Showing posts with label Beauty Talks. Show all posts
Showing posts with label Beauty Talks. Show all posts

Thursday, 5 May 2016

Perkongsian | Apa Yang Best Sangat Tentang Perfume Dexandra

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum semua..

Firstly, saya bukanlah peminat perfume.. So nak cerita panjang-panjang pasal perfume nih memang saya tak reti.. Apa yang saya kongsikan ini adalah apa yang saya sendiri rasakan.. Okay, bulan lalu entah kenapa tetiba hati ni meronta nak cari perfume.. Mungkin jugak sebab perfume sebelum ni dah tinggal hujung-hujung botol.. Sebelum ni, saya pakai Women of Earth keluaran Avon.. Bau WOE ni memang ngam betul dengan hidung saya.. Fresh jer bau dia, tak memeningkan kepala saya..

So, bila dah perfume hampir ke hujung botol tuh, saya rasa nak try bau lain..gitewww.. Seorang sahabat saya pernah gunakan Lancome Hypnose dan saya rasa bau dia not bad, boleh ngam dengan kepala saya ni.. Kalau tak ngam, migrain terus datang tau..haaaa cerewet kan...
Dan kebetulan, seorang sahabat baik saya meniaga perfume Dexandra and baca punya review, ramai jugak cakap perfume ni not bad..Tahan lama...Then usha punya usha, dapatlah perfume Dexandra inspired Lancome Hypnose...Kejap jer order, barang pun dapat cepat...



Okay, nak cerita panjang-panjang tak pandai.. Apa yang boleh saya katakan, wangiannya memang kekal lama.. Even lepas mandi pun, masih lagi melekat baunya.. Kalau pakai pagi tu, sampai ke balik pun still lagi berbau wangi..Dari segi baunya, yes memang hampir sama dah dengan bau yang original..
Paling saya sukakan adalah packaging dia, cantik sesangat.. Saya ni memang laa peminat handpainted flower style, vintage pulak tu.. Lagi laaa menambat hatiku... Untuk packaging botol perfume lelaki pun smart, elegan gitu...
Sebotol terjual dengan harga RM65 dengan 35ml.. Memang makan tahun jugak laa baru habis sebotol nih sebab saya selalu pakai bila berada di rumah dan masa nak tidur.. Kira nak bagi efek nyaman, konon laa aku ni tengah tidur kat taman bunga..gitewww...

Haaa begitulah ceritanya saya dengan perfume Dexandra nih.. Kalau ditanya saya, berbaloi atau tidak.. Alhamdulillah berbaloi dari segi bau, mutu dan budget...Hurmm, nanti nak beli lagi sebotol untuk suami pulak.. Hajat di hati nak rembat Dexandra inspired Acqua Di Gio by Gorgio Armani sebab ramai kot cakap baunya best untuk lelaki.. So sahabatku Anah Ibrahim, silalah ready.. I will pm you soon sahabatku...InshaaAllah...



Note: Ini adalah perkongsian peribadi saya, mengikut pengalaman saya sendiri.. Tidak ada bayaran atau sponsor untuk perkongsian/review ini.. Terima kaseh..




Tuesday, 26 April 2016

Miracle MH Photoshoot

Bismillahirrohmanirrohim..
Assalamualaikum semua...



 Last Saturday, after solat Zuhur ada sesi photoshoot bersama Miracle MH.. Okay, saya sebenarnya adalah pengguna serum keluaran Miracle MH Production dan juga merupakan agent sah Miracle MH.. Tentang Miracle MH, inshaAllah akan saya kongsikan dengan kalian nanti..InshaAllah...
Berbalik pada kisah photoshoot tu, awalnya saya bimbang dua perkara. Pertama, bimbang suami tak izinkan memandangkan saya jarang ke mana-mana tanpa suami ada sebelah.. Kalau nak heret suami sekali, bimbang pulak mereput suami aku kat situ menunggu...Haa gitew...
Keduanya, saya agak bimbang tak dapat on leave kerja hari Sabtu memandangkan tak cukup kaki dan tangan di pejabat...

Alhamdulillah, suami izinkan sebab saya pernah beberapa kali bawa dia COD barang pada rakan agent lain dan founder Miracle MH pun pernah datang bertandang ke rumah kami.. So ada yang dia kenal.. Untuk urusan tempat kerja, Alhamdulillah dapat kebenaran namun berat hati nak cuti.. Kebetulan, malam sebelum kejadian (haa ayat kejadian kau, suspen kot) founder ada text di group bagitau yang photoshoot anjak ke tengahari.. So cecepatlah daku text beliau, inform yang saya akan lambat atas urusan kerja.. Alhamdulillah diterima... So, usai solat Zuhur, terus gerak ke homestay, tempat photoshoot berlangsung..

