Showing posts with label Recipe. Show all posts
Showing posts with label Recipe. Show all posts

Monday, 22 April 2019

Simple Dinner | Spaghetti Aglio Olio With Crusted Chicken Parmesan



Hello Lovelies!
Assalamualaikum 💕

Okay, bila sebut soal dinner ni, to be honest dari waktu lunch lagi dah fikir apa yang nak sumbat ke dalam perut malam nanti. Sebab kebiasaan kami suami isteri, lunch berbekal dengan menu yang simple tetapi dalam kategori makanan berat la contoh nasi, sayur, ayam.. Tapi untuk dinner, memang kami prefer makanan yang lebih light seperti spaghetti, bihun, sandwich.. Dan boleh dikatakan menu tu sentiasa ulang-ulang.. Dan yang paling banyak kena ulang oleh sang isteri adalah spaghetti aglio olio sebab itu favourite food sang isteri, ditambah pulak, tuan suami tak banyak soal.. So kali ini, sang isteri gandingkan spaghetti aglio olio bersama crusted chicken parmesan yang simple tapi rasanya wallahhhh sedap.. Alhamdulillah ❤


Caranya bagi daku, sangat mudah untuk disediakan, cuma kalau nak ayam tu lebih rasa rempah, boleh perap lama sikit. Kebiasaan, daku perap selama 15-20 minit macam tu saja.. Bahan perap ayam tu daku hanya gunakan tepung bestari berperisa garlic. Tepung bestari ni ada pelbagai variasi, ada yang original, ada yang pedas dan ada berperisa garlic. Semua variasi dah pernah daku cuba dan yang garlic ni sangat 'in' dengan tekak daku juga tuan suami.. Kalau di rumah mak, memang yang pedas menjadi faveret diaorang.
Okay, berbalik pada ayam parmesan kita.. Untuk dimakan bersama spaghetti ni, bahagian dada ayam yang paling sesuai mengikut kehendakku. So, dada ayam tu daku akan potong nipis dan perap dengan tepung bestari.. Kalau suka potong ala-ala chicken tenders pun boleh jugak.. Ikut suka tekak nak makan dan mata yang mahu melihat..

Cukup waktu perap, satukan grated parmesan cheese dan bread crumb dalam satu bekas.. Banyak mana? Secukup korang nak balutkan pada ayam tu.. Daku memang tak bersukat sangat.. Bubuh saja ikut kemahuan hati 😆.. So salutkan dada ayam tadi dengan bahan tadi, kemudian tekan-tekan sikit kasi ayam tu penyet sikit.. Kalau korang ada tools untuk penyetkan ayam tu, boleh saja nak guna.. Macam daku, guna apa ada di rumah.. Lepas dah penyet dan penyet ayam tersebut, kita boleh bakar oven atau pan searing atau deep frying ayam tu.. Kalau nak bakar guna oven, spraykan sedikit minyak atas ayam tersebut. Macam daku, lebih suka pan searing ayam tersebut.. Kalau nak lebih crunchy, deep frying adalah the best bagiku tapi sebab daku sedang belajar menjaga makan, mengawal kalori, so daku memang sebolehnya elakkan penggunaan minyak yang banyak.. 
Eh kata kawal kalori, kenapa tak bakar oven saja? Ohh daku tak adalah strict sangat.. Orang kata pelan-pelan kayuh ikut kemampuan diri sendiri.. Gituuu..


So kalau pan searing ni, dengan api yang sederhana.. Tak lama pun sebab ayam tu pun nipis jer kan lepas dah terpenyek.. Agak-agak dah bertukar keperangan, bolehlah diangkat, disejukkan sikit dan dimakan bersama spaghetti aglio olio.. Terasa ke'western'nan di situ tau 😂 Kadang-kadang ada jugak daku gandingkan bersama bihun goreng singapore. Kadang-kadang ada jugak daku kepit dengan roti, salad buat sandwich.. Kadang-kadang ada jugak daku balut ayam ni dengan tortillas, terus bertukar jadi chicken wrap.. Haaa kan dah dapat pelbagai menu untuk dinner.. Mudah kan 👌

