Showing posts with label Contest. Show all posts
Showing posts with label Contest. Show all posts

Friday, 23 August 2013

Kisah Blogger | Rezeki Saya Ber'blogging'

Assalamualaikum kawan-kawan..

Alhamdulillah happy sangat hari nih..Eh tipu!!! Sebenarnya dari semalam lagi happy, senyum memanjang.. Alhamdulillah syukur, terima kaseh Ya Allah.. Okay, sebelum saya cerita panjang, meh baca dulu mukaddimahnya, baca tau sebab ini part yang paling penting, permulaan kepada kegembiraan ini... 

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------



Alkisahnya bermula bila saya ter'jumpa' blog seorang adek yang comel. Mula-mula baca blog dia, macam best pula.. Setiap cerita yang dia tulis, ada manfaat, ada nasihat, ada semangat tau.. Then, saya bookmark blog dia, pastu letak dalam one of my bloglist.. Senang saya nak baca.. Then, selalu tau dia update.. So kerja saya adalah menjadi 'stalker' dia.. Actually salah satu sebab saya baca adalah kerana saya kagum dengan semangat dia.. Dia berisi seperti saya tapi dia yakin dengan dirinya, enjoy dengan apa yang dia buat.. So saya belajar dari situ, semangat menulis berkobar kembali.. Thanks adek...Nak tahu siapa dia....... inilah dia...

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin
----------------------------------------------------------------------------------------------------------




Okay, dah habis mukaddimah.. Sekarang nak teruskan kepada isinya pulak... Hurmmm, dalam asyik menjadi stalker nanie, saya terbaca satu entry nanie mengenai satu contest.. Mula-mula saya buat entry tentang contest tersebut, saya padam.. Backspace-backspace and terus backspace.. Saya hilang semangat sebab saya tak pernah masuk contest seperti itu.. Saya tak pandai.. Then, saya buat research tentang penulisan blogger yang berjaya.. Okay, dapat input.. Saya taip kembali entry contest tersebut.. Alhamdulillah siap pun entry Contest Delima Home.. Publish dan emailkan pada pihak Delima Home untuk sahkan penyertaan.. Ini entry saya tuh........



Minggu berganti minggu, last day nanie post di wall facebook saya.."TAHNIAH KAKAK!!!". Hati saya tertanya-tanya tau, kenapakah? Apakah? Memang saya tak dapat apa-apa info sebab saya tak dapat online melalui laptop, sekadar update melalui handphone. Then, dalam hati tertanya, aku masuk contest apa ya, aku ada menang apa-apa ke? Then, disebabkan perasaan ingin tahu yang dah nak meletup neh, terus tak malu tanya nanie.. 

Awalnya ingatkan 1st prize tuh dapat RM500, rupanya jumlah itu untuk winner grand prize.. And winner grand prize jatuh pada seorang blogger lelaki.. Alhamdulillah rezeki dia...Actually, tak kisahlah grand ke, first ke, second ke, kalau dapat saguhati pun kami bersyukur.. KAMI??? Yes, kami lah sebab nanie pun dapat second prize.. Alhamdulillah...syukur pada Allah.. Rezeki Syawal.. And of course, advance gift untuk birthday saya next week... hihihi.. Ini senarai tiga pemenang yang dipamerkan di Facebook DELIMA HOME..




Dan saya pun dah terima panggilan telefon dan email dari pihak Delima Home untuk pengesahan.. Alhamdulillah.. So kawan-kawan, sekiranya ada contest, jangan lupa join dan jangan sesekali rendah diri atau takut seperti saya sebelum ini.. Kalau ada rezeki kita, InshaAllah...... Rezeki itu rahsia Allah, namun untuk memperolehinya, kita harus berusaha, mencuba...... Cehh pandai pulak saya bersyarah di sini.. Apapun, ini merupakan antara rezeki melalui blog yang saya perolehi selain Nuffnang....... 



"Dear adek Innanie Ariffin, thank you so much. Kerana nanie, tulisan nanie, akak lebih bersemangat.. Akak pinjam semangat dan keyakinan dari nanie.. Kagum sangat dengan nanie, keyakinan nanie. Akak doakan kejayaan nanie. Ya Allah, Engkau Maha Mengaturkan sebagaimana Engkau mengaturkan perkenalan ini, maka Engkau utuhkanlah silaturrahim ini.. Ya Allah, Engkau rahmatilah sahabatku ini.. Curahkanlah kebahagiaan dan keberkatan di dalam kehidupannya.. Amin Ya Rabbal 'Alamin..."