Alhamdulillah, everythings went well.. Seronok bersilaturrahim dengan agent-agent yang lain.. Bersembang panjang, berkongsi banyak ilmu dan tips..Berkenaan photoshoot, jujur.. last kena make up tebal seingat saya, masa kahwin hampir 4 tahun dulu.. So agak kekok jugak untuk make up kali nih... Founder dah pesan awal-awal, tempek serum Miracle MH dekat muka sebelum make up untuk kulit yang lebih moist, make up yang lebih cantik.. Alhamdulillah, memang make up lebih cantik dan yang penting, jerawat tak naik after photoshoot.. Payah, orang kulit manja macam saya ni.. Itu tak boleh, ini tak boleh..
Apapun, yang paling penting, saya doakan Miracle MH semakin dikenali ramai, sentiasa dan semakin kukuh.. Semoga silaturrahim antara kami jugak semakin kukuh, diredhai oleh Allah... Amin....




Friday, 30 October 2015

Tips Kecantikan | Pilihan Terbaik Untuk Masalah Jerawat

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum semua...


Masalah jerawat ni kalau orang perempuan, memang boleh jadi makin stress dan yang paling haru bila tak dirawat dengan betul, tinggalkan parut.. Sini saya listkan kenapa jerawat ni timbul ya..

-Stress
-Perubahan hormon
-Kelenjar minyak yang sangat aktif
-Bakteria pada liang pori
-Kurang minum air kosong
-Alergik pada sesetengah produk kosmetik
-Kurang tidur
-Kurang menjaga kebersihan kulit muka


Semua yang saya senaraikan tu sebenarnya adalah di antara hal yang menyumbang kenaikan jerawat.
Soal stress, memang saya tak nafikan sebab pernah terjadi ketika persiapan perkahwinan 3 tahun lalu.
Perubahan hormon, kita bagi contoh remaja yang meningkat usia.. Saat ni, kalau kita tak rawat dengan betul, boleh tinggalkan parut. Dan kalau tak nasihatkan anak remaja ni dengan produk yang betul, mereka akan mudah terikut dengan bertukar banyak jenis produk muka.

Setiap orang mempunyai kulit yang berbeza, ada yang kering, berminyak atau kombinasi.. Bagi kulit berminyak, memang perlukan penjagaan rapi sebab minyak berlebihan antara penyebab jerawat tumbuh di muka. Jadi, kena bijak pilih produk bersesuaian.
Namun begitu, paling penting dalam bab jerawat ni adalah penjagaan muka.. Cara kita menjaga kebersihan kulit kita agar kulit kita bebas dari bakteria yang menyebabkan liang pori kulit tersumbat.

Okay, saya juga ingin kongsikan sedikit tips untuk mereka yang kerap menggunakan produk muka tetapi masih lagi timbul jerawat.. Perkara utama adalah air paip yang kita gunakan untuk membasuh muka. Perlu diingatkan kerana kadang-kadang air paip ini mengandungi kotoran halus yang boleh menyebabkan jerawat di muka.. Alternatif terbaik adalah mencuci dengan air mineral atau air yang telah ditapis sebagai bilasan akhir muka.. Cubalah, anda akan lihat kesan positif kepada kulit anda nanti..InshaaAllah...Apapun, semoga apa yang saya kongsikan ini memberi manfaat dan sebagai rujukan bagi mereka yang memerlukan ❤






Thursday, 29 October 2015

Tips Kecantikan | Rahsia Nak Glowing Berseri Secara Semulajadi


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum semua..


Kita semua maklum khasiat tumbuh-tumbuhan, herba yang boleh membantu meningkatkan taraf kesihatan kita selain dari mencantikkan muka serta tubuh badan. Okay, hari ni kita cerita pasal kelebihan kunyit. Kunyit ni rata-rata antara kita tahu, sebagai rempah dalam masakan. Yang utama, lumur pada ikan, ayam untuk digoreng. Betul kan?

Okay, sebenarnya kunyit ni sangat banyak manfaat untuk kulit kita. Macam-macam yang kita boleh buat dengan kunyit tapi hari ni saya sekadar ingin bercerita salah satunya saja iaitu untuk glowingkan muka kita secara semulajadi.
Tahu tak, gabungan kunyit, madu dan susu sangat bagus untuk mengatasi masalah kulit yang kusam, selain dari memberi efek glowing kepada kulit muka. Ini serba ringkas bahan dan cara yang diperlukan untuk menghasilkan masker muka dari kunyit, madu dan susu.



1/2 sudu serbuk kunyit
1 sudu madu
1 sudu susu (update: contoh susu dutch lady-full cream)

Campurkan kesemua bahan kat atas ni dan gaul hingga sebati.
Sebelum sapu masker pada muka, bersihkan muka terlebih dahulu dengan pencuci muka.
Bilas muka seperti biasa dengan air suam supaya liang pori terbuka, bagi memudahkan nutrien
lebih menyerap ke dalam lapisan muka.
Sapukan masker tadi di muka secara menyeluruh. Biarkan 10 minit nutrien masker meresap.
Bilas muka dengan air sejuk dan cuci dengan pencuci secara nipis.
Amalkan selalu masker ini untuk dapatkan hasil muka lebih berseri dan glowing.