So selamat mencuba resepi.. Eh resepi ke ni? Hurm.. tak kisahlah kan, janji selamat mencuba untuk korang yang nak dinner ala western ni.. Nak buat breakfast atau lunch pun boleh.. Tak kisah, janji perut terisi, mudah menyudahkan kerja hari-hari... Inshaa Allah ❤





Thursday, 15 December 2016

Tips Untuk Kurus Dan Sihat | Jus Delima Dengan Chia Seed

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum 💕


Kalau cerita pasal nak kurus ni kan, rasanya dalam blog saya ni dah berapa post saya cerita mengenai azam saya nak kurus, nak kurus, nak kurus tapi kurusnya tidak.. hahaha Agaknya kena cukup 40 post tentang kurus, barulah saya kurus agaknya kan. Hurm, tak kisah lah samada saya kurus atau tidak, bagi saya yang penting adalah kesihatan. Yes, kesihatan tu yang memainkan peranan yang penting sebab bila badan tak sihat, banyak hal yang tergendala terutama sekali soal ibadah kepada Allah.
So untuk memulakan misi hidup sihat ni, chewah siap ada misi lagi tu.. Okay, saya mulakan dengan menukar menu, cara pemakanan saya terlebih dahulu. Kalau sebelum ni, breakfast saya amatlah tidak menyihatkan, dengan nasi lemaknya, nasi minyaknya, nasi kerabunya yang memang favourite sepanjang masa, sekarang saya cuba tukar dengan roti wholemeal dua keping dengan telur. Dan saya juga merajinkan diri dengan menyiapkan jus buah-buahan yang dicampur dengan chia seed.



Bercerita tentang chia seed ni, saya sebenarnya terpedaya dengan minah dan mat saleh yang selalu mengamalkan chia seed ni sebagai nutrisi harian mereka selain untuk mengekalkan berat badan. Macam-macam mereka buat, sampai boleh jadi puding mereka buat.. haa memang bersemangat mempelbagaikan menu.. Chia seed ni sebenarnya dalam kategori benih tetapi benih yang boleh dimakan dan ianya merupakan tumbuhan padang pasir yang bernama Salvia Hispanica. Chia seed ni ada banyak khasiatnya untuk tubuh dan mengandungi Fiber, Omega, Kalsium, Protein.. Haa lepas ni, kita start google sama-sama tentang khasiat chia seed ya..



So, apa yang orang perkatakan bahawa chia seed ni boleh menurunkan berat badan, boleh menguruskan badan, bagi saya Ya.. Sebab utama bukanlah kerana saya dah berjaya, TIDAK sama sekali tapi apa yang saya sendiri rasa dengan mengamalkan chia seed ni selama lebih kurang seminggu, ia mengenyangkan saya. Iyalah, bukan senang ya nak mengubah tabiat pemakanan yang sebelum ni, saya rasa agak berat kepada dua keping roti dan sebiji telur. Dan Alhamdulillah Allah bagi kekuatan pada saya, beri saya rasa kenyang tu sehingga jam 1.00 petang yakni waktu lunch.. Alhamdulillah, waktu lunch tu kadang-kadang pun masih belum rasa lapar. Jadi, bagi mereka yang baru nak bermula seperti saya, inilah yang saya sarankan. Please don't skip your breakfast. Penting tau breakfast ni, start your day with something good. Jangan seksa tubuh badan kita.



Dan hari ini, Alhamdulillah kebetulan balik kampung baru-baru ni, pergi pasar dan jumpa buah delima yang besar, merah mengiurkan dan manis ni, jadi bolehlah saya blend buah delima ni buat jus dan add on chia seed. Cara saya, saya akan rendam dulu sesudu besar chia seed dalam air kosong semalaman di dalam peti sejuk. Pada sebelah pagi, chia seed itu akan mengembang seperti biji selasih. Biji selasih dengan chia seed ni berbeza tau, dari segi rasa, tekstur dia pun bagi saya berbeza. Nak cerita beza dia tu, saya bukan pakar, kena rasa sendiri baru anda tahu.. Jadi lepas chia seed ni mengembang, saya akan campurkan ke dalam juice delima yang telahpun saya blend. Cubalah cara ini, inshaaAllah kalau green juice, biasanya kita agak sukar nak telah tapi dengan kita campurkan chia seed yang dah kembang ni, kita jadi asyik nak gigit chia seed ni, so buat kita tak sedar dan sampai penghujung gelas..

