Showing posts with label Ini Kisah Nadia Arrumaisha. Show all posts
Showing posts with label Ini Kisah Nadia Arrumaisha. Show all posts

Monday, 21 October 2013

Setahun Sebuah Perkahwinan

Bismillahirrohmanirrohim..


Assalamualaikum semua..
Alhamdulillah Sabtu lalu, genap sudah setahun perkahwinan saya dan suami tercinta.. Pejam celik pejam celik, sekejap saja.. Tak sangka pun ada.. Masa tuh terimbas sendiri setiap kenangan ketika persiapan perkahwinan, lucu pulak bila ingatkan semua tuh..


Alhamdulillah saya sangat beruntung sebenarnya kerana dikurniakan suami yang sangat memahami dan sanggup bersekang mata menjaga saya tatkala sakit saya datang menyerang.. Malah sangat sabar menghadapi kerenah saya yang kadangkadang saya sendiri tak faham dengan diri saya.. Alhamdulillah syukur dengan apa yang Allah berikan buat saya... Anugerah yang sangat berharga..

Di awal perkahwinan, sejujurnya sangat banyak cabaran yang saya rasa bukan saya sahaja hadapi tapi mungkin juga buat mereka yang baru berkahwin juga.. Maklum sajalah, fasa baru dalam kehidupan. Namun Alhamdulillah segalanya berjaya di atasi dan saya sangat beruntung dikurniakan keluarga yang selalu memberi nasihat. Begitu juga dengan keluarga suami yang sangat memahami dan sentiasa memberi semangat.. 

Apa yang saya simpulkan dalam perkahwinan adalah, suami-isteri keduanya lahir dari keluarga yang mungkin berbeza adat dan cara kehidupan. Dengan perbezaan inilah sebenarnya yang mengajar kita untuk belajar menerima dan memberi.. Seperti juga cara ibu saya dan ibu mertua saya memasak, banyak perbezaan.. Namun, saya ingat pesanan adik ipar, masakan ibu kita dan sebati sejak kecil, jadi dah menjadi kebiasaan.. Dari situ, saya mula belajar bagaimana cara ibu mertua saya menyediakan masakan..  Kalau suami saya boleh menerima cara keluarga saya, kenapa tidak saya juga belajar menerima cara keluarga mertua saya.. Inilah dinamakan give and take.. Begitu juga soal kelemahan diri kita sebagai suami isteri.. Suami ada kelemahan, dan kita juga sebagai isteri punya kelemahan tersendiri.. Belajar menerima dan redha...

Saya percaya setiap apa yang Allah kurniakan pada diri saya, ada hikmah yang tersembunyi.. Biarlah Dia simpan dahulu dari pengetahuan saya kerna saya yakin Allah tidak akan pernah mensia-siakan hambaNya.. Apa kekurangan suami itu, saya cuba selubungkan dengan kekuatan yang saya ada supaya saya mampu dan terus berusaha memberi yang terbaek untuk suami dan rumahtangga saya... Dan buku-buku agama dan motivasi saya jadikan sumber untuk saya mendapatkan ilmu rumahtangga.. Bukankah semua para isteri ingin sekali menjadikan rumah suami itu ibarat syurga buatnya.. Jadi, di sinilah saya belajar dan terus belajar..

Dan yang paling utama itu adalah, jangan pernah sekali membiarkan syaitan cuba merasuk kita supaya meninggalkan rumahtangga.. Selalu yakin dan ingat pada Allah.. Redha suami itu sangat utama untuk menjamin kita, para isteri di akhirat kelak... Jadi, untuk itu, sebagai isteri kita harus lebih bersabar.. Andai sifat atau kekurangan suami itu tidak 'berkeupayaan', maka tutuplah ia dengan kelebihan yang kita ada.. Jom corakkan rumahtangga kita dengan lukisan yang indah mengikut sunnah Rasulullah yang mulia.... Wallahualam..


