About Me

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum semua..




Hai, saya Dhea atau nama sebenar saya, Nadia. Sebelum ni saya dikenali sebagai Nadia Arrumaisha menerusi blog ini, dan sekarang meneruskan penulisan dengan nama Dhea Ahmad.. Saya lahir pada 27 Ogos 1984 dan berasal dari Kuantan, Pahang.. Alhamdulillah, dah berkahwin pada 19 Oktober 2012, namun belum dikurniakan zuriat.. Doakan saya ya...

Okay, saya mula menulis blog sekitar Ogos 2008 ketika berusia 24 tahun.. Alhamdulillah masih bertahan cuma tidaklah seaktif dahulu.. Blog saya ni banyak menceritakan personal life saya, apa yang saya suka, apa yang berlaku dalam hidup saya dan ada juga kisah-kisah lain yang saya rasakan, inshaAllah memberi manfaat kepada saya, juga anda selaku pembaca blog ini..

Apapun, saya sangat berharap, anda dapat mengutip manfaat dari blog saya yang tidak seberapa ini.. Andai ada kekurangan dari segi penulisan saya, saya mohon kemaafan.. Akhir kata, jadilah seperti lebah yang mengutip kebaikan dari bungaan dan meninggalkan yang buruk.. Semoga kita semua terpelihara dari fitnah, penyakit hati dan sentiasa dibawah naungan rahmat Allah Taala...

Terima kaseh..



 Dhea Ahmad