Apapun, saya harap apa yang saya kongsikan ini dapat memberi manfaat atau inspirasi kepada orang lain.. Untuk mereka yang azamnya seperti saya, nak turunkan berat badan, boleh cuba cara ni.. Buat perlahan-lahan tak apa, asalkan konsisten. Yang penting sihat dan memudahkan kita untuk beribadah kepada Allah Yang Maha Berkuasa.. Dan ingat, segalanya tak akan jadi melainkan dengan izin Allah.. Wallahualam..





Monday, 28 November 2016

Resepi Soba Noodles Salad

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum semua 💕


Akhir-akhir ini, sejak usia semakin bertambah, saya agak cerewet dan menjaga soal pemakanan saya. Ditambah pula dengan keadaan kesihatan yang agak kurang baik dua, tiga bulan ini dan berat badan saya yang bertambah. Jadi, saya cuba menukar menu sarapan saya yang biasa seperti nasi lemak, nasi minyak kepada makanan yang lebih sihat. Dalam notes handphone saya sendiri, pelbagai jenis nama menu sihat yang saya simpan, dengan harapan memudahkan saya merealisasikan impian saya untuk menukar corak pemakanan saya kepada yang lebih menyihatkan. Dan minggu lalu, saya mendapat idea untuk mencuba Soba Noodles Salad and add on dalam nota menu sihat saya. Alhamdulillah, resepinya sangat mudah dan menjimatkan masa. Untuk bahan-bahan pula ada yang saya olah sedikit dan hanya menggunakan bahan-bahan yang sedia ada di rumah.

Soba Noodles Salad
Bahan-bahan dan cara-cara penyediaan.



1 bungkus mee soba - 1 bungkus ada 3 ikat
(Sesuai untuk 4 orang makan)
Rebuskan mee soba selama 4 minit
Boleh baca arahan cara rebus di paket mee soba

Cara penyediaan sos soba noodles salad
3 sudu besar cuka - saya gunakan cuka putih biasa
2 sudu besar minyak bijan
1 sudu besar minyak sayuran - saya gunakan olive oil
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar kicap soya cair - saya gunakan kicap kipas udang lemak manis
1/2 sudu kecil gula
Secubit garam

Masukkan kesemua bahan sos ke dalam mangkuk dan sebatikan.
Bagi yang ingin rasa yang lebih manis, tambahkan gula. Begitu juga dengan cuka, sekiranya ingin rasa masam yang kurang, kurangkan cuka. Tapi bagi sukatan yang saya beri ni, InshaaAllah rasanya sekata bila kita gaulkan bersama mee soba dan salad.

Untuk Salad
Kobis ungu
Lada benggala
Lobak

Untuk salad, boleh tambahkan salad lain seperti salad roman dan beberapa salad lain.
Hiriskan semua bahan salad secara nipis.



Last, gaulkan salad, mee soba dan sos dalam mangkuk yang besar dengan rata. Untuk mudah, ambil plastik bersih, dan balut tangan untuk gaulkan semua bahan tadi dengan sebati. Kemudian taburkan bijan.

Optional
Untuk mereka yang nak rasa yang sedikit pedas, boleh taburkan chili flakes mengikut tahap kepedasan yang anda sukakan.

Jadi, macammana pandangan anda tentang resepi ni. Mudah kan.. Okay, hopefully dengan resepi ini dapat mempelbagaikan lagi menu-menu kalian. Kalau ada yang dah mencuba kelak, jangan segan untuk berkongsi pendapat di ruangan komen. Semoga ada manfaat dan kebaikan untuk kita bersama..❤