Buat sahabat, 
Doakanlah rumahtangga saya sentiasa bahagia, dirahmati dan diredhai oleh Allah sehingga ke akhirat... Amin Ya Rabbal Alamin





Sunday, 7 July 2013

Featured And All Design Collection

Bismillahirrohmanirrohim


Assalamualaikum WBT... hello hello hello...
Sunday talking yawww... Okay happy Sunday all you guys.. Have a good rest, so no more Monday blues tomorrow.. InshaAllah.. Okay, last night I was so so busy with my blog arrangement.. Nak bagi senang sikit mata ini memandang and you can see above, saya dah add some page button untuk memudahkan saya sendiri mencari apa yang perlu.. Tak nak cakap pembaca yang carik sebab memang tak ada maknanya orang singgah blog neh, belek habis-habisan.. Ini bukan blog Irine Nadia Marcello yang dah jadik mummy Fiska Medina sekarang.. Or Yuyu Zulaikha yang genit and comel nak kawen dah tak lama tuh...Bukan jugak blog Cik Epal yang semakin cantek sekarang you olsss... Apatah lagi blog Fatin Liyana yang memang natural and relax giler bila mengadap blog dia... Atau jauh sekali blog Ben Ashaari yang memang santai dengan anak bujangnya yang comel montok gitu...Bukan juga blog yang selalu terlalu and mengecurkan kotak selera macam Kak Ina KL... And sah-sah jauh panggang dari api seperti blog Shea yang sangat up to date... Lain kan you olsss.... Apapun mereka sangat memberi inspirasi kepada saya....Terima kaseh..

motif gambar : build what you love

Okay, apa yang saya ketengahkan dalam arrangement blog saya kali ini adalah menyatukan segala hasil kerja saya, design-design watermark, header yang saya buat sebelum neh.. Tujuannya adalah tak nak depa semua bersepah, tak tau nak carik semula sebab entry dah banyak... And of course untuk memudahkan sesiapa yang nak hire saya untuk buatkan watermark/header/button/menu tab/ banner atau yang sewaktu dengannya untuk blog atau kerja-kerja mereka... Banyak sungguh atau tuh.......... Apapun, selamatlah membelek segala macam design yang saya buatkan.... Terima kaseh and hopefully terus support and beri semangat kepada saya... InshaAllah.....




Wednesday, 3 July 2013

Antara Kerja Design dan Pentadbiran.. Mana Tekanan Sebenarnya

Bismillahirrohmanirrohim


Assalamualaikum WBT semua..
Okay, bulan ini rasanya kerja bertimbun-timbun atas meja. Kertas berlambak-lambak sampai satu tahap, rupa meja pun dah tak nampak.. Bila stress, letak kepala atas kertas dah, bukan meja lagi.. MashaAllah.. And lately, saya semakin mengalami simptom M iaitu malas.. Bukan malas sikit malah yang amat.. Astaghfirullah.. Secara jujurnya saya memang sangat stress dengan kerja saya sekarang.. And saya sendiri puas mencari jawapan-jawapan kenapa saya stress? And I cannot find the answer.. And seikhlasnya rasa macam nak cuti lama.. Bukan sehari dua malah rasa nak cuti berminggu-minggu.. Sampai macam tuh sekali tau.. Apapun, inilah cabarannya.. Dalam resume masa nak mintak kerja dulu pun sendiri taip boleh kerja dalam tekanan.. So inilah tekanannya kan... Allahuakbar, semoga Allah memberi kelapangan dada buat saya.. Amin Ya Rabbal Alamin..