Tuesday, 7 July 2015

Perkongsian | Bagus Sangat Ke Ephyra Skin Bar


Bismillahirrohmanirrohim

Assalamualaikum semua..
Okay, baca saja tajuk entry macam suspen sangat kan. Penuh dengan teka teki, pertanyaan. Memang betul pun kan, hati ni duk tertanya, aihh bagus sangat ke sabun ephyra nih sampai ramai sangat pakai, pastu review pulak kat blog mereka.. Jadi, baru nih saya diberi  kesempatan untuk merasa sendiri pakai Ephyra Skin Bar nih.. Jawapan saya...........


Gambar atas SEBELUM, bawah SELEPAS
Gambar without filter okay....

Bau yang menenangkan.
Yes, bau dia alahai sangat best, terus feeling cuci muka tepi pantai sambil dengar deruan ombak, angin pantai sepoi-sepoi bahasa... Bau dia memang menenangkan... Kadang sebelum cuci muka, cium dulu sabun ambil feeling pantai.. Hahaha korang yang baca jangan gelak pulak dengan tabiat saya yang ni...


Kulit tak kering
Sebenarnya saya ada sedikit masalah kalau pakai cleanser jenis sabun sebab kebiasaannya akan membuatkan kulit muka saya kering.. Pastu jadi macam menggelupas halus gitu.. Tapi untuk sabun ephyra nih, Alhamdulillah kulit muka memang tak kering.. 

Kulit tak berminyak
Kalau cerita pasal minyak kat muka nih, memang jadi stress tau... Biasa pagi memang muka fresh, kulit pun lembap lagi tapi masuk je tengahari, bertempeklah minyak di muka nih... Alhamdulillah sabun epyra nih memang sangat membantu mengawal minyak di muka saya... Waktu selepas lunch sekalipun, muka saya masih lagi lembap dan tak berminyak... Best kan.. Tak adalah yang nak cakap, minyak kat muka boleh buat minyak menggoreng.. Kejam tau ayat tuh...

Kulit muka cerah
Yang nih saya tak nak lah perasan sendiri tapi katanya suami, nampak sedikit cerah berbanding sebelum ini.. Bukan saya cakap eh, ini suami saya yang cakap.. Maklumlah, suami kot yang duk pandang selalu.. 24 hours.. Kat rumah, kat pejabat, memang nampak muka isteri dia sokmo... gituww..




Untuk pengetahuan korang, Ephyra Skin bar nih dirumuskan dengan 100% bahan semulajadi tanpa bahan kimia yang memudaratkan kulit.. Macam saya cerita sebelum nih, bau dia yang menenangkan.. Dari bau saja, dah tau memang diformulasikan dari bahan semulajadi... Bahan-bahan semulajadi yang digunakan juga mampu merawat dan memulihkan kesihatan kulit. Tapi korang janganlah pulak hari ni pakai, esok lusa dah nak nampak kesan.. Tidaklah macam tuh, korang kena pakai berterusan untuk lihat hasil dia yang menakjubkan.. And Ephyra Skin bar nih tidaklah merugikan korang untuk korang cuba... Kalau korang nak tahu lebih lanjut atau rasa macam nak cuba sabun yang best nih, korang boleh jenguk sendiri instagram, website dan facebook Oceanlife.

Facebook: Oceanlife2u

Oh ya, korang juga berpeluang untuk menyertai Ephyra Skin Bar Before & After Contest yang mana hadiahnya merupakan Iphone 6... Waaahhhhhhh takkan korang nak tengok jer... Join la sekali.. Mana tahu, rezeki korang kan... Senang jer nak join contest tuh, ambil gambar sebelum dan selepas dengan Ephyra Skin Bar, then upload ke instagram korang.. kemudian korang tag @ephyraskin dan jangan lupa gunakan hashtag #ephyraskinbarpilihanku. Penyertaan terbaik dikira atau dinilai melalui kretiviti korang dalam bergambar dan caption korang "Ephyra Skin Bar pilihanku kerana....."

Selamat mencuba...






Thursday, 20 November 2014

Perkongsian | Sensual Plus Serum Yang Bagus Untuk Kulit Wajah

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum semua..


Alhamdulillah, syukur pada Allah dari semalam lagi, langit mula cerah.. Alhamdulillah baju di jemuran pun dah kering.. Jujur, bila sampai saja musim tengkujuh nih, perkara utama yang membelenggu diri adalah baju tak kering.. Malah lebih parah, bagi yang punya anak kecil.. Apapun, moga Allah mudahkan segalanya buat kita. Moga Allah melapangkan dada kita dalam menghadapi ujian hidup ini.. Yakinkan hati bahawa Allah hantarkan ujian ini kerana Dia Yang Maha Penyayang, sangat menyayangi kita hamba-hambaNya.. InshaaAllah..