Sunday, 6 January 2013

Resepi Blueberry Crepe Yang Mudah

Bismillahirrohmanirrohim


Assalamualaikum.......Hai hai semua yang sudi belek-belek blog neh... **eh ada ke yang sudi eh**.. By the way, lastlast year hihihi 2 minggu lalu, saya ada buat tempahan durian crepe and blueberry crepe dari seorang sahabat.. Kan sekarang kat facebook orang tengah hot post pasal durian crepe.. So saya pun macam teruja gila kot, apa benda tuh.. Sedap ke?.. Tengok sahabat-sahabat saya duk post bukan maen sedap rasanya..Mau tak meleleh makcik neh yang duk mengadap facebook.. Lalu saya pun try laaaa tempah dari sahabat... Petang, after kerja, vrooommm start kereta terus pergi ambil dekat rumah Huda, sahabat saya.. Ohh Huda neh sahabat saya dari darjah satu tau tau tau... sekarang we ols dah 29.. What 29........... Subhanallah sekejap saja kan....

Then, bawa balek rumah.. Seriously, ai berebut dengan incik suami tang blueberry crepe.. Kesian durian crepe you, tak berapa laku... So saya fikir untuk order semula dengan Huda but Incik suami nasihatkan untuk buat sendiri.. Boleh makan banyak mana yang boleh..hahahha maken tembam lah kami ini.... And after risik-risik resepi dari internet, terus cari bahan-bahannya...

First time buat, crepe dia tebal sikit..Tapi rasanya, Alhamdulillah best **puji diri sendiri**... Then untuk buat kali kedua, saya ubah resepi sikit, saya tambah air... And kali kedua, memang menjadi, crepe pun soft and comel..hahahah **puji diri lagi**........ Dan semalam, kali ketiga buat, berebut dapur dengan Incik Suami... Alhamdulillah dapat kongsi dengan sepupu and sahabat saya... Kalau tak sebelum neh, memang tak sempat..
Alhamdulillah.... dan ini resepinya....Even u ols dah tau, still jugak nak post kat sini resepinya....



Resepi Blueberry Crepe

Bahan Crepe:

250gm Tepung Gandum
2 biji Telur
500ml Susu Segar (saya guna Dutch Lady)
100ml Air
1 Sudu Teh Aising Vanilla
1 Sudu Teh Pewarna Ungu

Untuk Filling:
1 cawan Whipping Creme yang sudah dipukul kental (Saya guna brand Value Pride)
Blueberry (Saya beli kedai kek)

Cara-caranya:
Campur semua bahan kemudian blender dan tapis.
Panaskan non-stik pan dengan api yang kecil. Letak sedikit butter, cairkan..
Tuang 1 senduk adunan dan ratakan hingga menjadi crepe. (tak perlu terbalikkan dan biarkan permukaan atas kering. Angkat dan biarkan sejuk.
Bentangkan sekeping crepe dan letakkan whipping cream di tengah-tengah, lapis dengan blueberry, tutup semula dengan whipping cream. Akhir sekali lipat seperti bentuk bantal dan simpan di dalam peti sejuk..

...................................................................................................................................................................

So inilah resepinya.. hopefully senang untuk korang buat sendiri di rumah. Selamat mencuba...Terima kaseh






Friday, 27 January 2012

Resepi Puding Berkuah Yang Mudah


Bismillahirrohmanirrohim.
Assalamualaikum WBT...

Salam sejahtera dan juga salam sayang buat semua sahabat blog and readers yang masih lagi sudi baca blog saya neh... Okay, today sudahpun masuk kerja kembali.. Mengadap kertas kerja yang berlambak..Oh sangat rindu bau kertas-kertas neh.. Memandangkan hujung bulan sudah, jadi haruslah banyak kerja yang perlu disiapkan...

Oh sudah lari dari topik neh.. Actually last day saya bertungkus lumus menyiapkan puding sagu berkuah neh untuk dibawa ke office...chewaahhhh....sampai gitu sekali.. By the way, ini pertama kali saya buat.. So memang banyak kekurangannya... Resepinya pun simple sangat...Ini cara saya buat ya... Oh ya dari segi sukatan, memang tak formal lah ya....



Bahan-bahan (untuk hidangan 20 cup di atas)

Puding
1 1/2 cawan sagu
5 sudu gula
Pewarna

Kuah
1 tin susu cair (saya suggest Marigold)
2 cawan air (agak-agak)
1/2 cawan susu pekat manis
1/2 cawan gula (agak-agak)
1 sudu aising vanila
2 sudu tepung jagung


Begini caranya:
First sekali, rendam sagu tersebut dalam 1-2 jam.. Air biar melepasi sagu dalam 2 inci lebih.. Agak-agak sagu dah sedikit kembang, masak dengan api yang perlahan. Masukkan terus pewarna dan juga
gula.. Kacau sehingga sagu masak.. Then masukkan ke dalam cup..