Okay, lately juga saya sedikit busy menyiapkan beberapa kerja design dari customer dan adik blogger.. Tugas siapkan label untuk packaging and renovate blog seorang adik blogger.. Sebenarnya balik kerja petang, siapkan kerja rumah, masak untuk dinner dan last sekali mengadap laptop menyiapkan design sikit pun tak buat saya stress.. Yes design sangat menyeronokkan.. Dan saya sangat enjoy untuk lakukan semua kerja-kerja neh.. Walaupun secara peribadi, pening kepala sebenarnya nak fikirkan satu-satu idea.. Tapi itulah, saya suka dan saya sangat enjoy......... And bila difikir-fikir antara kedua kerja tersebut sebenarnya, paperwork dekat office tuh sepatutnya tak peningkan kepala pun, sepatutnya tak stress pun sebab benda sama saya buat tiap-tiap hari selama 2 tahun saya bekerja.. And sebahagiannya dah ada dalam sistem, tinggal untuk saya key in manual record saja.. Dan kerja yang saya hadap sebelah malam neh sebenarnya saya patut stress sebab setiap design kena idea yang berbeza-beza.. Setiap kali ada request, setiap kali itu juga, saya kena refresh/keluarkan idea baru...Tapi itulah, saya tak stress pun....... Rasa relax......... 

Apapun, rasanya faktor sekeliling sebenarnya buatkan saya stress.. Bila di rumah, saya hanya berdua dengan suami dan suami dengan kerjanya sendiri... Dan saya pula tenang siapkan kerja saya.. Suasana yang relax and menenangkan gitu.. Okay, rasanya cukup untuk saya mengarut entah apa-apa di sini.. And saya showkan sekali header and menu button yang saya sedang siapkan.. Hopefully ada yang sudi memberi komen... Terima kaseh






Tuesday, 18 June 2013

Lahirnya Seorang Khalifah

Bismillahirrohmanirrohim

Assalamualaikum WBT...Hai semua...
Okay sebenarnya dah lama sangat nak tulis dan kongsikan kegembiraan ini tapi masa untuk mengadap blog lama-lama memang tak ada. So saya tangguh-tangguhkan sampailah sekarang ini saya tiba-tiba bersemangat waja untuk menulis blog. Rindu juga kenangan lama sewaktu blog neh meriah dengan comment-comment membina dari sahabat blog laen. Dari situ terjalin satu silaturrahim yang saya kira sangat istimewa. Menulis dengan niat berkongsi manfaat dan sebagai bonus, bertambah koleksi sahabat.. Istimewa bukan..


Okay sebenarnya kegembiraan yang saya ingin sangat kongsikan adalah lahirnya seorang khalifah ke dunia ini (refer gambar di atas). Alhamdulillah tanggal 10 Mei 2013, lahirnya mujahid diberi nama Umar Dhiyauddin bin Muhammad. Lihat gambar comelnya.. Awal kelahiran, bila saya amati dalam gambar seperti umminya tapi sekarang, dari apa yang diberitahu, semakin iras dengan walidnya.. Alah, muka bayi akan sentiasa berubah, semakin membesar kan..


Ini merupakan anak saudara saya yang pertama, anak sulong adik saya.. Alhamdulillah syukur keduanya sihat.. Sejujurnya saya sangat teruja dengan kelahiran Umar.. Hanya Allah yang tahu betapa saya dan keluarga gembira dengan kehadirannya.. Alhamdulillah bertambah ahli keluarga kami.. Semoga Allah melindungi dari segala bahaya, membimbingnya ke jalan Allah dan memberkati setiap langkah kehidupannya.. Amin YRA... Lahirnya memancarkan cahaya kegembiraan, terutamanya pada wajah mak dan ayah, begitu teruja dengan kehadirannya.. InshaAllah tanggal 28 Jun ini, adik dan suami akan pulang ke Kuantan dan saya? Percayalah saya dah tak sabar untuk merangkul permata comel ini.. Malah mak sendiri, dah siap pesan awal-awal pada saya supaya pulang ke rumah pada minggu tersebut.. Katanya, nak tidur bersama Umar.. hihihi.. Tergelak saya dengar tau.. Apapun, tunggu dan lihat sajalah nanti kan... Untuk adik saya yang tercinta, ini secebis pesanan yang saya peroleh dari facebook, untuk panduan kamu kemudian hari..InshaAllah..Jadilah seorang ummi yang hebat..InshaAllah.. Doa dan kasih sayang ini selalu mengiringi dirimu wahai adikku.. 