Okay, berbalek pada tajuk entry saya.. Kebelakangan ini ramai yang bertanya tentang Sensual Plus Serum ini dari saya.. Ini penangan entry saya sebelum ini berkenaan serum ini.. Lihat di sini ya ---> Antara Serum Wajah Terbaik.
Sebelum saya taip dengan lebih panjang, ingin saya tegaskan bahawa ini bukan iklan berbayar ya.. Ini adalah perkongsian dari apa yang saya dan adik beradik gunakan.. Okay, pertama kali cuba dulu, saya beli Sensual Plus Serum jenis Scar dan Pure Vitamin C.. Masing-masing kegunaan utamanya adalah untuk mencerahkan kulit, merawat kulit muka yang kusam, memudarkan parut jerawat dan mengurangkan jerawat di muka.. Untuk penggunaan pertama kali itu, saya banyak menggunakan serum Pure Vitamin C kerana ada sedikit kesan sunburn di muka saya. Dan untuk serum Scar saya berikan kepada adik perempuan saya yang masih bersekolah, tingkatan empat. Biasalah, masa remaja dengan hormon belum stabil. Jadi jerawat memang selalu naik di muka, dan biasalah juga, anak remaja nih, selalu bertukar produk muka. Lihat kawan pakai yang ini elok, tukar yang ini sedangkan setiap orang mempunyai jenis kulit yang berbeza.. Bukan adik saya saja, malah saya sendiri ketika zaman sekolah dulu pun begitu.. Lebih-lebih lagi saya tinggal di asrama, lagi kuat godaan produk muka.

Okay, di entry yang lalu, ada saya ceritakan sedikit perubahan positif yang saya rasakan. Jadi untuk entry ini, saya kongsikan apa yang saya lihat pada kulit wajah adik saya. Semua mesti dah agak, eleh mesti jerawat dah hilang kan? Mesti parut pun dah hilang kan?
Jujur saya katakan, ya! Itulah yang saya lihat pada kulit wajah adik. Namun bukanlah hilang, cuma jerawat semakin surut, beransur kering. Dan soal parut, Alhamdulillah pipi yang selalu merah dek kerana jerawat dan parut juga semakin beransur sembuh.. Jadi, untuk kali ini saya masih lagi dapatkan Sesual Plus Serum jenis Scar untuk kegunaan adik dan untuk saya, kali ini saya dapatkan serum jenis Tightening yang mana, serum ini sesuai untuk kecilkan pori-pori muka.. Sekarang, masih lagi mencuba, inshaaAllah akan datang saya kongsikan feedback nya ya...

Oh ya, untuk yang ingin mencuba, boleh dapatkan di sini ---> Massy Haddy. Nak mix kan serum pun boleh. Ikhlasnya, saya masih repeat order dengan adik nih kerana attitude dia sebagai peniaga. Dia bukan sekadar peniaga malah dia lebih kepada penasihat. Dia akan suggestkan kepada kita apa yang sesuai untuk rawat kulit muka kita, begitu juga cara menggunakan serum dengan betul. Dunia hari ini, cari peniaga memang ramai tapi yang betul-betul meniaga kerana Allah itu, payah... Renungkanlah... InshaaAllah jumpa lagi di lain entry.. Assalamualaikum...





Tuesday, 11 November 2014

Tips Kecantikan | Cara Saya Amalkan Vitamin

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum semua..



Alhamdulillah syukur atas nikmat-nikmat yang Allah berikan setiap hari..

فَبِأَيِّ آلاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ  
Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?


Okay, sekadar ingin berkongsi apa saya amalkan untuk kulit dan kesihatan dalaman saya. Semoga memberi manfaat kepada anda semua..InshaaAllah.. 
Sejujurnya saya adalah antara wanita yang mengalami masalah jerawat terutamanya ketika sampai atau hampir waktu haid. Biasanya akan timbul jerawat-jerawat halus malah ada lah juga sebutir dua jerawat yang besar. Memang sangat mengganggu, lebih-lebih lagi saya nih punya tabiat buruk, jari jemari selalu di muka. 

Alhamdulillah lepas amalkan Vitamin C 500mg Shaklee, masalah tu selesai. Dan bonus apabila kulit tidak lagi kusam dan simptom simptom resdung seperti gatal mata semakin berkurang.. Maaf artikel ini, saya tulis bukan untuk promosi, ini perkongsian dari saya untuk anda.. Sebagai rujukan anda ya.. Mana tahu, ianya bermanfaat kemudian hari..

Namun begitu, untuk amalkan vitamin nih, perkara paling utama yang perlu di ambil kira adalah cara pemakanan kita. Terus terang saya katakan, saya memang jauhi minuman berkafein terutamanya kopi. Alhamdulillah saya nih bukan peminat kopi yang tegar. Pengambilan kafein nih sebenarnya mengganggu penyerapan vitamin yang kita ambil.. Jadi untuk dapat feedback akan mengambil masa yang lambat berbanding mereka yang menjauhi minuman berkafein. Pada permulaan, saya ambil sebulan telah menunjukkan perubahan pada kulit.. Dan dalam tempoh pengambilan vitamin C tuh, pernah satu bulan saya cuba ambil kopi, ahli keluarga saya peminat Kopiko LA Cofee, jadi saya turut terpengaruh. Benar sekali, di mana pada bulan itu, pengambilan vitamin C nih seolah-olah sia-sia kerana jerawat mulai timbul dengan jayanya, walaupun bukan dalam waktu datang bulan. Jadi, dari situ saya belajar sesuatu.. Kira macam test untuk lihat perbezaan ambil kopi dengan jauhi kopi..