Untuk kuah pula, masakkan sekaligus bahan-bahan untuk kuah tadi dengan api yang perlahan.. Oh ya, air agak-agak saja, kalau nak kuah banyak, letaklah lebih.. Dan dari segi kepekatan dia, kalau nak
lebih pekat, tambahkan tepung jagung.. Kalau nak lebih manis, tambahkan susu pekat manis.. Kacau selalu dan akan masak bila dah mendidih..

After dah siap masak, tuangkan dalam cup yang dah diletakkan sagu tadi. Macam saya, asingkan dulu dan letak dalam peti sebab bila sejuk, lagi sedap nak menelan...Apapun, selamat mencuba...Maaflah
sebab saya neh memasak main agak saja banyak mana, jarang sangat sukat..So faham-faham sajalah...





Friday, 31 December 2010

Resepi Jus Durian Belanda Yang Berkrim

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum WBT..


Selamat Pagi Dunia!!!
Semoga semuanya ceria dan bahagia selalu....


Pagi ni nadia nak kongsikan resepi minuman jus durian belanda kesukaan nadia.. Mak selalu buat tau sebab tepi rumah ada pokok durian belanda.. Alhamdulillah kerap juga berbuah... Syukur Alhamdulillah atas segala rezeki yang Allah berikan... Jom kita lihat...Ohh sebelum tu, maaf ya gambar tak berapa nak cantek....hihihi bukan photographer professional....

1. Kupas dan buang dulu kulit dan biji durian belanda... Ambil isi saja ya...


2. Then, masukkan susu manis yang dah dibancuh dengan air suam, isi durian belanda dalam blender.. agak dalam 3 cawan air suam.. susu pulak, kalau nak manis letak banyak, kalau kurang manis letak sikit... Ikut suka... Nadia buat kurang manis.....


3. Blend semuanya sekali.. Jangan terlalu hancur sebab lagi sedap minum...Kalau rasa nak letak ais, blend sekali... tapi nadia suka minum suam-suam sebab sekarang kan hujan....


4. Sedia diminum..... Nadia memang suka sangat minum jus durian belanda ni... Alhamdulillah syukur senang dapat... Apapun, selamat mencuba....





Friday, 19 November 2010

Resepi Kek Batik Coklat Yang Sedap


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum semua..


Okay, Hari Raya Korban tahun ni sangat simple nadia sekeluarga sambut. Juadah pagi pun sangat simple. Tak ada ketupat palas, tak ada rendang, nasi himpit dan kuah kacang pun pemberian nenek. Mak masak nasik ayam kampung. Wow sangat sedap nasik ayam buatan mak. Paling best sambal tomato. nyummmy....

Ok, kembali ke title, cerita kek batik. Kalau nadia sebut depan sesetengah kawan. Dorang tercengang, kek batik? Bila sebut kek biskut merry. Di rumah nadia semua panggil kek biskut merry. Nadia saja ngengade duk panggil kek batik. Oraite, kek ni favourite nadia sekeluarga. Buat 2 adunan pun tarak cukup...Haishhh itu perut gajah ka. makan sangat manyak woo...

Ok..ok...kembali semula ke resepi...PERHATIAN ya.. ini cara nadia masak la, cara sukat nadia ikut yang mana mudah jer, sebab ni chef kat rumah sendiri..faham-faham saja lah, cara orang lain nadia tak tahu.. So, kalau rasa ok, senang nak ikut, nadia pun sangat senang.. jom kita baca step-step dia..


gambar hasil carian google


bahan-bahan: 

