Showing posts with label Soal Jawab Agama. Show all posts
Showing posts with label Soal Jawab Agama. Show all posts

Monday, 28 January 2013

Hukum Kencing Berdiri Bagi Lelaki

Bismillahirrohmanirrohim


Hai..Assalamualaikum..
Sekadar berkongsi sebuah artikel menarik.. Moga diambil pedoman terutamanya buat kaum lelaki.. Moga meleraikan kekeliruan malah mungkin juga keraguan yang timbul..InshaAllah..

Sebenarnya adalah tidak dibolehkan kencing berdiri, kerana ia bercanggah dengan sopan dan etika yang mulia, di samping mengelakkan diri daripada percikannya. Namun jika diyakini air kencing itu tidak memercik dan dapat dipastikan tidak akan terkena dirinya, maka tidak menjadi halangan baginya untuk kencing berdiri. Diriwayatkan dari Huzaifah ra yang menceritakan :

“Suatu ketika Nabi SAW singgah di suatu tempat pembuangan sampah berhampiran dengan daerah suatu kaum. Di situ, beliau membuang air kecil sambil berdiri. Melihat itu, aku segera pergi menjauh, tetapi beliau malah berkata : Mendekatlah ke mari Aku pun segera menghampirinya hingga berdiri berhampiran dengan tumitnya. Kemudian aku melihatnya berwuduk dan menyapu kedua-dua khufnya.” (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Petikan hadis di atas ini adalah untuk menunjukkan bahawa harus kencing sambil berdiri. Tetapi ia bukan untuk menunjukkan kebiasaan Rasulullah SAW kencing sambil berdiri. Kebiasaan Rasulullah ialah kencing secara duduk.

Imam An-Nawawi mengatakan kencing dalam keadaan duduk adalah lebih baik mengikutnya pandanganku, namun jika seseorang kencing dalam keadaan berdiri, maka itu juga tetap di bolehkan. Kedua-dua keadaan ini pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW.

Ada sebahagian ulamak mengatakan bahawa hukum kencing berdiri adalah makruh kecuali jika ada sebarang keuzuran. Menurut mereka perbuatan Nabi kencing berdiri adalah kerana ada keuzuran bagi baginda, kemungkinan susah bagi baginda untuk duduk pada ketika itu memandangkan tempat itu ialah tempat pembuangan sampah atau mungkin juga baginda mengalami sakit tulang belakang. Menurut Imam Syafie orang Arab jika mereka mengalami sakit belakang, mereka akan kencing berdiri.

Di kalangan para sahabat sendiri terdapat khilaf tentang kencing berdiri. Terdapat riwayat menceritakan bahawa Saidina Umar, Ali, Zaid bin Tsabit, Ibnu Umar, Abu Hurairah dan Anas ra pernah kencing sambil berdiri. Antara sahabat yang memakruhkannya pula ialah Ibnu Mas’ud dan diikuti oleh Imam as-Sya’bi dan Ibrahim bin Sa’ad.

Rumusan dari perbahasan kencing berdiri di atas, maka hukumnya adalah harus jika orang tersebut mengalami kesukaran untuk kencing duduk. Manakala hukum makruh pula jika orang tersebut melakukan kencing berdiri dengan sengaja dan ia tidak mengalami apa-apa kesukaran dan musibah. Namun yang terbaik ialah kencing sambil duduk. Ini ditegaskan oleh Imam Ibnu al-Munzir :

“Kencing sambil duduk lebih aku sukai. Namun kencing berdiri hukumnya adalah harus. Kedua-duanya ada dalil dari Nabi SAW”.



Sumber: Facebook Belogfadah Sempoi






Friday, 18 January 2013

Boleh Ke Pakai Minyak Wangi Alkohol Ketika Solat

Bismillahirrohmanirrohim



Assalamualaikum WBT...hai semua.... Salam Jumaat.. Alhamdulillah hari yang sangat indah...
Okay, cerita pasal minyak wangi boleh bawa solat atau tak neh sebenarnya dah lapuk kan.. Ye lah, banyak yang pertikaikan dan banyak jugak yang pertahankan.. Tak cakap orang laen, saya sendiri pernah tanya lecturer Pengajian Islam saya masa kuliah di kolej dulu.. Dan jawapan lecturer saya, dibenarkan.. Dan bagi pendapat peribadi saya sendiri juga, adalah tak salah.. Sebab bagi saya alkohol yang dimaksudkan tidak boleh dibawa solat adalah alkohol yang diminum.. Bukankah alkohol yang diminum akan menyebabkan seseorang itu hilang tahap kewarasannya atau kita sebut mabuk.. Dan alkohol dalam minyak wangi bukanlah kita minum sebaliknya kita calitkan pada pakaian supaya tidak menimbulkan bau yang kurang menyenangkan yang mungkin mengganggu rasa khusyuk kita dalam solat. Bahkan kalau kita solat berjemaah sekalipun, bau badan jugak mungkin mengganggu jemaah laen yang berada dekat dengan kita.. Cuma, kalau pakai minyak wangi, berpada-pada lah bagi saya, jangan sampai orang yang berada dekat kita, pening dengan aroma yang kuat..Bersederhana maksudnya... Ini semua pendapat saya lah..kalau salah, maafkan kelemahan saya dalam bersuara...