Klik gambar untuk tumbesaran




Friday, 19 April 2013

Sebenarnya Saya Sangat Beruntung

Bismillahirrohmanirrohim


Assalamualaikum WBT...Hai semua...
Pernah tak bila korang mengadap blog atau facebook, baca status orang dan terlintas di hati, "oh betapa beruntungnya dia" atau "bestnya hidup dia".. Tipu kalau saya katakan tak pernah kan malah saya sendiri pernah juga macam tuh...Pernah juga timbul perasaan cemburu.. Kenapa sukarnya hidup ini? Kenapa harus saya yang lalui?... MashaAllah betapa dhoifnya saya saat berfikiran seperti itu.. Dan Alhamdulullah saat Allah membuka mata saya, melihat realiti dunia.. Alhamdulillah dia memberi kemudahan kepada saya melaluinya, mempertemukan saya dengan mereka-mereka yang sangat bagus akhlaknya... 

Alhamdulillah saya bersyukur walaupun saya dibesarkan dalam keluarga yang sederhana, tapi sentiasa cukup makan pakai.. Alhamdulillah walaupun ayah saya seorang yang panas baran tetapi kerana hal itulah saya menjadi seorang perempuan yang tetap hatinya di rumah... Alhamdulillah walaupun ibu saya tidak berpendidikan tinggi tapi dia berjaya mendidik hal-hal agama yang teguh kepada saya malah tidak permah ada satu pun soalan yang tertunda darinya..Dia mengajar saya untuk menjadi seorang perempuan yang tenang menghadapi ujianNya...Alhamdulillah walaupun adik-adik saya sering dengan hal mereka tersendiri tetapi merekalah yang tetap berdiri di sisi saya saat saya menghadapi tikaman dari belakang...Alhamdulillah walaupun suami saya bukanlah seorang yang sempurna tetapi kehadirannya dalam hidup saya menjadikan sebahagian hidup saya sempurna.. Alhamdulillah walaupun saat perkahwinan menjengah 6 bulan dan saya masih belum diberi tanda-tanda kehamilan tetapi saya bersyukur kerana saya tahu Allah lebih tahu segalanya... Pasti ada hal tertunda yang harus saya selesaikan terlebih dahulu sebelum menghadapi fasa-fasa itu dalam kehidupan saya... 

Dan kerana hal-hal seperti itu, setiap hari saat terbuka jendela mata ini, hati ini sebaek mungkin ingin berusaha memberi hal-hal yang terbaek dalam setiap minit-minit yang akan berlalu.... Untuk apa dibimbangi hari esok sedangkan Allah telah menetapkan semuanya... Yang seharusnya kita lakukan, adalah bersyukur dan belajar menerima setiap hakikat yang tertulis dalam kehidupan.... Setiap segalanya yang berlaku penuh dengan muslihat dan hikmahnya.... Wallahualam...


Sekarang saya sedang gigih menghayati isi-isi buku ini.. Sangat bermanfaat...






Tuesday, 5 March 2013

Terima Kaseh Nuffnang

Bismillahirrohmanirrohim.


Assalamualaikum WBT.. Hi all..



Just a quick update to say, a big thanks to Nuffnang for a big opportunity. Alhamdulillah buka email pagi ini, dah received payment advice dari HSBC berkenaan dengan payment dari Nuffnang.. Walaupun jumlah tidak sebesar mana, tapi penghargaan dan peluang yang diberi mereka sangat besar maknanya.. Alhamdulillah..Ini merupakan cash out ketiga saya selama saya join nuffnang...walaupun saya jarang update malah pernah beberapa waktu, hampir 6 bulan tak update, tetapi CPUV Campaign tetap juga melekat walaupun satu.. Alhamdulillah.. Hopefully Nuffnang terus sukses di masa akan datang. Thank you so much..