Terima kaseh kawan-kawan yang sudi membaca di blog saya.. Doa saya moga kalian terus support saya untuk terus berblogging... Thank you so much...





Thursday, 6 January 2011

Hadiah Tahun Baru Bahagian Tiga: Last Episode

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum WBT



Hohoho tak boleh tahan bila sebut last episode.. macam drama series plak kan..hahaha apapun dah settle watermark peserta GA punya part, ada lagi yang tak email.. nadia just tunggu email dari mereka.. Okay, jom kita tengok watermark mereka... btw, watermark mereka ni dah lama siap cuma nadia touch up untuk sesuaikan dengan kemahuan and layout blog mereka... Hopefully mereka suka...
.     .     .
 
.     .     .
.     .     .

.     .     .
.     .     .






Nota: betul-betul rasa kurang sehat, kepala ni duk sakit dari tadi..




Wednesday, 5 January 2011

Hadiah Tahun Baru Buat Mereka Bahagian Dua

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum WBT


Okay, dah sampai ke bahagian dua pun.... Itupun terpaksa lagi nadia bahagikan ke bahagian tiga, esok pagi.... Okay, yang ini dah siap touch up,shooooooo tuan-tuan watermark ni tak tau dah siap...Nadia belum inform mereka...hopefully mereka terjah sini, so dapatlah cuci-cuci mata dulu....hihihi... Oh ada 4 sahabat blogger yang nadia belum sempat touch up, masih dalam file REDO.... InsyaAllah malam ni nadia nak siapkan touch up, tunggu tau Lisa, Tiefazatie, Ibu Ayra and Tomato Kering....So meh kita tengok-tengok hasil yang tak seberapa dari nadia ni...

.     .     .     .     .

.     .     .     .     .

.     .     .     .     .
.     .     .     .     .






Last, bagi yang berminat dengan watermark, boleh email ke mynadiadania@gmail.com ya...Tapi nadia tak janji untuk siapkan dengan cepat.. Yang nadia boleh kasi tau, nadia akan cuba yang terbaek..itu saja....




Tuesday, 28 December 2010

Cuci Mata Sekejap..Pilih-Pilih-Pilih

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum WBT


Haa pilih-pilih-pilih tapi tak moleh ambil sebab yang orang lain punye daaa....hihihi okay, Alhamdulillah nadia dah siapkan separuh watermark untuk peserta-peserta GA Murah Hati yang telahpun tamat pertengahan Disember lalu.. Alhamdulillah ada yang dah bagi hint-hint pada nadia apa yang mereka nak.. Apapun nadia dah cuba semampu mungkin, andai ada terkurang nadia minta maaf sangat.. Nadia belum emailkan pada pemilik-pemilik watermark ini sebab ada lagi 19 watermark yang belum siap.. So kena tunggu yang tu siap..hihihi sorry ya.....Lagipun nadia nak buat touch up sikit yang mana dah siap ni sebab ada yang kurang jelas bila sesuaikan dengan gambar... Apapun, hopefully the best will come out...InsyaAllah....Below pixar-pixar watermark yang dah siap...




Monday, 27 December 2010

Untuk Mereka: Terima Kaseh Atas Support Anda

Bismillahirrohmairrohim
Assalamualaikum WBT


Oh, hari ni kesihatan nadia tidak berapa baik.. Allahuakbar.. Nadia rasa kepala ni bengang sikit, khayal macam makan ubat sedangkan tak sentuh ubat langsung.. Serius, tak dapat nak berdiri dengan seimbang.. Rasa nak jatuh..huhuhuhu.. Apapun Alhamdulillah masih boleh siapkan kerja.. And waktu-waktu yang free nadia cuba siapkan watermark peserta-peserta GA, setakat ni dah sebahagian yang siap.. Idea tu kadang-kadang datang, kadang-kadang pergi.. Normal, bila dh kurang sihat.. Memang macam tu.. Below antara yang dah siap..Oh nadia belum emailkan pada mereka sebab nak siapkan semua and bagi sekaligus.. Rasanya senang macam tu.. Apapun, nadia dah cuba untuk lakukan yang terbaek.. Maaf andai ada yang terkurang...