Selain itu juga, pengambilan air putih atau orang kita selalu sebut air kosong/air masak sangat perlu dititikberatkan. Saya ambil pendekatan begini, setiap 1 liter air bersamaan 25kg berat. Bermakna kalau berat 50kg, jumlah air putih yang perlu di ambil adalah 2 liter sehari. Dan kebiasaannya saya akan lebih dalam 0.5 liter. Pengambilan air putih ini penting bagi menyingkirkan toksin dalam badan selain dari melancarkan penyerapan nutrien dalam badan kita.. InshaaAllah..



Jadi, lepas ini bagi mereka-mereka yang ambil supplement, nasihat saya amalkan cara ini untuk dapatkan kesan yang terbaek untuk kulit anda. Oh ya selain dari itu, saya juga ada amalkan Qaseh Gold-Adinda untuk kesihatan dalaman..InshaaAllah andai punya kesempatan, kelapangan, kemudahan oleh Allah, saya kongsikan feedback dari pengambilan Qaseh Gold ini.. Banyak sebenarnya manfaatnya. Maklum sajalah, herba-herbanya adalah dari makanan sunnah.. Apapun, harapan saya moga tulisan saya ini memberi manfaat, inspirasi serta panduan untuk anda.. Jumpa lagi di post yang akan datang, selamat membaca. Assalamualaikum..






Monday, 18 August 2014

Perkongsian | Antara Serum Wajah Yang Terbaik


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum semua..


Alhamdulillah syukur pada Allah. Hari ini saya sekadar ingin berkongsi dengan anda semua tentang produk yang baru saja saya gunakan. Dalam 10 hari saya gunakan, Alhamdulillah semakin hari perubahan positif pada kulit wajah saya. Semakin cerah dan lebih licin berbanding sebelumnya. Punyalah saya excited nak tau perbezaan, setiap hari saya asyik bertanya pada suami. Ada tak perubahan, makin elok tak kulit wajah saya. Kata suami, tanya mak atau adik-adik sebab dia lihat saya tiap-tiap hari, mungkin dia tak perasan. Cuma yang dia lihat, kulit wajah saya tak gelap (sun burn) seperti sebelum ini.Jadinya pada hujung minggu lalu, balik saja rumah keluarga teruslah bertubi-tubi soalan saya tanyakan pada mak dan adik perempuan saya. Betapa tidak sabar hamba Allah ini.. Alhamdulillah feedback positif.



Sebelum nih, saya asyik fikirkan produk apa yang patut saya gunakan untuk rawat masalah kulit muka saya yang kusam, sunburn, masalah pori besar dan parut-parut lama bekas jerawat kecil dan campak. Dan sebagai wanita yang dah berumahtangga, perkara soal diri nih perlu jadi keutamaan. Biarlah suami senang memandang kita. Seorang teman sepejabat pernah katakan kepada saya, orang yang dah berkahwin tak perlu risau penampilan diri kerana dah berpunya. Orang yang belum berkahwin yang perlu lebih risau kerana bimbang sampai ke tua tak berpunya. Lalu saya katakan padanya, menjaga reputasi itu lebih sukar berbanding mencapai reputasi. Sesuatu yang ada lebih sukar untuk dijaga berbanding mencari.



Okay, berbalik kepada cerita utama. Alhamdulillah suka benar saya dengan Sensual Plus Serum nih. Benar-benar serasi dengan kulit saya. Untuk permulaan nih, saya pilih serum Scar dan Pure Vitamin C yang mana untuk memulihkan parut dan mencerahkan kulit. Sekotak saya minta campur kepada 2 jenis serum tersebut. Ada 5 botol serum Scar, 5 botol serum Pure Vitamin C. Setakat hari ini saya dah gunakan 2 botol, 1 scar dan 1 lagi pure vitamin C. Alhamdulillah memang best. Biasa saya gunakan selepas mandi, selepas cuci muka sebab waktu tersebut muka kita bersih dari segala kekotoran. Sebelum tidur, biasanya saya akan pakai lebih dari 2 titis, then sapu tebal sikit pada wajah.

InshaaAllah saya akan terus consume serum nih and after this saya fikir nak beli serum jenis tighening untuk masalah pori yang besar. Hopefully dapat menyamarkan liang pori wajah saya. So bagi yang tercari-cari serum untuk wajah, saya sangat syorkan anda Sensual Plus Serum. Semoga Allah berikan kemudahan buat anda. Ini saya perkongsian dari saya kali ini. Oh ya, ini bukan iklan berbayar ya. Ini pendapat ikhlas dan feedback positif dari saya sendiri. Dari apa yang saya alami sendiri. Apa yang bagus patut kita kongsikan untuk kebaekan bersama..InshaaAllah.. Assalamualaikum.


Update: Maaf lupa nak inform, saya beli serum ini dengan harga RM60.00 termasuk postage untuk sekotak. Sekotak ada 10botol serum dan saya beli dari instaShop iaitu @massyhaddy. Boleh visit instaShop adek Massy untuk information. Don't worry, dia akan advise mana yang sesuai untuk masalah kulit kita and also adek Massy ni sangat friendly. Terima kaseh.