Tuesday, 15 January 2013

Kenapa Saya Suka Doktor Itu?

Bismillahirrohmanirrohim..


Assalamualaikum sahabat semua...hai hai.........
Wahh ceria pulak rasanya saya hari neh.. Well this week, ini hari pertama saya bekerja..Last day MC (T-T) **padahal dalam hati Yahoooo!!!** By the way, last day saya mengalami sakit pinggang yang amat menyakitkan berikutan saya yang mengada-ngada pergi ikut suami menebas semak samun yang ada di kawasan kebun milik keluarga saya...hahaha Jadik inilah akibatnya.. Bangun pagi, solat subuh pun kena dalam keadaan duduk...Inilah akibatnya..


Okay, cakap pasal suka doktor neh kan..Apahal pulak tetiba nak suka doktor? Engkau kan dah ada suami? Aisey suami aku mekanik lor, kereta saket, dia operate... Okay abaikan leteran saya pada diri sendiri tuh..
Okay, sebenarnya saya neh payoh bebenor nak pergi klinik..Suami siap warning lagi kalau saya badan kurang sehat, pastu nak cuti.. Sebab dia tau, saya malas nak ambil MC, perabis cuti macam tuh saja... Dah banyak kali saya buat macam neh, pastu time balek kampung nak cuti lama, terpaksa tolak gaji... huhuhuhu menanges aku.......


But lately saya dah tak liat nak pergi klinik..... Sebab kan jumpa doktor neh.. Actually klinik yang selalu saya pergi akhir-akhir neh adalah Klinik Khizan, dekat-dekat jugaklah dengan rumah saya.. Tahu kenapa, doktor neh kan best sangat konsultasi yang dia berikan... Saya start ke sana lepas berkahwin dulu, saya demam masa tuh.. Pastu dia nasihat-nasihat, pastu urine test sebab dia nak check if saya pregnant.. And the result negative... Then, after two month, iaitu last day saya pergi lagi... And the first question dari dia, "macammana? Dah pregnant" and my answer "Nope but saya dah lewat hampir dua bulan period"... And dia pun bagi nasihat-nasihat and nasihat.. And she said she can't gave me a full check up because my panel just pay a little.. Tak apa, sekurangnya saya faham.. And saya pulak tak malu, terus tanya dia about my little sister, dia sangat addict makan makanan manis and sekarang we ols risau dengan kesihatan dia.. Bimbang kena diabetis..And she gave advise again...

Okaylah, cukup saya puji Dr. Nor Aini... Semoga Allah merahmati beliau and memberi keberkatan kepadanya...Amin... Actually tak banyak sebenarnya klinik swasta yang betul-betul advise customer.. Ada yang saya pergi, pandang muka pun tak nak sedangkan sama-sama perempuan..Apapun laen orang, laen caranya kan.. Pasti mereka ada reason yang tersendiri......


Apapun, doakanlah semoga Allah memberkati saya dan suami..Semoga cepat kami dikurniakan zuriat ya.....
Terima kaseh sudi membaca..........







Saturday, 23 July 2011

Rindu Serindunya

Rindu...rindu serindu rindunya...hahahahha terus feeling-feeling
lagu dari kumpulan SPOON kan...oh masa nadia duk asrama dulu,
amboi bukan maen budak-budak satu bilik duk angau dengan lagu
neh....Tapi nadia ada gak suka lagu kumpulan SPOON neh...apa
ntah tajuk dia tapi permulaan dia, "bagaimana harus kuluahkan
perasaanku padamu" hahahhah jiwangkan...