Tuesday, 14 December 2010

Inilah Mereka-Mereka Yang Bertuah Dalam Giveaway Ini


Assalamualaikum WBT
Bismillahirrohmanirrohim

Sebenarnya kan semua bertuah sebab semua dapat gift cuma mereka yang tujuh orang ni dapat lebih sikit.. hihiih Okay, berikut 7 nama yang terpilih untuk mendapat gift yang lebih sikit tu...
1. Ibu Ayra (adik lelaki nadia form 5 yang cabut undi nama ni..)
2. Izan Cute (Yang ni pula adik perempuan nadia no.3 yang cabut undi..)
3. Kancil Biru (mak nadia yang cabut undi bagi nama Kak KB ni...hihihi)
4. Iman Mom (Adik bongsu nadia cakap mcm nama dia, Man..sebab dia yang cabut undi..)
5. Sofia HB (adik bongsu perempuan nadia cabut yang ni)
6. Solehah (jari jemari nadia yang ambil kertas undi)
7. Noorafzan (jari nadia lagi...hihihi)

gambar ni ada boleh nak zoom zoom
btw, tahniah untuk semua yang berjaya dan terima kaseh juga untuk semua yang join dan terlibat.. Hadiah-hadiah nadia akan cuba hantar dalam minggu ni ya..tapi yang dah bagi detail laa ye..oh lagi satu, ada yang tak bagi link blog dalam email, nadia tak dapat trace ID korang...huhuhu sorry ya, yang mana nadia reply mintak bagi link tu, memang nadia harap reply secepatnya.. Oh ada 2 orang dari Kuantan kan..Tempat kita dekat saja sayang oii, nadia pun kat Kuantan, so better kita set masa yang free and jumpa...Boleh kan? itupun kalau setuju laa...

Tentang watermark juga, InsyaAllah nadia siapkan berperingkat... Alhamdulillah semua bagi detail yang senang untuk nadia designkan..Thanks ya.. Oh oh oh lagi satu..Kalau nak tahu Giveaway Murah Hati ni Cik Reddish yang bagi nama waktu nadia minta pendapat dia tentang giveaway... hihihi Thank you so much dear...
Sekian terima kaseh untuk semua...



Monday, 13 December 2010

Cabutan Bertuah Giveaway Murah Hati

Assalamualaikum WBT
Bismillahirrohmanirrohim


Okay, nadia dah buat cabutan bertuah untuk Giveaway Murah Hati lebih kurang jam 10.00 malam tadi.. Bukan nadia seorang tau yang cabut undi tapi mak dan adik beradik nadia juga.. Mereka pun excited nak tahu siapa yang bertuah..Apapun Alhamdulillah semua dah settle... InsyaAllah nadia akan umumkan nama yang bertuah ni esok...Ini sedikit gambar waktu cabutan undi tadi... 

nama-nama mereka yang join...thank you
Dah siap lipat lipat semua nama yang join
then bubuh dalam mug tinggi and goncang-goncang
start cabutan bertuah oleh mak and adik-adik nadia
Nama-nama mereka yang bertuah akan diumukan esok..InsyaAllah... Sekian terima kaseh...





Penyertaan Giveaway Sudah Ditutup



Assalamualaikum WBT
Bismillahirrohmanirrohim


Hai semua sahabat blog dan semua yang sudi membaca blog nadia.. Ohh rindu sangat nak menulis.. Semalam seharian nadia busy di rumah, so memang nadia tak sempat untuk update blog apatah lagi untuk jalan-jalan ke blog lain.. Maaf sangat-sangat kepada mereka yang dah meninggalkan komen, jejak..InsyaAllah hari ni nadia cuba melawat yang mana sempat.

gambar ni cuma nak hias-hias je dekat sini
Okay, penyertaan bagi Giveaway Murah Hati telah pun ditutup.. Total penyertaan adalah 49 semuanya.. Satu lagi nak cukup 50... haahhaha rabak jugak laa mata nak siapkan watermark...hhahaha takpe, nadia boleh lagipun ada yang telah pun menghantar email kepada nadia tentang trademark/icon/gambar untuk memudahkan nadia design.. Terima kaseh.. Ok, below nadia update mereka yang belum memberi data-data yang nadia minta.. Sila emailkan secepat mungkin ya..
Nama penuh
Alamat (untuk penghantaran gift)
No. Telefon
Inform nadia sekali trademark/icon/gambar apa yang anda nak lekatkan pada photo watermark.
Sila emailkan ke: mynadiadania@gmail.com..Berikut senarai yang belum hantar detail..
Lily-done-
Cik Liz-done-
Noorafzan-done-
Cute Mum-done-
Zanna-done-
Nadratul-done-
ImanMom-done-

Untuk cabutan bertuah, InsyaAllah malam ni nadia akan buat.. Bersaksikan adik nadia.. InsyaAllah nadia akan selitkan gambar.. Bagi penghantaran hadiah pula, nadia akan cuba untuk settlekan secepat mungkin.. InsyaAllah dalam masa seminggu bagi mereka yang dah bagi detail ya.. Yang belum bagi, sila lah emailkan detail anda kepada nadia..Bagi watermark pula, nadia akan settlekan selepas urusan penghantaran hadiah.. Mungkin mengambil masa dalam seminggu dua memandangkan nadia harus settlekan urusan kerja terlebih dahulu.. InsyaAllah pada waktu malam, nadia akan settlekan ikut berperingkat.. Hopefully berpuas hati.. Itu saja.. Risau juga nadia sekiranya ada yang tak kena...Apapun, kita tunggu keputusannya ya..InsyaAllah.. Terima kaseh kepada mereka yang support giveaway ini.. Thank you so much..