Wednesday, 23 October 2013

Tips Kulit Cantik | Kenapa Anda Perlu Beli Vitamin C Shaklee

Bismillahirrohmanirrohim..


Assalamualaikum semua...
Baca saja tajuk di atas, confirm ramai yang akan tekan quit/pangkah blog saya kan sebab suka sangat cerita pasal Vitamin C Shaklee. Tapi tak apalah, hak masing-masing.. Saya repost tajuk dan entry ini sebab keyword banyak sangat mengenai Vitamin C Shaklee.. Maklum sajalah sekarang Sustained Release Vitamin C 500mg Shaklee dah available, so pasti ramai yang nak search kelebihan dan kebaikannya yang menjadi buah mulut orang.. Di bawah saya repost kembali, apa yang saya alami dengan pengambilan Vitamin C Shaklee... So harap anda yang tercari maklumat dan testimonial berpuas hati.. InshaAllah..

................................................................................................................................................
Okay, dulu-dulu saya neh sangatlah susah nak makan supplement.. Tanyalah mak, beli supplement, seminggu saja makan pastu simpan buat khazanah... Then, lepas saja bertunang, masa tuh kulit muka neh tetiba galak sangat naek jerawat.. Aduhh nak menanges tau masa tuh...So puaslah tukar produk muka, lepas pencuci neh, pakai pulak pencuci muka neh... Sampailah satu tahap, saya gunakan satu produk yang saya kira agak popular lah.. Mula-mula pakai, tak rasa apa-apa, kemudian hampir seminggu pakai, memang jerawat kering TETAPI yang tak best bila muka jadi saket, pedih dan sangat terik..Subhanallah nak menanges.. Yang paling teruk adalah bahagian atas mata saya, sampai naek luka tau....

Then, puas fikir nak buat apa.. Memang pernah terfikir nak makan supplement tapi bila fikir diri saya yang
jenis hangat-hangat tahik ayam neh, terus saya bantutkan hasrat.. Kira saya tolak tepi lah pasal supplement neh masa mula-mula jerawat naek dengan jayanya tuh... Selepas puas berfikir, pastu guna khidmat pakcik google merata tempat...Carik testimonial habis pelusuk internet.. Baru saya terfikir untuk mencuba produk Shaklee..Okay, disebabkan kekangan duet, nak budget untuk majlis kahwin lagik, nak bayar kereta lagik, nak beli barang ntah apa-apa lagik, saya pun ambil keputusan untuk beli Vitamin C Shaklee.. Saya pun orderlah........... Sesampai saja bungkusan vitamin tersebut, tergopoh kau duk membuka.. Ala-ala anak kecil dapat hadiah hari lahir... Begitulah gamaknya... Alhamdulillah dapat jugak bersemuka dengan produk shaklee secara empat mata.... Inilah produknya... Ramai dah tahu kan...So kita takyah lah berkenalan lagik, just share kebaikan dia supaya orang laen pun dapat menikmati manfaatnya...


Al-kisahnya, esoknya startlah makan... Minggu pertama tuh, hari-hari duk mengadap cermin tengok hilang tak jerawat aku neh.. Kira anggap macam ubat neh magik la gitu, makan terus..**Tinggggg hilang jerawat... hahahhaha Dahlah saya kadang-kadang skip jugak amik vitamin neh.. terlupa makkkk.....Oh ya , saya start ambil vitamin C neh pada awal bulan September.. Alhamdulillah sewaktu saya hampir datang bulan pada akhir September tuh, jerawat besar gedabak tuh memang tak timbul seperti sebelumnya..Jerawat halus pun susah nak nampak.. Kulit saya jadik lembap..

Then, masuk saja bulan 10, hampir saja kepada tarikh perkahwinan saya iaitu 19 October 2012, Alhamdulillah kulit saya semakin elok dan tak kusam.. Malah liang-liang roma pada kulit muka saya pun dah makin pudar..Kira masa tuh, nak make up pun, tak banyak masalah la....Actually, adik saya pun ada tegur dengan perubahan kulit saya and dia pun teruja nak cuba jugak produk Shaklee.....Alhamdulillah saya dah jumpa produk yang saya kira, memang saya sangat inlove dan takkan saya lepaskan lagik..........


Struktur kulit saya lepas 2 bulan amik Vitamin C..


Oh pencahayaan berbeza ya, gambar sebelum masa saya bertunang waktu malam dan gambar selepas adalah waktu majlis resepsi waktu siang.. Jadik pencahayaan tuh berbeza... Alhamdulillah... struktur kulit pun nampak perbezaannya.. Alhamdulillah..
 ................................................................................................................................................

Jadi itulah cerita saya bersama antara produk Shaklee.. Selain dari itu, saya juga mengamalkan Alfafa Complex untuk membantu mengurangkan resdung yang saya alami.. Alhamdulillah setakat ini ia sangat membantu mempermudahkan urusan saya.. Alhamdulillah, Allah telah beri kemudahan kepada saya..So dah tahu kan apa bagusnya dan kenapa anda harus ada Vitamin C Shaklee nih..