Oh ok sudah-sudah nadia mengarut entah apa-apa.... Aduhhh
sebenarnya nadia sangatlah rindu untuk kembali berblogging....
Serius broadband sangat-sangat lembap... Ada plan nak pasang
streamyx tapi still dalam proses berfikiran lagi....huhuhuhu 
Ohhh agak-agak kan ada tak kawan blog yang rindukan nadia...
hahahha perasan kan....macam kau glamour je nadia....huhuhuuh
Apapun, nadia still dalam proses untuk selesaikan masalah broadband
neh....siapa ada suggestion, please do tell me.... really-really need
some advice...huhuhuhu

Okay, now cerita soal kerja pulak......waaahhhhh tiap hari sayang...
hahahah tak adalah, cuma semakin hari semakin faham dan semakin
seronok... Alhamdulillah officemate semuanya okay and baik-baik
belaka...Ada problem, mereka senang membantu.... Kalau usik-usik
tuh rasanya..biasalah..nama lagi lelaki kan...nadia tak ambil hati
sebab faham mereka cuma bergurau....hihihiih Apapun Alhamdulillah
syukur segalanya dipermudahkan oleh Allah....

Then, about my Jaguh Hitam iaitu kereta nadia... Wahhh sekarang
dah tak nampak hitam you.... Selalu sangat kotor, hari ni basuh, esok
naik debu semula...Tak apalah, janji mampu lindungi nadia dari
panas, hujan and permudahkan urusan nadia ke mana- mana.....
Oh ya, nadia dah tukar 'kaki' si Jaguh.... hahhaha dah pakai rim baru..
hihihiih suka and sangat suka... InsyaAllah after this nak tinted sebab
nadia belum berkesempatan untuk tinted....InsyaAllah satu persatu...
Nak buat semua sekaligus....mak aihhhh rabak la poket aku..hohohoho
And cuma yang tak best, logo si proton kat depan tuh dah tercabut,
hilang kat highway...haiiisshh so nampak rongak sikitlah kat situ...
and kena cariklah plat logo baru untuk gantikan yang hilang tuh....
Hudooohhh benor bile dok nengok.....huhuhuhuhu

Hurmmm apa lagi yek...rasanya dah tak ada kot.....huhuhuuhuh
Apapun sangat rindu pada semua kawan-kawan blog.....hope
tak lupakan nadia....nadia ingat nak blogwalking tapi sebab tenet
neh macam dah tenat, so tak dapatlah nak buat apa-apa....nak
loading satu-satu blog pun makan masa jugak...so sangat-sangat
minta maaf....apapun, keep in touch and all the best untuk semua..


Sayang selalu.....muaahhhhhxxx




Kalau suka entry neh, jom kita LIKE ramai-ramai..
Thank you so much

Tuesday, 9 November 2010

Bila Usia Semakin Senja


Sekarang di rumah nadia bertambah seorang ahli, tok Che(lelaki) nadia sekarang tinggal di rumah kami sekeluarga. Tok(perempuan) pula ader di rumah sepupu nadia di Dungun. Katanya lebih selesa di sana. Tak pelah, janji ader yang menjaga makan minum saket dia. Bercerita tentang tok che nadia ni, semalam mak cakap dia menanges. Untuk pengetahuan semua, tok che nadia ni umurnya 90 lebih dah. Sekarang dia dah nyanyuk. Kadang-kadang dia ingat mane tandas, kadang dia lupa. Tempat tido pun sama jugak.

Malam sebelumnya, ayah mengusik dia. Waktu makan, ayah letak lauk dalam pinggan. Sedangkan dia tak nak. Terus dia mengamuk. Itu yang mak cakap dia menangis... yang paling menyentuh hati, dia mintak hantar dia ke rumah penjagaan orang tua. Sebak mendengar. Sedangkan niat ayah cuma bergurau. mak pujuk cakap semua orang sayang dekat che.

