar ganjarannya tau.. Dan jangan lupa banyakkan selawat pada hari yang mulia ini.. Mudahan Allah tempatkan kita di sisi orang-orang yang terbaek di akhirat kelak.. Amin..


Pelikkan.. Akhir akhir ini kerap betul saya update tentang DIY.. Saya sendiri pun tak paham..hihihi Biarlah.. Sementara mood DIY nih masih ada, jadi apa salahnya saya kongsikan di blog ini.. Ada jugak manfaat untuk orang lain.. InshaaAllah.. 
Okay, kali ini saya bukan nak cerita apa yang saya buat.. Memang teringin sangat nak buat tetapi ini sudah tahap otai lah... Nampak senang, nampak mudah tapi sebenarnya sangat mencabar and of course sangat memerlukan tahap kesabaran yang tinggi.. Kalau saya buat, bimbang separuh jalan.. Bila dah rasa macam susah, last last tinggal macam tuh sahaja kot.. Tak nak cerita panjang, kita lihat gambar-gambar di bawah yang saya cedok dari Pinterest.. Sungguh Pinterest dah jadi teman baek saya sekarang.. Sekejap sekejap bukak Pinterest, ada lapang intai Pinterest.. Nasib tidak makan tidur Pinterest saja kan..






Semuanya hanya menggunakan tali.. Kreatifkan... Banyak rupanya yang boleh kita cipta dari tali nih..So teruja tak? Bagi sayalah kan.. Sangat teruja sebab saya memang minat buat benda nih semua.. Tapi itulah saya rasa, saya boleh ukur lagi kemampuan saya tahap mana.. Pernahlah terdetik dalam hati nak buat sesuatu guna tali, kalau buat bakul, pelapik gelas tuh rasanya inshaaAllah boleh buat tapi kalau nak simpul pintal tali buat langsir, buat alas kaki mahupun karpet, rasanya saya orang pertama mengalah..

Apapun, inshaaAllah hujung minggu ini ada dua projek DIY yang menanti saya.. Hopefully dipermudahkan and hasilnya menarik.. Tunggu tau.. Jangan serik datang sini, baca tulisan saya ya... Sekian dulu, Assalamualaikum...




Wednesday, 29 October 2014

More DIY Project Soon | Classic Frame


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum semua..


Alhamdulillah after projek Flower Fairy Light minggu lalu, keseronokan dan kepuasan tu semakin berganda. (^__^)  Jadi untuk next project InshaaAllah saya teringin untuk siapkan sesuatu bagi hiasan dinding. Kebetulan, lepas pindah ke rumah sewa baru nih, bolehlah serikan rumah. Sedap sikit mata memandang.. Balek kerja, penat then sampai rumah, tidaklah serabut kan.. InshaaAllah mudah-mudahan..


Maaf, gambar saya jumpa di Pinterest.


Kalau rumah sewa sebelum nih, saya banyak hiaskan dinding dengan gambar-gambar perkahwinan saya namun untuk kali ini, saya ingin cuba sesuatu yang baru. Sesuatu yang lebih jimat, sesuatu yang saya boleh recycle kembali. Dan yang pastinya sesuatu yang bermanfaat.. InshaaAllah moga Allah permudahkan.. Oh ya, sebelum saya akhirkan celoteh saya kali ini, apa perkataan pertama yang akan keluar dari bibir, atau terdetik di hati kita bila melihat rumah yang besar, tersergam indah? Mudahan ada yang sudi komen dan berikan jawapan. Terima kaseh.. Assalamualaikum..





Tuesday, 28 October 2014

DIY Flower Fairy Light | Idea Dekorasi Untuk Bilik Tidur


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum semua...


Rasanya belum terlambat untuk saya ucapkan salam maal hijrah untuk semua.. Alhamdulillah doa saya moga saya akan menjadi hambaNya yang lebih baek akhlak dan juga imannya..Amin doakan saya ya.. Sabtu lalu sempena cuti awal Muharram, Alhamdulillah saya berkesempatan untuk siapkan satu projek DIY. Kali ini saya siapkan lampu hiasan untuk bilik tidur saya. Ambil mood romantik sikit.. Chewahhh.... Sejujurnya pada awalnya mood saya sangat berkobar-kobar, namun pada peringkat pertengahan dah mula nak jadi seperti hangat-hangat tahi ayam.. Alhamdulillah berjaya saya tempis sikap malas, hangat-hangat tahi ayam tuh dan inilah hasilnya.....



So apa pendapat anda? Okay tak? atau KO? Walaupun tidaklah sempurna seperti pakar yang buat tapi jadilah jugak kan...Apapun, ini adalah projek DIY kedua saya selepas goodies bag dan bunga telur untuk majis perkahwinan saya dua tahun lalu.. Seriously, seronok sebenarnya buat projek DIY nih cuma sangat sangat memerlukan kesabaran yang tinggi.. Maklum sajalah, nak kena simpul itu, kena lilit ini.. And bila ada saja bahan yang tidak cukup, terus terbengkalai sementara waktu.. Apapun, semangatlah yang penting untuk apapun kerja-kerja DIY..