Untuk beli produk ini, anda boleh walk-in ke Shaklee Store. Anda dipelawa untuk menggunakan ID saya (918435) untuk pembelian dengan harga istimewa. Selain itu juga, anda boleh juga dapatkan melalui saya dan InshaAllah saya akan direct poskan kepada anda.. Tunggu barang sampai rumah sahaja....InshaAllah HARGA ISTIMEWA juga akan saya berikan kepada anda..



Email: mynadiadania@gmail.com
Your Shaklee Independent Distributor (ID - 918435)







Monday, 22 July 2013

Perkongsian | Jerawat Semakin Hilang, Kulit Semakin Pulih

Bismillahirrohmanirrohim

Assalamualaikum semua...
Sebut pasal jerawat, mesti korang rasa sangat stress kan.. Actually stress tuh pun sebenarnya salah satu asbab jerawat akan tumboh dengan jayanya pada muka, badan korang.. Contohnya stress nak dalam menyiapkan persiapan perkahwinan, stress nak fikir apa yang belum siap, apa yang tak cukup.. Macam saya dulu-dulu.. Serius you setiap hari mengadap cermin, sedih melihat muka yang naik jerawat dengan jayanya.. Last-last jumpa jugak solutionnya...Then perubahan hormon kita.. Itu jugak merupakan antara faktornya selain daripada cara pembersihan/penjagaan yang tidak betul...

Okay, cerita pasal jerawat neh, lain pula yang terjadinya pada adik saya yang baru saja lepas pantang.. Now dah dua bulan bersalin tapi jerawat yang naik pada muka dan badannya, alahan ketika mengandung dulu, belum juga surut.. Now kebetulan adik ada di rumah keluarga sempena Ramadhan, saya dengan jayanya selalulah bantu merawat apa yang patut.. Sangat kesian melihat keadaan kulitnya..So kebetulan pula baru-baru neh salah seorang adik saya dapatkan Chewable Vitamin C Plus (100mg) sebagai supplement tambahan. Jadi supplement itu dikongsi bersama. Biasalah kenn adik beradik..


Al-kisahnya, setelah consume pengambilan, even hanya beberapa hari, Alhamdulillah jerawat yang naek di muka dan badan semakin mengecut.. Parut jerawat lama pula semakin beransur pulih dan samar.. Ahad lalu, sewaktu saya pulang ke rumah keluarga pun, bila diperhatikan memang nampak perubahannya... Alhamdulillah syukur, semoga masalah kulit yang dia hadapi itu akan beransur hilang dan sembuh sepenuhnya...


Ini saya terangkan kandungan Chewable Vitamin C Plus secara ringkas ya..
  • Mempunyai Vitamin C - 117.90mg
  • Mempunyai Citrus Bioflavonoids Complex - 24.00mg
  • Rose Hips Powder - 40.00mg
Ramai sangat sahabat-sahabat yang bertanya tentang Vitamin C Sustained Release 500mg kepada saya, malah ramai sangat yang ingin membuat tempahan.. TETAPI untuk waktu sekarang, Vitamin C SR 500mg TAK ADA STOK dan saya sendiri masih lagi menunggu news dari Shaklee mengenai vitamin tersebut.. Jadi untuk masa sekarang, Chewable Vitamin C Plus 100mg sebagai alternatif sementara menunggu ketibaan stok Vitamin C SR 500mg.. Dalam kita asyik menunggu, baik consume dengan Chewable Vitamin C Plus..

Sebenarnya antara kedua supplement tersebut, kedua-duanya mempunyai kandungan yang sama. Cuma Chewable Vitamin C Plus mempunyai Rose Hip Powder yang merupakan salah satu sumber vitamin c yang hebat. Kelebihan Rose Hip Powder ialah;
  • Dikatakan mampu membantu mengubati ulser perut
  • Mampu melegakan sembelit.
  • Bertindak terhadap kolesterol, diabetis, tekanan darah tinggi.
Dan yang paling best sekali, Vitamin C Shaklee mempunyai Bioflavonoids di mana Bioflavonoids ini merupakan pigmen tumbuhan-tumbuhan yang dijumpai banyak di dalam buah-buahan sitrus. Ia membantu dalam penyerapan vitamin C sepenuhnya dan memelihara vitamin C itu sendiri daripada oksidasi. Dan di dalam Vitamin C Shaklee kedua-duanya mempunyai Citrus Bioflavonoids Complex daripada lemon, orange, grapefruit.

Hurm rasanya banyak sangat dah saya terangkan kepada korang tentang Chewable Vitamin C Plus ini.. So saya harapkan sahabat-sahabat yang mungkin confuse atau tertanya-tanya tentang supplement ini, InshaAllah mendapat sedikit maklumat daripada apa yang saya kongsikan di sini..And bagi yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang Chewable Vitamin C Plus 100mg, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah... Terima kaseh sudi membaca leteran saya di sini....

SMS / WhatsApp: 0133750448
Email: dheaahmad84@gmail.com




Thursday, 3 January 2013

Tips Kulit Cantik Dan Bebas Jerawat | Kenapa Saya Suka Vitamin C Shaklee?