Dan ini pula jawapan yang saya petik dari Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman, dan penjelasan dari beliau ini meleraikan kekeliruan saya dan moga ia membantu korang jugak...InshaAllah... 

..................................................................................................................................................

Harus dan sah solat, walaupun menggunakan minyak wangi beralkohol. Ini kerana bukan semua alkohol adalah najis. Para Ulama menyebut alkohol najis berdasarkan hadith nabi yang memberi isyarat bahawa arak  itu najis. Ia diambil dari ayat al-Quran yang menyebut :
"Arak, tenung dan tilik nasib, lemparan kayu nasib adalah kekotoran ('rijs') dari hasil kerja Syaitan " (Al-Maidah; 90).

Dan dari hadith oleh Abu Tha`laba al-Khushani di dalam sohih al-Bukhari dan Muslim:
"Wahai Nabi Allah, kami tinggal di tanah Ahli Kitab, bolehkah kami makan & minum di dalam bekas mereka?" Nabi membalas : "Sekiranya kamu mendapati bekas selain bekasan mereka, maka jangan  menggunakannya, sekiranya kamu gagal mendapatkan selainnya, maka hendaklah kamu basuh bekas itu dahulu dan kemudian makanlah menggunakannya "

Imam An-Nawawi (Syarah Sohih Muslim 13/14:86) dan Imam As-Shawkani ( Naylul Awtar, 1/71) menyebut "Maksud larangan makan menggunakan bekas-bekas mereka menunjukkan apa yang mereka masak dan minum menggunakan arak adalah kernana ia dihukum sebagai najis"

Hasilnya kesemua ulama empat mazhab sebelum itu pun telah menyebut bahawa arak adalah Najis.
1) Mazhab Hanafi, menurut kitab al-Fiqh al-Islami wa adillatuh (6/158) menyebut bahawa jika terdapat setitik arak sebesar syiling di baju seseorang, maka solatnya menjadi batal.
2) Mazhab Maliki, disebut oleh Ibn Rushd dalam Bidayat al-mujtahid (2/125); "Tiada satu jenis pun dari alkohol, bangkai dan najis boleh digunakan kecuali untuk tujuan perubatan"
3) Mazhab Shafi`i, arak disebut najis sebagaimana disebut oleh Imam An-nawawi di dalam al-Majmu` 2/569-570 (dipetik dari Imam al-Ghazali);
4) Demikian juga menurut mazhab Hanbali ( Ibn Quddama, al-Mughni, 9/152).

Baca lagi di sini
..................................................................................................................................................

Jadi, semoga penjelasan Ustaz Zaharuddin ini, mampu menjadi rujukan saya juga korang semua untuk masa-masa akan datang.. InshaAllah..........







Friday, 17 June 2011

Hukum Memotong Kuku Dan Rambut Ketika Haid

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan salam Jumaat untuk semua yang sudi membaca blog nadia yang semakin hari semakin suram neh... Terima kaseh banyak-banyak...

Okay, hari ini nadia ingin kongsikan sesuatu yang nadia kira sangat penting bagi orang-orang perempuan... Yelah kan, kadang-kadang hal-hal kecil seperti ini kita sering terlepas pandang... Okay, mengenai hukum memotong kuku dan rambut ketika haid neh, sebenarnya pada nadia sendiri banyak sangat kekeliruan.. Tahu kenapa? Masa nadia sekolah dulu, duduk asrama.. So, bila nadia tanya kawan-kawan, mostly jawab hei, awak kena simpan kuku dan rambut. Pastu bila nak mandi wajib, kena mandikan sekali.... Dalam kepala nadia duk fikir aduh lecehnyer....Then, bagi elakkan hal yang leceh tuh, time-time nak dekat period tuh, selalu pastikan kuku neh pendek sebab time period tak boleh potong kuku kan....


Then, balik saja rumah, nadia tanya mak... U know mom always have an answer... Betul tak? Walaupun hal tu dia kurang tahu tapi dia still akan usaha cari jawapan.... Then bila nadia tanya mak, mak cakap tak apa potong kuku waktu haid sebab ini soal kebersihan diri.. Takkan nak makan dengan
kuku yang panjang... Mak cakap, kuku panjang neh tempat syaitan bertenggek.. Kalau kita selalu makan dengan kuku kita yang panjang tuh, lama-lama boleh jadi bengap..Wallahualam..
Apapun ini semuanya soal kebersihan diri kita... Nak tahu seseorang itu, bersih atau tidak, first sekali, tengok jari-jari dia...

Okay, berbalik soal hukum, nadia terbaca dalam suratkhabar Metro tempoh hari, ruangan Fikrah Dr. Salam. Then ada soal jawab tentang memotong kuku dan rambut ketika haid...Dan jawapannya seperti berikut:

"Memotong kuku dan rambut dibenarkan ketika haid apabila ada keperluan berbuat demikian.. Kuku dan rambut yang sudah dipotong juga tidak perlu dibawa sekali ketika mandi wajib"


So, nadia harap jawapan dari Dr.Abdul Salam Muhammad Syukri itu dapat meleraikan kekeliruan yang ada... Apapun selamat beramal dan semoga ibadah kita akan sentiasa meningkat dari hari ke hari... InsyaAllah.....