Sebenarnya saya sangat suka dengan kerja-kerja DIY nih kerana kosnya.. Kos yang murah dan adakalanya bahan yang kita gunakan tuh adalah bahan terpakai yang mudah untuk kita dapatkan. Kadang kadang, ada saja bahan yang boleh kita dapatkan di rumah, sekadar recycle kembali.. Contohnya lampu hiasan ini..



Idea asal saya sebenarnya nak gunakan sarang telur untuk jadikan bunga. Tapi bila fikirkan kembali, saya lebih senang gunakan paper crepe, sebab utama adalah mudah dibentuk. Apapun, mungkin akan datang, saya akan cuba untuk gunakan sarang telur untuk dijadikan bunga hiasan, siapa tahu hasilnya akan lebih cantek kan... Apapun sebenarnya banyak cara untuk pelbagaikan bunga hiasan nih. Ada yang gunakan sarang cupcake, ada yang gunakan acuan kuih bahulu yang berbentuk bunga, malah boleh jugak gunakan fabric flower (bunga plastik) untuk buat Flower Fairy Light ini.. Tinggal nak tak nak buat saja... Apapun ini cara saya untuk buat Flower Fairy Light dan bahan yang saya gunakan adalah seperti berikut:

1. LED Light
2. Crepe Paper (Kertas buat bunga)
3. Dawai
4. Pasu
5. Gam UHU
6. Tape Hijau (Untuk lilit batang bunga)


Cara-caranya:

1. Lilit LED light pada dawai, kemudian lilitkan dengan tape hijau. Saya tak pastilah nama sebetulnya namun banyak dijual di kedai bunga. Kan tape untuk buat bunga.

2. Dah habis lilit kesemuanya, siapkan bunga pulak. Untuk bunga, boleh rujuk cara buat bunga Lily di sini ---> DIY Crepe Paper Daffodil. Cuma saya olah sedikit sebab nak masukkan LED light.

3. Lekatkan bunga pada LED light dan lilit dengan tape hijau. Kemudian siapkan daun.

4. Dan siap attach flower, so siapkan pasu.. Untuk pasu, gunakan span bunga untuk cucuk dawai tadi. Kemudian padatkan dengan crepe paper hijau yang dah dipotong halus. Yang ini sejujurnya, banyak kali try and error sebab bunga tu berat.. Saya buat terlalu banyak bunga.. Alhamdulillah akhirnya menjadi jugak..Hasilnya yang anda boleh lihat di atas tadi.

Apapun, semuanya terpulang atas kreativiti masing-masing. Nama pun DIY kan.. Ikut suka mana yang mudah bagi anda. Maaf kalau penerangan saya untuk cara-cara tuh terlalu ringkas. Bukan tak nak berkongsi ilmu, tapi saya tak pandai untuk susun ayat lengkap. Selamat mencuba ya. Terima kaseh sudi luangkan masa membaca. Assalamualaikum.






Saturday, 27 July 2013

Dekorasi | Beli Perabot Di Hujung Jari Di Delima Home

Bismillahirrohmanirrohim

Assalamualaikum semua..
Hampir dekat nak raya ni, kuasa membeli itu nombor satu kan. Semua nak tukar, kalau diizinkanNya.. betul tak? Sebelum Ramadhan lagi fikir tentang baju raya, awal Ramadhan pulak fikirkan kuih raya dan sekarang pertengahan Ramadhan, fikirkan perabot raya. Then, bila fikir keadaan rumah yang macam ni..



Kosong!!! Dah lama!!!  Kacau bilau otak fikirkan hari raya makin dekat. Ruang tamu kosong. Tetamu nak datang, kesian kena duduk atas lantai saja. Ruang makan pulak, meja kerusi dah lama, tak muat pulak kalau nak makan ramai-ramai.. Alangkah bestnya kalau dapat beli perabot-perabot  dan perkakasan yang cantik macam ni..






Menawan bukan? Tapi bulan puasa macam ni malas betul nak memandu dalam keadaan jalan yang selalu sangat sesak ni. Silap hari berbuka puasa dalam kereta pulak. Ishhh betul-betul bermain dengan emosi memikirkan nak pergi membeli perabot ni...

.........................................


So macammana? Memang selalukan hadapi situasi macam di atas. Tak cakap orang lain, saya pun pernah. Tapi sekarang tak perlulah nak runsingkan lagi sebab kita ada  DELIMA HOME. Tak tahu apa Delima Home ni, meh sini saya terangkan sikit. Delima Home merupakan portal online yang menjual banyak sangat kelengkapan rumah seperti perabot, hiasan dalaman hinggalah kepada perkakasan dapur. Kira lengkaplah untuk sebuah rumah.. Semudah di hujung jari saja. Ingat baju, kasut saja ke boleh beli online. Perabot pun boleh tau.. So tak ada alasan untuk anda bersesak dalam lalu lintas, di tambah dengan keadaan berpuasa sekarang. Order, bayar dan tunggu barang sampai.