Thursday, 10 June 2010

Fotogenik kah?

Sebetulnya nadia telah di tag oleh darling Lovillea dan secara tidak langsung terjerumus ke dalam photogenic contest... Adohhh fotogenik kah aku??? Puas nadia pilih gambor nak disesuaikan dengan kontes ini.... single photo terbaru memang tak de.... Lensa kamera dah tak mo terima nadia yang dah semakin mengembang nih..... Okay, penganjur kontes ini adalah Miss Yeyen aka Izyan Izzati...Orangnyer cute sangat..... And of course memang fotogenik.... Tak caye, tengok laa pic dia ni....


Syarat nak join kontes ni ader laaaa (sorry i copy paste jer):
1.terbuka kepada semua peringkat umur.
(Makna tak de halangan untuk sape-sape pun mencuba)
 
2.gambar anda seorang ! kalo ade org laen,saye REJECT, :p muahahaha !! 
(Punyalah payah nak carik pic sorang-sorang)
 
3.gambar anda mestilar se
PHOTOGENIC yg mugkin,nampakkn 'umph~'nya .. hee :p , xkesah ber"edit ke tidak" yg penting 'umph~'nya saye nak tgk !! hihi :P 
(Edit buat bingkai sajer.......... color memang da semulajadi camtu....)
 
4.hanya sekeping gmabar sahaja d benarkn ok ?? kalo pakwe nak join,tunggu next contest yeah ..:)
(Satu ni pun susah nak jumpe...inikan pulak nak letak banyak.....hohoho)
 
5.mestilah menjadi follower YEYEN aka IZYAN IZZATY
(dah pun..... siap bukti lagi...kehkehkeh)

6.sediakn entry khas untuk contest ni dan tag minimum 3org . [org2 yg d tag mesti tau ok ?? kalo x , saye SAMAN ! haha
(sape kne tag, nanti nadia inform)
 
7.letakkan
BANNER CONTEST yg ada d sidebar saya d BLOG anda ok ?? :) 
(like ur hair lorrrr...... cantekkk)
 
8.tarikh tutp contest ini ialah
30 JUNE 2010 , bile dah tamat contest,saye akn announce kn ape hadiahnyer..jengjengjeng~!! mari akak abg adik ibu bapa join contest saye !! :) hadiahnyer mmg best,kalo saye anjurkn mmg best .. hihihi :p
(menang atau tak, tak kisah.........yang penting saye enjoy and fun)
............................................................................................................................................................
okaik.... setelah puas membelek, menggodam gambor-gambor dalam little pen drive, nadia jumpa gambar ni.... Time best friend nadia kawen..........memang tak cantek and tak fotogenik............ tapi hantam saja laaa....
.
.
.
.
.
okay.....nadia nak tag kontes ni pada sahabat blog nadia.....

note: kalo ader sape2 nak join pun boleh..... its fun....... jom kita meramaikan kontes ni

Monday, 31 May 2010

Nota Cinta Untuk Anda

Nota cinta? Actually nota cinta ini adalah peraduan dari Nesle Coffee-Mate... Adakah anda suka coffee-mate... Ohhhh nadia sunggoh suke..... berkrim you..... Okay, pada kali pertama iklan ni appear di kotak nuffnang nadia, terus jatuh cinta untuk join.....hahahha... tak sabar untuk mengisi mesej romantik....hohoho... Okay, nak isikan penyertaan ni..... Jom semua blogger, kita join contest nih..... Serlahkan nota cinta anda...... senang ajer..

.
.
Just visit website NESTLE...
.
.
Lihat mana-mana episod Nota Cinta dan jawab soalan.
(soalan memang simple..)
.
.
Tuliskan nota cinta anda tidak melebihi 30 patah perkataan..
(time ni nadia bayangkan bagi surat cintan dekat incik halim...hahah).
.
Daftarkan diri anda...isi borang yang disediakan.
.
.
Kongsikan episod ini dengan 3 rakan anda.
(nadia pilih nora, jue and irsyad)
.
.
Pastu Hantar........