-biskut merry (kalau yang dalam bungkusan kat kedai tu, ambil 2 pek)
-telur ayam 6 biji
-esen vanilla (satu sudu besar)
-butter cup (kalau yang sebuku tu, ambil 3/4 saja..)
-milo (biase nadia beli pek yang kecik sekali tapi milo ni ikut suka nak letak banyak atau sikit)
-susu pekat manis (kalau setin tu, ambil setengah je.. Jangan manis sangat sebab milo tu dah manis kan)


cara-cara (biasa nadia masak berdua dengan mak sebab sorang kena kacau adunan, sorang tukang masukkan bahan):

-First sekali, masukkan butter cup 3/4 tadi... cairkan dalam kuali..api sedang-sedang saja ya...
-Masukkan telur enam biji.. kacau sampai sebati.. Jangan bagi telur tu naik serawa tau..(serawa: telur masak hancur)
-Masukkan esen vanila satu sudu besar... hurmmm wangiiii..
-Kemudian, masukkan susu pekat manis...kacau adunan tadi hingga sebati...
-Agak-agak dah sebati dan adunan dah cerah-cerah masak..masukkan milo...
-Ada orang masukkan coklat, tapi nadia suka milo sahaja.. tak muak..
-Gaul milo sampai sebati..
-Tutup api dapur gas... 
-Kemudian masukkan biskut merry, pecah-pecahkan tapi jangan hancur.. pecahkan dua saja ya.. kalau hancur, tak nampak la batiknya nanti. Tak jadi kek batik, jadi kek hancur pulak..huhuhu
- Jangan bagi terlalu sebati, nanti lemau pulak biskut tu.
-Masukkan dalam acuan sedang-sedang.. tekan-tekan kasi padat.
-Masukkan dalam peti.. Best makan bila sejuk..

Hah, kan senang kan... Sekejap sangat nak buat. Nadia memang selalu sangat buat kek batik.. kadang-kadang ada kawan-kawan rapat tempah kalau diaorang ada buat majlis atau apa-apa lah.. Kadang kalau ada makan-makan, nadia buat jugak..lagipun senang dan mostly orang memang suka makan kek batik ni.


Oraite, sekian dulu dari dapur chef nadia. hahahahah perasan kau... cuma mampu jadi chef untuk keluarga, bakal suami dan anak-anak kelak... InsyaAllah... mak selalu cakap 'air tangan' isteri tu mengeratkan ikatan cinta.. Hurmmm so fikir-fikirkan lah... Selamat beramal......;p





Tuesday, 14 September 2010

Resepi Kek Coklat Kukus

Alhamdulillah syukur masih diberi nafas, kesihatan, kemudahan oleh Allah... Ok Aidilfitri baru-baru ini nadia dan adik-adik sempat menyerbu rumah mak long nadia disebelah rumah nadia je...Memang kebiasaan kami saudara mara akan berangkat dari rumah ke rumah saudara selepas solat sunat Aidilfitri.. Waktu di rumah mak long, nadia sangat teruja bila kakak sepupu buat kek coklat kukus, lalu apalagi resepi lah jadi sasaran..Sejujurnya nadia memang tak pandai buat kek... Jadi hari raya ke-3, kakak sepupu datang ke rumah and bawa segala kelengkapan untuk buat kek coklat kukus.. Katanya, kena buat sendiri baru pandai and ingat... Ok Alhamdulillah menjadi dan sedap..Cara buat pun sangat mudah.. Bagi sesiapa yang berminat, bolehlah mencuba... Ini resepinya..

gambar pinjam dari sini: credit

2 cawan tepung kek berserbuk penaik (bluekey)
2 cawan serbuk koko
1 1/2 cawan gula (tak perlu kisar halus)
2 biji telur
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1 cawan air panas
coklat rice
badam hancur

cara-cara membuatnya:
-Adunkan sekali tepung kek bluekey,serbuk koko,gula, telur, susu cair dan minyak masak
-Gaulkan bahan-bahan tadi sampai sebati
-Dah sebati, masukkan air panas.
-Adunkan sehingga sebati
-Masukkan ke dalam acuan
-Kukus sehingga 20minit
-After 20minit, taburkan coklat rice secukup yang anda mahukan
-kukus semula dalam 5minit
-Angkat dan taburkan badam hancur.
-Siap and dah boleh makan...

Senangkan..cubalah...apapun, resepi ni memang simple sangat... Alhamdulillah selamat mencuba ya kawan-kawan...