Risau dengan cara pembayaran? No No No... Tak payah risau kerana pembayaran di Delima Home boleh dicapai dengan kaedah-kaedah pembayaran yang selamat. Antaranya seperti Maybank2u, CIMB Clicks, Visa, Mastercard dan banyak lagi.. Macam anda beli baju kasut online juga.


Habis macammana kalau tiba-tiba tak puas hati atau tiba-tiba saja berubah fikiran? Selalu kot? Terutamanya bila dah rambang mata tengok perabot cantik kan. Jangan risau kerana  Delima Home menyediakan pulangan duit dalam masa 14 hari.. Best kan.. Dan istimewa untuk mereka yang duduk di area Klang Valley, Delima Home menyediakan penghantaran PERCUMA... Aduhh syoknya...

So macammana? Mudahkan membeli zaman sekarang.  Dengan klik-klik sahaja, anda sudah dapat apa yang anda inginkan.. So jom kita ramai-ramai, pakat beli di Delima Home.. Serikan Aidilfitri anda dengan perabot dan perkakasan dari Delima Home. Untuk pembelian, sila lawati portal Delima Home. Semoga hari raya anda semakin berseri... InshaAllah..






Wednesday, 17 April 2013

DIY Pasu Bunga | Taman Kreatif


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum WBT..


Alhamdulillah dah sebulan lebih saya berpindah dan semakin hari semakin terbiasa dalam menguruskan, membahagikan waktu sebagai seorang surirumah bekerja.. Alhamdulillah Allah telah memberi kemudahan...

Okay, sekarang saya sedang mencari idea untuk menghiasi halaman rumah yang kecil tuh dengan bunga-bungaan.. Al kisahnya, minggu lalu bunga rose kesayangan saya dah berbunga 2 kuntum.. then, pada sebelah malam, tiba-tiba datang beberapa ekor kambing jiran sebelah sebelah hampir meragut kecomelan bunga itu.. Sempatlah dihambat pergi.. Tau tak jam berapa waktu tuh.. 11.30 malam okay.. Dan esok paginya, masa siap-siap nak masuk kereta, nak pergi kerja, sayu sangat lihat dah tak ada bunga, malah tungganglanggang pasunya.. So suami dapat lihat betapa sedihnya isteri dia, lalu letakkan semua pasu bunga tempat tinggi.. Rasa lega kejap.. Sempatlah lihat bunga rose kesayangan tuh berbunga semula.. Tapi semalam  waktu balik lunch, habis bunga and daunnya sekali... Betul-betul tinggal batang sahaja.. Sekali lagi nak nangis... So mula-mula decide nak buat pagar kayu tapi tetiba saya dapat idea untuk buat macam di bawah.. And suami pun bersetuju... Tapi tempat yang diletakkan mungkin lebih tinggi and hanya bunga tertentu sahaja boleh letak macam ni.. Apapun will find another way to save my roses....InshaAllah



So creative kan.. Apapun saya sendiri entahkan bila sempat buat.. InshaAllah tengok keadaan masa saya bagaimana.. Apapun, saya lebih suka untuk buat seperti di bawah.. Boleh guna bahan terbuang and nampak lebih mesra alam gitu.. Go Green... InshaAllah dah siap flower pots rekaan saya, akan saya kongsikan dengan sahabat semua.. Kita sama-sama green kan persekitaran rumah kita ya.. InshaAllah....








Sunday, 17 June 2012

DIY | Cara Membuat Bunga Tisu


Bismillahirrohmanirrohim...



Alhamdulillah..at the end, saya berjaya juga menyiapkan tutorial untuk membuat bunga tisu..So much in love with this craft.......... So bagi yang berminat, bolehlah cuba buat sendiri bunga tisu neh, bukan saja untuk wedding, malah boleh kita gunakan untuk hias rumah.... Terpulang pada idea and kekreatifan masing-masing..


1. Sediakan tisu dan dawai halus yang biasa digunakan untuk buat bunga...
2. Potong tisu menjadi 4 bahagian... Kalau saya, sehelai tisu dapat 2 kuntum bunga.. So sehelai tisu akan dapat 8 bahagian..
3. Susun 4 bahagian tuh, then lipat seperti kita nak buat kipas. Untuk saiz, saya biasa agak-agak saja..sorry.....
4. Dah lipat, ikat dengan dawai tadi...dan kedua hujungnya, gunting sedikit untuk bentuk kelopak yang cantek....



5. kembangkan seperti payung macam dalam gambar di atas..
6. leraikan setiap satu dari 4 helaian tisu tadi..... Hati-hati sebab tisu sangatlah lembut...and mudah terkoyak.....
7. Dah leraikan semua, cantekkan mana-mana kelopak yang tersembungi and kemaskan....
8. Dah siap pun bunga tisu...........hihiihihi sorry tak cantek mana...


Maafkan saya kalau kekemasan tuh kurang, maklum sajalah ini pertama kali saya buat tutorial craft neh, biasa saya cuma buat tutorial design, and itu memang bidang saya..Apapun hopefully tidak menjadi masalah dan harap memberi manfaat kepada mereka yang ingin mencubanya....
Selamat mencuba dan semoga dipermudahkanNya.. Amin....