Mak cakap lagi, sekarang dia dah ok tapi kena betul-betul ambil hati dia. Kalau dia tak nak makan, jangan paksa. Pujuk baik-baik. Sekarang perangai dia semakin kebudak-budakan. Jadi betul-betul harus memahami. Alhamdulillah dia masih mampu ke tandas sendiri. Sedih sangat melihat keadaannya sekarang. Apapun nadia berharap semoga Allah memberinya kekuatan., merahmati dan memberkatinya. Amin








Tuesday, 5 October 2010

Air Mata Ini Bergenang Lagi

Assalamualaikum WBT..
Sesungguhnya tiada lagi kata-kata yg mampu diungkapkan.
Cuma air mata saja yang setia mengalir.
Terus dan terus mengalir.
Hati sangat remuk.
Sangat sedih.
Diperlakukan seperti ini.
Kejujuran yang dipersiakan.
Ya Allah berikan hambaMu kekuatan.



Tuesday, 28 September 2010

Alhamdulillah, Inilah Sijaguh Kesayangan Kami

Assalamualaikum..syukur ke hadrat Ilahi juga segala nikmat yang diberikanNya. Alhamdulillah. Hari ini nadia telahpun settle conteng-conteng document perjanjian. Hurm sebelum ni nadia selalu taip status di facebook nadia dengan kata-kata berteka teki. Macam-macam lah hint nadia bagi pada kawan-kawan rapat nadia. Bukan nadia nak berahsia (haishhh i tak glamour mcm Dato' Siti), tapi sekadar memberi kejutan buat kawan-kawan rapat nadia. Rasa nak tergelak juga bila pelbagai andaian keluar..maafkan nadia ya kawan. Oh ya...Anna, inilah yang sis nantikan.

Okay, berbalik pada cerita asal. Alhamdulillah petang tadi nadia dah settlekan segala yang penting. Dah buat bayaran permulaan.InsyaAllah sijaguh kesayangan akan dapat minggu depan. InsyaAllah, semoga Allah memberi kemudahan, keselamatan dan keberkatan..Amin.



Sijaguh yang nadia maksudkan adalah kereta baru yang nadia beli. Kereta sederhana saja. Alhamdulillah syukur, sekurang-kurangnya nadia ada kemudahan sendiri untuk ke mana-mana. Sebelum ni nadia guna kereta ayah, bukan tak mau teruskan pakai kereta ayah nadia tapi kesian ayah, pakai motor pergi kerja sedangkan jarak tempat kerja nadia dari rumah sgt dekat berbanding tempat kerja ayah. Lagi pula, kalau hujan, lagi nadia bimbang kalau ayah bawa motor pergi kerja.

Syukurlah, segalanya hampir selesai. InsyaAllah sekiranya tiada hal, minggu depan kereta akan dapat. Semoga dipermudahkan Allah.Amin.. Nadia punya excited siap beli keychain comel lagi utk letak bersama kunci.. hihihi malu pulak.. itupun nak cerita. Nadia beli 2 keychain yang sama, satu untuk nadia dan satu untuk halim. Memandangkan ini kereta kami bersama. Semoga Allah mempermudahkan urusan kami..Amin..

Friday, 24 September 2010

Alhamdulillah Terima Kasih Ya Allah

Pertama sekali syukur kepada Allah kerana memberi kemudahan, rezeki, kesihatan dan segala nikmat kepada nadia. Alhamdulillah. Tadi nadia terima panggilan yang sangat dinantikan. Alhamdulillah suara halus, lembut dari talian mengesahkan segalanya. InsyaAllah minggu depan, ianya bakal nadia miliki. Alhamdulillah. Hari ini rasa nak senyum saja. Allahuakbar. Sangat takut menjadi riak, sangat takut menjadi lupa diri. Allahuakbar. Nauzubillahimindzalik.

InsyaAllah jika ada kemudahan, diizinkan Allah, nadia nak buat pulut kuning Ahad ini. InsyaAllah. Allah telah memberi rezeki ini. Mak nadia selalu pesan, setiap rezeki yang kita dapat, bukan semuanya untuk kita, jadi bahagikanlah untuk mendapat berkat dari Ilahi. Wallahualam.