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum...(^__^)


Alhamdulillah..syukur untuk semua nikmat Allah... Doa saya, semoga saya tabah menghadapi hari esok yang begitu misteri.. Hanya Allah sebaek-baek pelindung dan Maha Adil atas segalanya.....


Ohh terlupa untuk berkongsi cerita saya dan vitamin.. Okay, dulu-dulu saya neh sangatlah susah nak makan supplement.. Tanyalah mak, beli supplement, seminggu saja makan pastu simpan buat khazanah... Then, lepas saja bertunang, masa tuh kulit muka neh tetiba galak sangat naek jerawat.. Aduhh nak menanges tau masa tuh...So puaslah tukar produk muka, lepas pencuci neh, pakai pulak pencuci muka neh... Sampailah satu tahap, saya gunakan satu produk yang saya kira agak popular lah.. Mula-mula pakai, tak rasa apa-apa, kemudian hampir seminggu pakai, memang jerawat kering TETAPI yang tak best bila muka jadi saket, pedih dan sangat terik..Subhanallah nak menanges.. Yang paling teruk adalah bahagian atas mata saya, sampai naek luka tau....


Then, puas fikir nak buat apa.. Memang pernah terfikir nak makan supplement tapi bila fikir diri saya yang jenis hangat-hangat tahik ayam neh, terus saya bantutkan hasrat.. Kira saya tolak tepi lah pasal supplement neh masa mula-mula jerawat naek dengan jayanya tuh...

Selepas puas berfikir, pastu guna khidmat pakcik google merata tempat...Carik testimonial habis pelusuk internet.. Baru saya terfikir untuk mencuba produk Shaklee..Okay, disebabkan kekangan duet, nak budget untuk majlis kahwin lagik, nak bayar kereta lagik, nak beli barang ntah apa-apa lagik, saya pun ambil keputusan untuk beli Vitamin C Shaklee.. Saya pun orderlah........... Sesampai saja bungkusan vitamin tersebut, tergopoh kau duk membuka.. Ala-ala anak kecil dapat hadiah hari lahir... Begitulah gamaknya... Alhamdulillah dapat jugak bersemuka dengan produk shaklee secara empat mata.... Inilah produknya... Ramai dah tahu kan...So kita takyah lah berkenalan lagi, just share kebaikan dia supaya orang laen pun dapat menikmati manfaatnya...


Al-kisahnya, esoknya startlah makan... Minggu pertama tuh, hari-hari duk mengadap cermin tengok hilang tak jerawat aku neh.. Kira anggap macam ubat neh magik la gitu, makan terus..**Tinggggg hilang jerawat... hahahhaha Dahlah saya kadang-kadang skip jugak amik vitamin neh.. terlupa makkkk.....

Oh ya , saya start ambil vitamin C neh pada awal bulan September.. Alhamdulillah sewaktu saya hampir datang bulan pada akhir September tuh, jerawat besar gedabak tuh memang tak timbul seperti sebelumnya..Jerawat halus pun susah nak nampak.. Kulit saya jadik lembap..
Then, masuk saja bulan 10, hampir saja kepada tarikh perkahwinan saya iaitu 19 October 2012, Alhamdulillah kulit saya semakin elok dan tak kusam.. Malah liang-liang roma pada kulit muka saya pun dah makin pudar..Kira masa tuh, nak make up pun, tak banyak masalah la....Actually, adik saya pun ada tegur dengan perubahan kulit saya and dia pun teruja nak cuba jugak produk Shaklee.....Alhamdulillah saya dah jumpa produk yang saya kira, memang saya sangat inlove dan takkan saya lepaskan lagik..........

Struktur kulit saya lepas 2 bulan amik Vitamin C..
Oh pencahayaan berbeza ya, gambar sebelum masa saya bertunang waktu malam dan gambar selepas adalah waktu majlis resepsi waktu siang.. Jadik pencahayaan tuh berbeza... Alhamdulillah... struktur kulit pun nampak perbezaannya.. Alhamdulillah


InshaAllah lepas neh, saya nak cuba ambil set Resdung pulak memandangkan saya memang mengidap resdung, mata saya sebelah kanan, kerap sangat merah dan gatal.. Kalau mai rasa gatal tuh, memang saya asyik duk menggosok mata saja sampaikan Incik Suami pun marah... Betul apa, rosakkan mata...huhuhu InshaAllah saya akan update lagik tentang keberkesanan produk Shaklee neh, yang saya gunakan...



Nak tahu detail produk:

PM saya untuk HARGA ISTIMEWA

Whatsapp/sms: 0133750448
Email: dheaahmad84@gmail.com
Your Shaklee Independent Distributor (ID - 918435)


Kelebihan lain produk Vitamin C Shaklee:


Membantu meningkatkan sistem keimunan badan
Membina kolagen untuk kulit yang sihat dan berseri
Untuk kesihatan tulang, gigi, gusi dan struktur am badan yang lain
Menbantu dalam proses penyembuhan luka dan juga kudis
Antioksida yang bertindak melindungi sel dari serangan radikal-radikal bebas yang lain
Meningkatkan penyerapan zat besi daripada sumber bukan daging
Membantu mengurangkan hormon tekanan.
Membantu masalah anemia.